Friday, June 5, 2009

Satu Malaysia

SATU Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah diberi tafsiran yang mengelirukan.

Ada pemimpin pembangkang mendakwa ia menyamai konsep Malaysian Malaysia.
Gagasan Malaysian Malaysia

Gagasan Malaysian Malaysia telah lama diperjuangkan oleh DAP. Dasar ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sejak tahun 1960-an lagi DAP memperjuangkan gagasan itu dengan matlamat menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu.
Asas perjuangan DAP dengan slogan Malaysia untuk orang Malaysia itu tahun demi tahun semakin disahut dan dimainkan pula parti pembangkang lain termasuk akhbar bukan Melayu.

Satu Malaysia,

Kalau kita perhalusi konsep Malaysian Malaysia dengan Satu Malaysia, matlamatnya jauh berbeza. Satu Malaysia yang dihasratkan oleh Najib ialah memastikan tiada golongan atau kaum yang akan terpinggir di negara ini.Malah, kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar dalam gagasan Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.

Jangan Timbulkan Masalah

Kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh disalahkan jika mereka berasa kurang selesa dengan tindak-tanduk pembangkang dan pemimpin akhbar yang cuba menguji kesabaran penduduk pribumi.Sudah banyak kaum pribumi beralah dan bertolak ansur demi memberi peluang kepada semua kaum agar dapat hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Oleh itu jangan kita asyik timbulkan rasa prasangka dengan cubaan terbaru - mengelirukan gagasan Satu Malaysia.Gagasan itu sudah cantik dalam melonjakkan satu transformasi yang besar untuk rakyat dan negara kita.Adalah menyedihkan apabila gagasan Satu Malaysia itu mahu dimanipulasi atas kepentingan politik.
Satu Malaysia bukan membangkitkan soal kesamarataan dan mengetepikan kepentingan Melayu dan Bumiputera.