Sunday, May 25, 2014

Celaka DAP Berkempen DiTempat Pembuangan Undi

Pasukan Peronda Sukarela Alat DAP Meraih Undi disaad Akir kenapa ini terjadi ...bergerak atas nama pasukan keselamatan ....hai tu kempen tuuuuu YB Rayer telah datang melawat pusat mengundi dan tidak berbuas hati sebab pihak SPR telah mengarahkan semua pertugasnye keluar dr kawasan pusat pengundi.

Friday, May 16, 2014

Berapa ribu pula pengundi hantu di Bukit Gelugor kali ini?

Ram Karpal tidak layak jadi calon

Nep0tisma dan Kronisme yang melampau ------- Ram Karpal tidak layak jadi calon namun kronisme melampau dalam DAP membolehkan dan menghalalcarakan apa sahaja

DAP tetap tolak hudud

Dulu bapak sekarang anak pulak ....sampai bila PAS nak sokong mereka

Fikir dan Guna Akal Memilih Pemimpin

Antara 2 menefesto yang mana lebih baik

GUNA ROAD TAX TAMAT TEMPOH SEMASA KEMPEN

< Belum Jadi YB dah langar peraturan kempen guna kenderaan yang cukai jalan tamat tempoh Tudia !! Belum lagi jadi wakil rakyat , kerabat Karpal Sink sudah tunjuk angkuh , sesuka hati mereka langgar undang-undang jalanraya . Rupa-rupanya Jeep Merah (WRANGLER) yang digunakan oleh CALON DAP sepanjang tempoh berkempen PRK BUKIT GELUGOR sejak hari Penamaan Calon pd 12 MEI 2014; di sekitar pusat bandar GEORGETOWN, tidak mempunyai Cukai Jalan yg sah. Cukai Jalan Jeep berkenaan telah tamat tempuh sejak 24 MAC 2014. Jangan ingat mereka keluarga LAWYER bikin mereka besar kepala & kebal daripada tindakan undang-undang . Macam ini calon yang didakwa paling baik diletakkan olehDAP ???

Wednesday, May 14, 2014

Ceramah Pilihan Raya Bukit Gelugor

Ceramah Anti Hudud berjaya mempengaruhi keputusan PAS untuk tunduk dan patuh arahan DAP

Kempen Ram Karpal Sing Kecoh

Lawatan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo di sini menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri. Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima, Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ. Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo, 65, berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi, tidak menerima sebarang maklum balas positif. Beliau berkata alasan langkah penjimatan elektrik yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.

PRK Bukit Gelugor Pilihan Raya Paling Bosan

GEORGE TOWN – Kempen pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor mungkin merupakan yang paling membosankan selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 berikutan ketiadaan Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan empat penjuru itu. Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor ini kurang mengujakan. “Ini (pilihan raya kecil Bukit Gelugor) mungkin merupakan pilihan raya paling membosankan selepas berlangsungnya pilihan raya umum memandangkan kita tidak nampak sebarang pertarungan antara dua parti politik utama. “Tanpa BN selaku parti yang dikenali umum, kita tidak melihat kempen yang sengit dari segi jentera dan sumber manusia berbanding calon bebas,” katanya pada Rabu. Dr Sivamurugan berkata senario pilihan raya kecil Bukit Gelugor hampir sama dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei, 2009 apabila BN tidak bertanding. Pilihan raya kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP berikutan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak, pada 17 April. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon B NTeh Beng Yeam, yang meraih 13,597 undi. Ditanya sama ada DAP akan memperoleh undi simpati, Dr Sivamurugan berkata undi simpati mungkin diberi kepada calon DAP, Ramkarpal Singh, yang juga anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh. “Sudah tentulah ada undi simpati sebagai tanda menghormati sumbangan mendiang Karpal Singh. Oleh itu, calon terbabit mesti membuktikan pencalonannya bukan berdasarkan nepotisme, sebaliknya bersandarkan kepada kewibawaan dan keupayaannya sendiri untuk mengekalkan majoriti,” katanya. Dr Sivamurugan berkata di atas kertas, DAP akan memenangi kerusi Parlimen itu dengan mudah kerana sebahagian besarnya disebabkan sentimen parti dan bukannya isu memandangkan Bukit Gelugor adalah kawasan bandar. “Pilihan raya kecil ini tidak akan terlalu banyak memberi tumpuan kepada isu pembangunan di Bukit Gelugor kerana kawasan ini sudah dimajukan dan dihuni penduduk dari kelas pertengahan hingga atasan. “Pengundi boleh memohon bagi kesinambungan pembangunan, yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebelum ini,” katanya, dan menambah pembangunan di Pulau Pinang dilaksanakan oleh kerajaan BN manakala kerajaaan negeri pimpinan DAP sekarang mengekalkannya. – Mstar Online

TIga Laporan Polis PRK Bukit Gelugor

Polis Pulau Pinang mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 setelah tiga hari kempen pilihanraya kecil (PRK) Bukit Gelugor. Laporan terbabit dibuat dua wartawan dan seorang calon yang bertanding susulan kenyataan berbaur perkauman pada hari penamaan calon 12 Mei lalu. Jurucakap polis ACP Azmi Adam berkata, sehingga kini, polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu tersebut termasuk calon bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan. Katanya, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk meminta saksi-saksi yang berada di tempat kejadian supaya tampil membantu siasatan. Isnin lalu, calon bebas, Abu Backer Sidek dilaporkan mengeluarkan perkataan yang dianggap menyinggung sensitiviti kaum India ketika sidang akhbar selepas penamaan calon. Abu Backer bagaimanapun mendakwa perkataan tersebut merujuk kepada segelintir pihak yang melakukan demonstrasi jalanan dan bukan kepada kaum India.

Ram Karpal Sigh Owner TRS Resource Sdn Bhd

Calon DAP di Bukit Geluqor adalah Tuan Punya kepada syarikat peminjam WANG BERLESEN lintah darat atau lebih dikenali sebagai "Ah Long". Ram Karpal Sigh adalah Owner TRS Resource Sdn Bhd syarikat peminjam wang. Gurmit Kaur dan abangnya Majinder Singh telah lama menjalankan Operasi ini dan sekarang Ram Kapal anak Grumit dan bapa saudaranya meneruskan penyiagaan tersebut .... Mahfus Omar Kenal sangat dengan Majinder niiii abang ipar Karpal .Satu Bayan Lepas Kenal satu ketika dulu ...Tak Caya tanya orang bayan lepas

Monday, May 12, 2014

DAP VS PCM

MCA telah menggambil keputusan tidak bertanding di Bukit Gelugur,Diketika ini kelihatan DAP telah mengesahkan Ram Karpal Singh bertanding di Parlimen Bukit Gelugor dan sudah pasti calon Parti Cinta Malaysia iaitu Datuk Huan Cheng Guan juga bersungguh-sungguh untuk bertanding. Beliau adalah bekas naib Presiden Gerakan dan bekas MP Gerakan. Yang mana Datuk Huan adalah seorang yang disenangi rakyat Pulau Pinang . Walaupun bukan bergelar sebagai MP beliau masih aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Sunday, May 11, 2014

Hudud kenapa Pas Tolak ?

Mat SABU kata ini calon tajaan umno..so, kalau betul sekalipun, kita tanya mat SABU, mana lebih baik , pas atau umno.Pas cuma berani berkokok tapi ekor penuh tahi atau umno yg lebih baik.pas cuma berani nak buat hudud, tapi bila ada calon yg nak tegakkan hudud, maka mereka bangkang pulak.

Saturday, May 10, 2014

Datuk Huan Cheng Guan Calon Bukit Gelugor

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan jumaat lalu mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei. Huan, 53, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini. "Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas naib presiden Gerakan dan ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor. "Malah ketika bukan lagi bergelar ahli Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini. Katanya manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan. "Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiatkan kempen selepas penamaan calon Isnin ini," katanya. PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama

Friday, May 9, 2014

Kesan kematian Karpal

Kematian ahli politik veteran pembangkang Karpal Singh Ram Singh hari ini mengosongkan ruang yang luas dalam landskap politik negara. Pengerusi nasional DAP merangkap ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, itu terbunuh dalam kemalangan di KM301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi. Turut merasakan kekosongan adalah masyarakat guaman yang nampaknya semakin hari semakin ketandusan pengamal yang gigih, berkaliber dan kontroversial seperti Karpal. Sejarah akan menilai dan memberi kata putus yang sama kontroversial dengan tindak-tanduk beliau yang secara mutakhir ini dan terang-terangan mencampuradukkan kerjaya guaman dengan politik. Walaupun beliau seorang peguam jenayah yang hebat – yang berjaya menyelamatkan ramai penjenayah berat daripada tali gantung – namun umum akan mengingati beliau sebagai peguam Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama pada 1998. Karpal berubah daripada menjadi musuh ketat Anwar ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan kepada pembela dan pengikut sehinggalah ke penghujung hayatnya. Dalam perhubungan simbiotik dengan Anwar itu, mendiang Karpal memanifestasikan secara jelas dan mutakhir bahawa tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Yang kekal adalah kepentingan bersama. Walaupun jawatan pengerusi nasional adalah jawatan “figurehead” dalam DAP, tetapi kerana perwatakan beliau dan hakikat beliau bukan Cina memberikan beliau kuasa dan kedudukan yang istimewa. Dalam hierarki DAP, jawatan yang berkuasa adalah setiausaha agung yang disandang oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Karpal juga akan dikenang sebagai pemimpin pembangkang yang paling kuat menentang hukum hudud yang diilhamkan oleh PAS. Sebelum DAP dan PAS bersekedudukan dalam Pakatan Rakyat, Karpal pernah berkata PAS perlu melangkah mayatnya dulu sebelum boleh melaksanakan hudud. Beliau meninggal di saat-saat PAS, melalui kerajaan PAS Kelantan, sedang menghidupkan semula aspirasi hudud

YAACOB BEBAS CALON PRK BUKIT GELUGOR

Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob Mohd Noor menyatakan kesediaan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang dijadual 25 Mei ini. Mohd Yacoob, 25, yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang berkata beliau memutuskan untuk bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan penyokongnya. "Walaupun kalah pada pilihan raya umum lepas tetapi semangat memang berkobar-kobar. Saya juga sudah beberapa kali buat program 'himpunan rakyat' sendiri dan berdasarkan pemerhatian, ramai orang mulai menyokong saya dan kami juga telah mempersiapkan jentera pilihan raya bagi tujuan berkempen," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini. Mengakui tidak mempunyai dana yang cukup untuk menghadapi pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Mohd Yacoob mendakwa beberapa syarikat sudi menaja bahan kempennya dan mendapatkan dana daripada hasil jualan cenderahati yang dilakukan kelab penyokongnya. "Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada penduduk di kawasan Bukit Gelugor, mereka memberi sokongan kepada saya. Saya menggunakan slogan 'Yacoob Bebas Demi Rakyat'," katanya sambil menegaskan beliau tidak ditaja mana-mana pihak atau parti politik untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu. Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. -Bernama