kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini.
Kita ada pilihan raya… nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah
Demonstrasi jalanan yang dirancang oleh kumpulan pengacau boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai.
jika ada pihak yang menjadi “tukang kipas, tukang bakar” emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga “rakan kita, keluarga kita.
Apabila berlaku “psikologi samseng”, orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam.
No comments:
Post a Comment