Wednesday, May 14, 2014

Kempen Ram Karpal Sing Kecoh

Lawatan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo di sini menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri. Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima, Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ. Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo, 65, berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi, tidak menerima sebarang maklum balas positif. Beliau berkata alasan langkah penjimatan elektrik yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.

No comments: