Sunday, May 3, 2015

PKR BERPATAH ARANG DENGAN PAS

Kita nilai sendiri dan buat kesimpulan sendiri. Tindakan PAS Permatang Pauh berdemo dan melaungkan Hancur DAP Hancur dan Hancur PKR Hancur di Masjid Batu Kampung Pertama , Juma'at lepas bukan sahaja mencetuskan insiden pergaduhan sesama Pemuda PAS dan PKR jam 2.00 pagi kelmarin, bahkan diteruskan dengan perang poster antara kedua pihak. Lihat sendiri banner yang melarang ahli dan pengikut PAS. DAP pastinya sangat gembira melihat perpecahan antara pengikut PAS dan PKR ini sebagaimana mereka gembira dalam rencana mereka memenjarakan Anwar Ibrahim. Inilah satu-satunya cara DAP untuk menewaskan Wan Azizah di tangan Barisan Nasional. PAS nampaknya tidak berdiam diri, malah menaikkan pula kain rentang yang menggambarkan isi hati ahli dan pengikut mereka selama ini, GAGAL MEMBELI RUMAH SENDIRI. Jangan pula demo di masjid, pergaduhan dan perang poster antara PKR dan PAS ini disalahkan UMNO pulak
.

No comments: