Tuesday, June 9, 2015
Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
Sudah sampai masa untuk kita beri keyakinan kepada PM najib untuk mengurus 1mdb yang mempunyai aset rm 52 billion untuk membayar hutang sebanyak rm 48 billion. Dan sudah sampai masa untuk kita beri keyakinan kepada sentuhan ayahda tun m untuk memacu proton ke depan sementelahan jualan menurun dengan teruk bulan-bulan lepas. Mereka berdua mampu meningkatkan kejayaan dalam lapangan mereka sekarang. Berilah mereka peluang dan ruang. Dan kepada penyokong kedua-dua mereka. Muhasabah diri. Tingkatkan produktiviti. Sudah berapa ramai ahli parti yang anda tambah? Sudah berapa banyak pengundi baru yang telah anda daftarkan? Sudah berapa besar pengaruh cawangan bahagian anda disebarkan? Kalau yang kalah apakah mampu untuk menang pru depan? Kalau yang menang apakah mampu bertahan pru depan? Apakah dengan berbalah selangor, penang dan kelantan dapat ditawan? Apakah dengan menghamun dan berbalas kata mampu meningkatkan sokongan? Apakah tidak pernah ada rasa berdosa? Mohonlah kita bersatu. Kita sama-sama ada kelemahan dan pasti kita juga masing-masing ada peranan dan jasa. Maka sudah tiba masa untuk bekerja kerana esok belum menjanjikan syurga kepada mereka yang alpa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment