Tuesday, January 12, 2016

KERAJAAN NEGERI JUAL NEGARA

DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan. Dalam masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya. Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas: 2011 - seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion. 2013 - seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai. 2013 - 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land. 2014 - tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%. 2014 - 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta. 2014 - 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion. 2014 - 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!

No comments: