Monday, July 16, 2012

Isu dan kontroversi LIM GUAN ENG


Elaun Mohamad Sabu
Mohamad Sabu dari PAS dilantik sebagai pengarah bukan bebas di Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.
Fakta tersebut berbeza setelah dipersoalkan di DUN Pulau Pinang.

[sunting]Pemberian tanah kepada Lim Hock Seng                                                         Kerajaan Pulau Pinang memberi tanah kepada Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) yang didakwa tidak mengikut prosedur .

[sunting]Pengerusi Lembaga Tender

Lim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender .Beliau akan bertindak profesional . Kiranya berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa, Ketua Menteri dan barisan exconya akan bertanggungjawab.

[sunting]Kematian Teoh Beng Hock

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menuduh Lim Guan Eng enggan bekerjasama dengan polis untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 112 Kod Prosedur Jenayah . Ketua Polis Selangor memberikan amaran kepada Lim bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut. Lim disiasat kerana mengaitkan kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan dibunuh di Shah Alam pada 19 Disember 2009.
Pesalah di Seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan adalah memberikan keterangan palsu, mereka-reka keterangan palsu atau memalsukan maklumat kepada polis, akan dikenakan hukuman penjara, yang mungkin dilanjutkan sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.[4]

[sunting]Isu Lim dan SDO

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang Taman Botani dan isu curi pasir.
Pada 19 Julai 2010, Nik berkata bahawa beliau telah digelar oleh Guan Eng sebagai lidah biawak, pegawai tidak kompeten, 'little Napoleon' dan sebagainya. Balasnya, Guan Eng tidak mempunyai 'locus-standy' untuk menilai beliau sebagai pegawai yang tidak kompeten dan sebagainya. Nik Ali berkata bahawa isu curi pasir tidak ada kena mengena dengan bidang tugas dan tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri, Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.
Pada 23 Julai 2010, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berikutan tindakannya memberi kenyataan balas berhubung dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng terhadapnya.Tindakan Nik Ali itu dilihat untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dilemparkan Guan Eng.[5]
Pada 26 Julai 2010, Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian di antara ketua menteri Pulau Pinang itu dengan pegawai kemajuan negerinya Nik Ali Mat Yunus dengan melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu. Karpal berkata dakwaan bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali. Nik Ali juga ingin mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi. Tambah Karpal lagi, isu yang cuba dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Kebun Bunga yang akhirnya dirobohkan.Mengenai isu kerurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002. 

[sunting]Disaman UMNO Pulau Pinang

Pada 21 September 2011, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman menuntut Lim memohon maaf kerana menuduh UMNO Pulau Pinang mendalangi demonstrasi di luar pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011 dan percubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos 2011. Lim berhadapan saman fitnah RM30 juta.[8]

[sunting]Menang saman fitnah Utusan

Pada 14 Disember 2011, Lim Guan Eng menang kes berhubung saman fitnah Utusan Malaysia.Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim , sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.
Lim Guan Eng diwakili peguam Lim Jagdeep Singh Deo.Pada Januari 2011, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.Artikel pada Disember 2010 mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan parti DAP hendaklah diharamkan.Utusan menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

[sunting]Tuduhan skandal sex

Pada 28 Jun 2012, Lim Guan Eng dituduh mempunyai skandal dengan bekas pembantu pejabatnya, Ng Phaik Kheng [10] .Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo menyindir Betty Chew Gek Cheng, isteri LGE dan Adun Kota Laksamana.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula menuduh LGE tidak ada keberanian moral. Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang perempuan.Ekoran itum Chua meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat .
Lim Guan Eng meminta Datuk Gan Tian Loo selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DuyongMelaka mengulang semula tuduhan itu di luar dewan agar tindakan mahkamah boleh diambil. Persidangan menjadi kecoh apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo mengulangi soalan tersebut di luar dewan. Phaik Kheng pindah kerja dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat Warisan Dunia Pulau Pinang.[ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang) mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar Utusan Malaysia.
Speaker, Datuk Othman Mohamad Othman menggantung Ketua Pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang),Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh).Penggantungan itu mengikut Peraturan 34 Perkara (1) hingga (4) Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka. Alasannya kerana mereka gagal mematuhi peraturan sidang DUN termasuk membawa sepanduk tertulis perkataan 'Shame on you Gan Tian Loo' (Malulah kamu Datuk Gan Tian Loo). Mereka juga menimbulkan kekecohan selama 25 minit walaupun selepas persidangan ditangguhkan .Sidang DUN tidak dapat dimulakan dan ditangguh ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

No comments: