Monday, July 2, 2012

berapa ramai ahli DAP yang sudah memeluk Islam?

Dan hampir 13 tahun Pas Berkompromi Dengan DAP . Benarkah PAS sudah mendidik DAP dengan baik tantang Islam? Tambahan pula  pemimpin-pemimpin PAS menyatakan dengan jelas bahawa PAS akan mendidik mereka dengan cara yang berkesan. Maka dengan itu akan terbentuklah negara Islam. 

Konsep  negara Islam PAS telahpun  dicampakkan sendiri oleh PAS ke dalam tong sampah kerana keengganan DAP untuk menurut kemahuan PAS. Malah pemimpin-pemimpin PAS tidak langsung menegur perbuatan pemimpin-pemimpin DAP yang sangat kurang ajar dengan orang-orang Islam di negara ini. Berjayakah perjuangan PAS ini ataupun ianya satu lagi bentuk penipuan dari PAS kepada orang Islam?


Perjuangan PAS semakin ke arah liberal yang bertentangan dengan Islam. Malah, agama dijadikan topeng mereka untuk mendapat kuasa. Sudah hancurlah segala perjuangan asal PAS diperkotak-katikkan oleh kafir harbi. Jadi, layakkah PAS menggelar diri mereka jaguh orang Islam lagi?

No comments: