Tapi yang masalahnya - Dimana letaknya Bahasa Kebangsaan kita ? Langsung tidak ada perasaan hormat atau jati diri sebagai rakyat yang menjunjung tinggi identiti Malaysia ! Omputeh dan cina je ! ? Saya rasa diPenang sajalah kita boleh temui risalah / brochure pelancongan yang langsung tidak ada Bahasa Kebangsaan sendiri. Kalau kat tempat lain pun ada juga begitu, korang tolong hentamkan ya.
Ingat lagi selepas Konvensyen Pakatan hujung tahun lepas dimana setiap pemimpin Pakatan berikrar akan menjunjung Perlembagaan Negara, mengiktiraf Hak Istimewa Melayu.... menjunjung Bahasa Kebangsaan ....., menghormati Islam sebagai agama resmi ..... Baaaaanyaaak lah diorang punya hormat !
Nampak tak kesan dari hasil produk sekolah cina di sini ? TIDAK ADA KEPERLUAN untuk Bahasa Kebangsaan digunakan. Ia dah jatuh ketangga ketiga selepas bahasa cina dan omputeh. Ini dinegara kita sendiri, Langsung mereka tidak pandang tatkala kuasa sudah ditangan.
Jika kita berpegang kepada Bahasa itu Bangsa, jelas disini satu transformasi budaya bangsa sedang berlaku diPulau Pinang dimana secara perlahan kerajaan Dap sedang menukar negeri itu mengikut acuan Singapura ala Pap.
Putrajaya harus melihat perkembangan ini dengan seriua. Ia satu perbuatan biadap yang menghina negara sendiri.Tidak adakah undang-undang yang dapat digunakan untuk mendakwa kerajaan Dap dalam soal ini ?
No comments:
Post a Comment