Wednesday, February 4, 2009

Feb 05 SAH PERAK MILIK BN.5 FEBRUARI SEBAGAI SAKSI.PR AKAN BUAT PROVOKASI UNTUK TIMBULKAN HURUHARA

DIRGAHAYU NEGERI PERAK.BERSATULAH SEKALIAN KEPIMPINAN UMNO PERAK DEMI ISLAM.
JANGAN JUAL MARUAH AGAMA SEPERTI PAS.
JANGAN REBUT KUASA.
JANGAN TIKAM BELAKANG.
JANGAN BELAJAR JADI MUNAFIK.
JANGAN SOMBONG DAN RIAK DENGAN RAKYAT.
JANGAN LUPA SOLAT.
JANGAN HENTAM KAWAN
JANGAN CARI LAWAN
BERKAWAN DENGAN SEMUA DEMI BANGSA DAN AGAMA
JANGAN IKUT CARA PAS JUAL MARUAH
MAJUKAN NEGERI PERAK

Monday, February 2, 2009

Anwar Ibrahim Mendapat Sokongan Gereja


Surat (gambar, sekeping risalah yang ditaburkan di Permatang Pauh) di atas dikirim kepada Anwar Ibrahim oleh Pastor Silvester Khemo Andaman, Presiden Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah untuk menandakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Paling menyentuh perasaan bila ditulis dinyatakan bahawa "Datuk Seri juga amat dedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga". Bagaimana seorang bekas pemimpin ABIM dan PKPIM mendapat support dari gereja? Mungkin sokongan ini datang bila Anwar mula menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada bangsa lain.
(Gambar: St Anne's Church yang letaknya di Cherok Tok Kun. Kira kira 1 km dari rumah Anwar Ibrahim. Pada setiap tahun diadakan satu perhimpunan besar di gereja ini.)

Surat ini jelas sekali merujuk kepada kenyataan Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'.

(Gambar: Bangunan yang lain di St Anne's Sancuatry Church. Pada tahun 2001, dikatakan ada seorang imam ditahan oleh JAIP kerana bersembahyang dalam gereja terbabit).

Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Di mana pula negara Islam cara PAS bila PKR sudah bersikap terbuka sebegini?