Thursday, August 18, 2011

Identiti kebangsaan Hilang Dipulau Pinang

Korang bengang tak bila dikatakan ketebalan mee wan tan disamakan dengan tali kasut ? Atau babi panggang disamakan dengan bahkuteh ? Atau daging anjing rasa macam babi ... Semua tu kita tak ambil pot, takde masalah sikit pun.


Tapi yang masalahnya - Dimana letaknya Bahasa Kebangsaan kita ? Langsung tidak ada perasaan hormat atau jati diri sebagai rakyat yang menjunjung tinggi identiti Malaysia ! Omputeh dan cina je ! ? Saya rasa diPenang sajalah kita boleh temui risalah / brochure pelancongan yang langsung tidak ada Bahasa Kebangsaan sendiri. Kalau kat tempat lain pun ada juga begitu, korang tolong hentamkan ya.


Ingat lagi selepas Konvensyen Pakatan hujung tahun lepas dimana setiap pemimpin Pakatan berikrar akan menjunjung Perlembagaan Negara, mengiktiraf Hak Istimewa Melayu.... menjunjung Bahasa Kebangsaan ....., menghormati Islam sebagai agama resmi ..... Baaaaanyaaak lah diorang punya hormat !


Nampak tak kesan dari hasil produk sekolah cina di sini ? TIDAK ADA KEPERLUAN untuk Bahasa Kebangsaan digunakan. Ia dah jatuh ketangga ketiga selepas bahasa cina dan omputeh. Ini dinegara kita sendiri, Langsung mereka tidak pandang tatkala kuasa sudah ditangan.


Jika kita berpegang kepada Bahasa itu Bangsa, jelas disini satu transformasi budaya bangsa sedang berlaku diPulau Pinang dimana secara perlahan kerajaan Dap sedang menukar negeri itu mengikut acuan Singapura ala Pap.


Putrajaya harus melihat perkembangan ini dengan seriua. Ia satu perbuatan biadap yang menghina negara sendiri.Tidak adakah undang-undang yang dapat digunakan untuk mendakwa kerajaan Dap dalam soal ini ?

saya dah rasa pelik

Kan ke pelik bila cina Mca hentam Dap konon kerajaan Dap Penang Rasis kerana melebihkan kontrektor Bumi dalam pemberian kontrek ? Konon Dap Penang menganaktirikan kaum cina, tidak percaya kontrektor cina dan segala macam tuduhan yang lazimnya ditujukan kepada Dap Penang oleh Umno ?

Kenapa hanya 0.2% jumlah projek diberikan kepada bukan Bumi ? Konon dari 2008, kerajaan Dap Penang telah memberi 968 projek bernilai RM125 juta dan 99% diberikan kepada kontrektor Bumi ?

Nah ... sekali baca bunyi macam dalam tempoh 3 tahun ini kerajaan Dap hanya keluarkan TOTAL RM125juta saja untuk projek-projek di Penang ? Makna setahun tak sampai RM45juta ? Projek Permata setahun dah sama dengan projek Penang selama 3 tahun ? hehehehe ..... Dan persepsi yang cuba ditonjolkan pula, selama 3 tahun Dap menjadi kerajaan di Penang, 99% projek diberikan kepada Bumi ?

Ada yang akan cuba membetulkan fakta tersebut ( dipersilakan ), memang nampak merepek dan tidak logik namun itulah persepsi yang kita dapat bila baca artikel tersebut. Kita yang lebih terdedah kepada berita2 politik tempatan mungkin tersenyum melihat gelagat adik beradik cina ni, tapi bayangkan ribuan rakyat lain yang terima buta persepsi itu sebagai benar ....

Segala dakwaan Umno selama ini yang mengutuk hebat ketidakadilan LGE selama 3 tahun, sikit demi sedikit dibina persepsi negatif itu.... sekelip mata hancur dan Dap Penang kini muncul sebagai kerajaan pembangkang yang adil, yang melebihkan Melayu LEBIH dari kerajaan BN .... ? ? ?

Mereka yang mungkin agak skeptikal mungkin akan hilang segala keraguan dan percaya kepada Khalifah LGE bila Persatuan Kontrektor Melayu Pulau Pinang sendiri mempertahankan, memuji, menyokong LGE ! KLIK dan sebaliknya mengecam Mca sebagai Rasis kerana mempertikaikan pemberian kontrek kepada Melayu ..... adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontrektor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontrektor lain ? Maknakata Dap Penang adalah sebaliknya iaitu bersifat adil tanpa perkauman, memandang tinggi keupayaan kontrektor Melayu ?


" Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua ( Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang ) telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

" (Ia) menunjukkan sikap professionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi " kata Datuk Izham Merican.

" ......... Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri "

Tidak 'official' lagi tu kalau pujian datang dari Persatuan Kontrektor Melayu Pulau Pinang ? Nak tak nak, saya terpaksa tabik kepada cina Mca dan Dap Penang. Memang KELASSSS ! saya tak kenal Izham tapi kenyataannya yang official, melengkapkan teater politik Penang yang sememangnya boleh dipuji. Umno baik Pusat atau Penang tak terjawap dalam seminggu sandiwara ini berlangsung.

Monday, August 8, 2011

Bonus Raya Untuk Penjawat Awam

Kerajaan umum bonus setengah bulan untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama


ramai yang buta sejarah,sebab tu lah buta perut takdak akai

Petikan dari seorang cendekiawan, Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim

1. Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

2. Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

3. “Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

4. “Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama disini.

5. Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

6. “Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

7. Justeru,kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

8. “Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,”katanya.

9. Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

10. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

11. Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

12. Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yangmempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

13. “Orang tak faham (Perlembagaan)…jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,”katanya.

14. Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

15. Katanya,sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

16. “Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

17. Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negaraia itu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.


Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Dato Dr Khoo juga terlibat didalam merangka rukun negara Malaysia.-Matumno

Serba Lupa

Semenjak kebelakangan ini, agenda Melayu sentiasa diserang oleh mereka yang bukan Melayu kerana mahukan pembaharuan dan keseimbangan hak dan kuasa.
Sepnjang 53 tahun UMNO meneraju kerajaan Malaysia, pelbagai polisi telah diwujudkan bagi memastikan semua bangsa di Malaysia ini dilayan dengan seimbang dan adil.

Parti pembangkang sentiasa cuba memainkan sentiment bahawa mereka merasakan bangsa lain di negara ini sentiasa ditindas. Apa yang mereka cuba lakukan ialah untuk mewujudkan rasa marah dan tidak puas hati diantara bangsa yang tinggal di Malaysia ini.

Berikut ialah apa yang saya lihat menegenai motif perjuangan parti pembangkang:

DAP, mereka mahukan semua hak bumiputra diluputkan supaya boleh mewujudkan
bangsa Malaysia Malaysian.
PAS, memperjuangankan ideologi ugama yang ekstrem
PKR, memperjuangkan "keadilan".

Ketiga-tiga pakatan rakyat yang tidak resmi ini mempunyai agenda yang berlainan dan tentu sekali menarik sekiranya kita kupas satu persatu.

DAP

Misi utama DAP ialah seperti berikut:

A Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with
universal moral values,
Offering equal access and opportunity;
Democractic governance and rule of law;
Creating wealth and distributing wealth equitably; and
Fighting against corruption.

POINT 1 merujuk untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai intisari moral yang unuversal. Disini pelbagai cerita boleh direka oleh DAP untuk menjelaskan apa maksudnya tetapi apa yang saya faham ialah untuk mewujudkan satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia, bukan sebagai Melayu, bukan sebagai cina atau India. Pendekatan menerapkan "universal moral values" juga satu gimmik untuk meleyapkan adat resam dan kepercayaan kita yang terdiri berbilang kaum.

Persoalannya, kenapa kita harus mewujudkan "Malaysian Malaysia" apabila majoriti kaum di Malaysia ini ialah Melayu? Di indonesia, kita sudah tidak melihat nilai budaya bangsa asing seperti cina wujud di masyaratnya. Tak percaya? Cuba anda cari seorang bangsa cina yang masih mengekalkan nama cinanya? Bahasa mereka pun telah bertukar sehinggakan mampu bertutur bahasa indonesia begitu lancar. Sekiranya kita mahu menyeragamkan bangsa, kita harus contohi Indonesia tetapi saya rasa tidak perlu kerana kita percaya bahawa sesuatu bangsa itu wajib mengekalkan identiti bangsa mereka kerana keunikan Malaysia ialah kewujudan berbilang bangsa yang berbeza.

Persoalan juga akan timbul mengenai "universal moral values". Apakah moral kita sebagai pelbagai bangsa ini harus diubah? Sebagai orang Melayu, saya melihat Melayu mempunyai banyak adat resam dan tradisi yang mulia. Begitu juga dengan bangsa asing. Sekiranya pendekatan universal moral values ini diambil kira, bermakna kita akan diminta meninggalkan adat-adat kita. Adakah perlu kita lakukan ini?

POINT 2, "ofering equal access and opportunity". Saya gagal untuk memahami perjuangan ini. Bukan kah BN memberikan ini kepada semua rakyat? Kalau mahu bersikap adil, kenapa dipersoalkan pecahan kuota kerajaan? Bukankah pecahan kuota ini bersikap adil kepada semua lapisan bangsa? Pelbagai peluang juga diwujudkan untuk semua rakyat. Jangan kerana masalah kecil diperbesarkan tapi kebaikan yang menggunung di lenyapkan.
Baru-baru ini, isu pemberian pinjaman pelajaran menjadi isu. DAP mengatakan bahawa 800 murid yang cemerlang tidak layak memenerima biasiswa kerana kuota yang disediakan cuma 200 tempat. Mereka mengatakan kerajaan tidak adil dan meminta ini diperbetulkan. Saya pun marah kerana dari 800 murid ini, 200 dapat biasiswa. Bayangkan berapa ribu pula murid bumiputra yang tak dapat biasiswa?

POINT 3, "Democractic governance and rule of law". Adakah Malaysia sekarang ini dijajah oleh kerajaan yang bukan demokrasi dan tiada undang-undang? Kita adakan pilihanraya supaya rakyat mengundi, mewujudkan sistem perundangan dan perlembagaan bagi menjamin hak rakyat terbela. Saya cuma lihat DAP tidak ikhlas didalam hal ini kerana bila sesuatu keputusan berpihak kepada mereka, mereka tidak pula memuji tetapi bila sebaliknya terjadi, dengan cepat mereka kata tak adil. Inikah dasar perjuangan mereka?

POINT 4, "Creating wealth and distributing wealth equitably". Rata-rata ekonomi negara kita dibolot oleh mereka yang bukan bumiputra. Jadi dimanakah perjuangan mereka ini sesuai untuk rakyat? BN mengorak polisi supaya semua bangsa merasa kemewahan yang negara ini beri. Adakah salah untuk kerajaan menyediakan platform yang seimbang untuk semua bangsa bersaing? Kita sedar bahawa bangsa cina ini mendahului bangsa lain didalam ekonomi di Malaysia jadi salahkah kerajaan mempraktikan apa yang diperjuangkan oleh mereka?

POINT 5, "Fighting against corruption". Adakah wujudnya MACC untuk mempromosi korupsi? Manusia tidak lari dari tamak haloba. Dari segi sejarah hingga sekarang negara China sendiri menghadapi masalah korupsi. Kalau kita mahu menyalahkan bangsa cina memang mudah tetapi gejala kurupsi ini bukan penyakit sesuatu bangsa. Ia adalah penyakit semua bangsa. Dinegara eropah atau Amerika, ia tidak dipanggil rasuah tetapi "lobby", ini jelas bahawa negara dan bangsa yang digelar maju juga mempunyai masalah korupsi. Bila dilihat dari segi tempatan, PR juga mempunyai masalah ini.

PAS
Saya melihat PAS dan UMNO sabagai parti "adik beradik tiri". Kenapa? PAS memperjuangankan iedologi melaksanakan Hukum Allah tanpa sebarang alasan. Adakah ini dianggap ekstrem? Pada orang islam, ia tidak ekstrem tetapi pada bangsa asing ia adalah ekstrem. UMNO pula memperjuangankan Islam secara moderate dan halus. Saya percaya bahawa sekiranya ugama dan politik dapat dibezakan, UMNO dan PAS mampu membentuk kerajaan yang kukuh kerana orang Melayu lebih mudah menerima PAS dan UMNO sebagai parti mereka.

Perhubungan adik beradik tiri ini ibarat benci dan sayang. PAS mengatakan UMNO parti politik yang korupsi dan menolak hukum Allah tetapi disebaliknya, PAS boleh berkerjasama dengan PKR dan DAP, kenapa?

PKR
Secara terus terang, dasar prinsip perjuangan PKR adalah "copy" dari perjuangan BN. Tak percaya? click sini
"Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat"

Kita dah besar dan matang tetapi masih boleh dikaburi oleh PKR, saya langsung tidak boleh menerima PKR sebagai parti politik kerana cara ia diwujudkan. PKR hanya wujud kerana beberapa perkara:

PKR wujud kerana Anwar ditangkap dan bukan wujud kerana keikhlasan memperjuangankan hak atau isu.
Rata-rata ahli PKR adalah mereka yang asalnya dari UMNO tetapi merupakan pengikut setia Anwar. Mereka setia pada insan dan bukan pada parti. Bila ini berlaku, dimanakah kesetiaan mereka sekiranya Anwar tiada lagi di PKR?
PKR wujud hanya untuk memperjuangkan kepentingan Anwar sahaja dan bukan parti PKR.
PKR wujud sebagai memecah belahkan pengundi Melayu.
PKR wujud hanya untuk digunakan oleh pihak pembangkan bagi mencapai objektif mereka.

Sekiranya Anwar itu jujur dan ikhlas, kenapa perlu dia menjadi penasihat de facto PKR dan bukan Presiden PKR? Semua pengundi sekarang ini sedang dimainkan oleh Anwar kerana Anwar sendiri bukan ahli PKR. Persoalannya, dimanakah kesetiaan Anwar? Tidakkah Anwar sepatutnya berterima kasih dengan PKR yang banyak membelanya?

Atau Anwar masih mahu kembali kepada UMNO kerana ia tahu UMNO ialah parti betul-betul memperjuangankan hak rakyat dan mempunyai sokongan yang diperlukan untuk Anwar merebut kuasa di Malaysia?


BANYAK DUIT TU DALAM TABUNG.

JUMLAH WANG TERKUMPUL SEHINGGA TAHUN 2010

TAHUN BAKI PADA 1 JANUARI 2010 ( RM )

2008 373 589 754.33

2009 461 610 225.06

2010 538 953 550.83

BANYAK DUIT TU DALAM TABUNG. KENAPA GUAN ENG TAK BAGI SUBSIDI ATAU TURUNKAN CUKAI TANAH, CUKAI PINTU DAN SEGALA BENTUK CUKAI. GUAN ENG BOLEH BELI KONSESI TOL SG NYIUR SEBAB TABUNGAN SAHAJA DAH ADA LEBIH RM 500 JUTA.KONSESI TOL SG NYIUR BARU DALAM RM 230 JUTA. KALAU GUAN ENG BERANI BELILAH. KAN LU SULAH UNTUNG BUSAK.KALAU GUAN ENG BERJIWA RAKYAT PASTIKAN SEMUA RAKYAT DAPAT RASA NIKMAT. INI YANG DIA BAGI ADALAH TIDAK ADIL . WARGA EMAS KAYA DAN MISKIN PUN DAPAT. KALAU BERANI HAPUS SEMUA CUKAI PINTU BARU ADIL UNTUK SEMUA.INI TIDAK. GUAN ENG BERBANGGA KONONNYA BERJIMAT DAN TABUNGAN BERTAMBAH. BUAT APA BERTAMBAH KALAU MEMBOHONG RAKYAT. DUIT BANYAK-BANYAK DALAM TABUNG NAK GUNA UNTUK APA? UNTUK PILIHANRAYA KE 13?TEPUK DADA TANYA SELERA GUAN ENG.

Monday, August 1, 2011

CERMIN-CERMINLAH DIRI..!

MCA tak seharusnya menyalahkan pihak lain bila kaum Cina masih lagi menolak BN.

Lebih malang bila mereka mengaitkan 'masalah' itu dengan Perkasa. Apa kena mengena penolakan kaum Cina itu dengan Perkasa, yang dijadikan kambing hitam oleh MCA?

Kalau dikatakan disebabkan oleh perkasa, hinggakan kaum Cina menolak BN. Bermakna MCA tetap juga gagal. Gagal dalam meyakinkan kaum Cina bahawa Perkasa tak ada kena mengena dengan BN. Dan bermakna juga PKR yang lebih mampu meyakinkan kaum Cina mempercayai mereka dan menolak BN.

Oleh itu, jika kita gagal mendidik anak-anak kita mendengar kata-kata kita, janglah disalahkan jiran kita yang bijak mendidik anak-anak mereka mendengar kata-kata mereka.

Dan oleh yang demikian, dalam apa keadaan sekalipun kita kenalah cermin-cerminkan diri kita sebelum menyalahkan orang lain dan dengan memberikan pelbagai alasan yang tak mampu diterima akal.

DAP SEMAKIN AGRESIF – HASUT PELAJAR DI LUAR NEGARA

Akhbar China Press keluaran 31 Mei 2011 melaporkan bahawa delegasi DAP telah melakukan lawatan dan menemui alumni pelajar-pelajar Malaysia di tiga buah Universiti di Taiwan. Perjumpaan berlangsung di Universiti Perguruan Taiwan (Shi Da), Universiti Selatan Taiwan (Nan Da) dan Universiti Pengangkutan Xinzhu (Jiao Da).


DAP kini semakin rakus dan mula keluar negara mempengaruhi pelajar Malaysia. Usaha DAP ini yang sememangnya mempunyai niat dan maksud tersirat untuk menguasai kerajaan tanpa perlu bergantung pada PKR dan PAS, masih tidak di sedari oleh PKR dan PAS yang selama ini merasakan mereka bijaksana tetapi sebaliknya adalah menjadi kuda tunggangan DAP.

PAS terutamanya yang telah mengadai maruah dan prinsipnya sehingga menggugurkan matlamat perjuangan `Negara Islam' dan di gantikan dengan Negara Kebajikan kononnya nak ambil hati sekutu baiknya DAP , sebenarnya dalam senyap sekutunya sedang mengatur muslihat untuk menguasai kerajaan sendirian dan pada mereka PKR dan PAS hanya pak turut yang perlu di singkirkan dan alat untuk melonjak naik sahaja.

PAS dan PKR bukalah mata anda......dan renung serta fahamilah perkembangan ini dan perlulah mengambil langkah mufarakah bagi menghadapi hasrat DAP ini. Jangan jadi seperti Pak Kadok........menang sorak kampong tergadai........kesian....kesian.

BONUS KERAJAAN PAS KEPADA RAKYAT KEDAH

Slogan `Kedah Sejahtera' dan `Membangun Bersama PAS' serta `PAS 4 All' yang merupakan tag line psywar PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah benar-benar telah di buktikan dengan memberikan bonus istimewa sebagai menunaikan janji keramat semasa merebut kuasa dari BN semasa pilihanraya umum lalu.
Hari ini rakyat Kedah begitu `berbangga dan tersenyum lebar' dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh PAS kepada mereka sebagai membalas jasa kerana memilih mereka untuk menguasai negeri Kedah.


Pergilah kemana-mana hari ini di Kedah.........dari Changlun........Kg. Hutan Setali, Tunjang.......Kuala Kedah.........Sg. Daun.........Jeneri.........Begia..........Siong..........Naga Lilit hinggakan ke Selama.........rakyat Kedah sedang berendam air mata dan berduka lara akibat hebatnya perancangan dan pentadbiran PAS Kedah.

Kemana perginya `Kedah Sejahtera' jika sampah-saraf kian menimbun di hurung lalat dan langau............wakil rakyat tak pernah nampak hidung.......apatah lagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.......mereka hanya menyibuk apabila ada keramaian dan `ceremoni' sahaja............bila bencana seperti kebakaran dan banjir melanda..........YB kayu ini akan berkata `kami tak ada duit' ...pergilah mohon sendiri di Jabatan Kebajikan Masyarakat. SIKIT PUNYA TUNGGUL KA YB MACAM NI.


Membangun Bersama Islam kian hebat......kerana kerajaan PAS kini tidak tahu mengurus pentadbiran dan ekonomi...mereka sememangnya tak faham langsung tanggungjawab.........hal kecil seperti komisen kepada pejabat pos yang menjadi pusat bil setempat yang amat mudah untuk rakyat di kampung dan taman-taman membayar bil air.......pun tidak mampu di selesaikan. Maka mulai 1 April lalu.......rakyat Kedah terpaksa membayar bil air hanya di pejabat SADA yang tak beberapa biji sahaja pejabatnya ada bangunan...malah nak cari di mana pun rakyat umum tak tahu. Maka dimana slogan dan ngauman `Kedah Sejahtera' itu.......pekara sekecil ini pun tidak mampu untuk di selesaikan malah ianya merupakan masalah besar kepada rakyat umum.

Bonus paling besar ialah dimana Kerajaan PAS Kedah hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak mengambil berat soal-soal pendidikan.........inilah sebenarnya kerajaan jumud dan kampongan..........adakah patut UUM yang menjadi tempat anak-anak kita menimba ilmu termasuklah anak-anak lebai PAS dan PKR.....di kenakan cukai 200 peratus lebih tinggi.......setiap tahun UUM perlu menjelaskan cukai lebih 1.7 juta berbanding sebelum 2008 hanya 100 ribu sahaja. Apa alasan sekalipun perbuatan Kerajaan PAS ini adalah tetap tidak wajar dan begitu zalim serta amat tidak bertanggungjawab sama sekali.

Kini Kolej Insaniah atau dulunya KUIN telah dipindahkan dari Yayasan Kedah ke Majlis Agama Islam...kononnya untuk memudahkan kawalan dan urusan pentadbiran......tapi sebenarnya ialah untuk mengongkong dan mencorakan Kolej Agama ini mengikut acuan PAS tanpa melihat kepentingan pelajar dan pendidikan serta falsafah sebenar penubuhannya dahulu.