Hanya
 kerana twitter, PKR menerusi wakil rakyat Ahli Parlimen Merbok, Datuk 
Rashid Din dalam pesanannya kepada Setiausaha Persatuan 
Penyokong-penyokong Kuil Sri Sitti Vinayagar Sungai Petani, V. 
Kumaraguru bahawa PKR tidak memerlukan sokongan kaum India dalam 
memenangi PRU-13 akan datang.
"Pakatan Rakyat tak berapa harap undi India" menurut Datuk Rashid Din.
Tindakan
 Rashid mengeluarkan kenyataan itu selepas berang dengan aduan yang 
dibuat V. Kumaraguru melalui SMS berhubung tindakan Majlis Perbandaran 
Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan sebuah kuil kecil di hadapan 
rumah seorang penduduk di Taman Patani Jaya di sini pada 18 Mac lalu.
Perlakuan
 Ahli Parlimen PKR itu membuktikan kepada rakyat Malaysia terutamanya 
masyarakat India bahawa sokongan mereka selama ini ke atas PKR dan 
Pakatan Pembangkang hanyalah sebagai alat mainan sahaja. Atas sebab itu,
 kebanyakan kebajikan yang melibatkan kaum India di beberapa negeri 
tadbiran Pakatan Pembangkang seperti Pulau Pinang mengenepikan kehendak 
dan kepentingan masyarakat India juga termasuk masyarakat Melayu.
Lihat
 sahaja kampung tradisi Kampung Buah Pala yang didiami majoriti penduduk
 berbangsa India secara terang diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim yang 
berjanji membantu tetapi sebaliknya hanya menabur janji kosong.
Oleh
 itu, bagi PRU-13 ini masyarakat India di Malaysia yang boleh mengundi 
perlu memikirkan kedudukan mereka sebagai rakyat Malaysia supaya tidak 
lagi ditindas seperti mana yang berlaku sekarang khususnya mereka yang 
berada di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang. 
Demi
 kelangsungan anak cucu, berfikirkan dan bertindaklah demi masa depan 
mereka yang kini sudah jelas di bawah tranformasi yang dibawakan 
kerajaan. Jangan gadaikan masa depan anda hanya kerana janji-janji 
kosong. 
 


 
No comments:
Post a Comment