Monday, August 1, 2011

CERMIN-CERMINLAH DIRI..!

MCA tak seharusnya menyalahkan pihak lain bila kaum Cina masih lagi menolak BN.

Lebih malang bila mereka mengaitkan 'masalah' itu dengan Perkasa. Apa kena mengena penolakan kaum Cina itu dengan Perkasa, yang dijadikan kambing hitam oleh MCA?

Kalau dikatakan disebabkan oleh perkasa, hinggakan kaum Cina menolak BN. Bermakna MCA tetap juga gagal. Gagal dalam meyakinkan kaum Cina bahawa Perkasa tak ada kena mengena dengan BN. Dan bermakna juga PKR yang lebih mampu meyakinkan kaum Cina mempercayai mereka dan menolak BN.

Oleh itu, jika kita gagal mendidik anak-anak kita mendengar kata-kata kita, janglah disalahkan jiran kita yang bijak mendidik anak-anak mereka mendengar kata-kata mereka.

Dan oleh yang demikian, dalam apa keadaan sekalipun kita kenalah cermin-cerminkan diri kita sebelum menyalahkan orang lain dan dengan memberikan pelbagai alasan yang tak mampu diterima akal.

No comments: