Tuesday, January 12, 2016

KERAJAAN NEGERI JUAL NEGARA

DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan. Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya. Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas: 2011 - seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion. 2013 - seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai. 2013 - 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land. 2014 - tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%. 2014 - 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta. 2014 - 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion. 2014 - 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!

Tuesday, January 5, 2016

LAPANGAN TERBANG BANJIR

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Guan Eng tidak mempedulikan infrastuktur di sekitar kawasan lapangan terbang kerana kawasan berkenaan akan tengelam tatkala hujan lebat.

Bila minyak Turun sapa pun tak kata apa. kalau naik takdan naik pun org dah bising

Bila minyak Turun sapa pun tak kata apa. kalau naik takdan naik pun org dah bising. 1 Jan 2016 Harga baharu bagi RON95 itu turun kepada RM1.85 seliter, berbanding RM1.95 pada Disember 2015. Harga bagi RON97 pula berkurangan sebanyak 20 sen, daripada RM2.45 kepada RM2.25. Manakala harga bagi diesel pula turun paling banyak iaitu 30 sen, daripada RM1.90 pada bulan ini kepada RM1.60.

Tuesday, June 9, 2015

Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Sudah sampai masa untuk kita beri keyakinan kepada PM najib untuk mengurus 1mdb yang mempunyai aset rm 52 billion untuk membayar hutang sebanyak rm 48 billion. Dan sudah sampai masa untuk kita beri keyakinan kepada sentuhan ayahda tun m untuk memacu proton ke depan sementelahan jualan menurun dengan teruk bulan-bulan lepas. Mereka berdua mampu meningkatkan kejayaan dalam lapangan mereka sekarang. Berilah mereka peluang dan ruang. Dan kepada penyokong kedua-dua mereka. Muhasabah diri. Tingkatkan produktiviti. Sudah berapa ramai ahli parti yang anda tambah? Sudah berapa banyak pengundi baru yang telah anda daftarkan? Sudah berapa besar pengaruh cawangan bahagian anda disebarkan? Kalau yang kalah apakah mampu untuk menang pru depan? Kalau yang menang apakah mampu bertahan pru depan? Apakah dengan berbalah selangor, penang dan kelantan dapat ditawan? Apakah dengan menghamun dan berbalas kata mampu meningkatkan sokongan? Apakah tidak pernah ada rasa berdosa? Mohonlah kita bersatu. Kita sama-sama ada kelemahan dan pasti kita juga masing-masing ada peranan dan jasa. Maka sudah tiba masa untuk bekerja kerana esok belum menjanjikan syurga kepada mereka yang alpa.

Monday, May 4, 2015

Sunday, May 3, 2015

PETANDA KEJATUHAN PKR DIPERMATANG PAUH

TUDIA

PKR BERPATAH ARANG DENGAN PAS

Kita nilai sendiri dan buat kesimpulan sendiri. Tindakan PAS Permatang Pauh berdemo dan melaungkan Hancur DAP Hancur dan Hancur PKR Hancur di Masjid Batu Kampung Pertama , Juma'at lepas bukan sahaja mencetuskan insiden pergaduhan sesama Pemuda PAS dan PKR jam 2.00 pagi kelmarin, bahkan diteruskan dengan perang poster antara kedua pihak. Lihat sendiri banner yang melarang ahli dan pengikut PAS. DAP pastinya sangat gembira melihat perpecahan antara pengikut PAS dan PKR ini sebagaimana mereka gembira dalam rencana mereka memenjarakan Anwar Ibrahim. Inilah satu-satunya cara DAP untuk menewaskan Wan Azizah di tangan Barisan Nasional. PAS nampaknya tidak berdiam diri, malah menaikkan pula kain rentang yang menggambarkan isi hati ahli dan pengikut mereka selama ini, GAGAL MEMBELI RUMAH SENDIRI. Jangan pula demo di masjid, pergaduhan dan perang poster antara PKR dan PAS ini disalahkan UMNO pulak
.