Kenapa hanya 0.2% jumlah projek diberikan kepada bukan Bumi ? Konon dari 2008, kerajaan Dap Penang telah memberi 968 projek bernilai RM125 juta dan 99% diberikan kepada kontrektor Bumi ?
Nah ... sekali baca bunyi macam dalam tempoh 3 tahun ini kerajaan Dap hanya keluarkan TOTAL RM125juta saja untuk projek-projek di Penang ? Makna setahun tak sampai RM45juta ? Projek Permata setahun dah sama dengan projek Penang selama 3 tahun ? hehehehe ..... Dan persepsi yang cuba ditonjolkan pula, selama 3 tahun Dap menjadi kerajaan di Penang, 99% projek diberikan kepada Bumi ?
Ada yang akan cuba membetulkan fakta tersebut ( dipersilakan ), memang nampak merepek dan tidak logik namun itulah persepsi yang kita dapat bila baca artikel tersebut. Kita yang lebih terdedah kepada berita2 politik tempatan mungkin tersenyum melihat gelagat adik beradik cina ni, tapi bayangkan ribuan rakyat lain yang terima buta persepsi itu sebagai benar ....
Segala dakwaan Umno selama ini yang mengutuk hebat ketidakadilan LGE selama 3 tahun, sikit demi sedikit dibina persepsi negatif itu.... sekelip mata hancur dan Dap Penang kini muncul sebagai kerajaan pembangkang yang adil, yang melebihkan Melayu LEBIH dari kerajaan BN .... ? ? ?
Mereka yang mungkin agak skeptikal mungkin akan hilang segala keraguan dan percaya kepada Khalifah LGE bila Persatuan Kontrektor Melayu Pulau Pinang sendiri mempertahankan, memuji, menyokong LGE ! KLIK dan sebaliknya mengecam Mca sebagai Rasis kerana mempertikaikan pemberian kontrek kepada Melayu ..... adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontrektor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontrektor lain ? Maknakata Dap Penang adalah sebaliknya iaitu bersifat adil tanpa perkauman, memandang tinggi keupayaan kontrektor Melayu ?
" Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua ( Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang ) telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.
" (Ia) menunjukkan sikap professionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi " kata Datuk Izham Merican.
" ......... Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri "
Tidak 'official' lagi tu kalau pujian datang dari Persatuan Kontrektor Melayu Pulau Pinang ? Nak tak nak, saya terpaksa tabik kepada cina Mca dan Dap Penang. Memang KELASSSS ! saya tak kenal Izham tapi kenyataannya yang official, melengkapkan teater politik Penang yang sememangnya boleh dipuji. Umno baik Pusat atau Penang tak terjawap dalam seminggu sandiwara ini berlangsung.
No comments:
Post a Comment