Wednesday, June 29, 2011

Pehimpunan Yang sia sia

Sejarah perhimpunan Haram 2007 menyaksikan perhimpunan itu tidak membawa kesan apa-apa sebagaimana yang didesak, malah perhimpunan itu dihambat pihak berkuasa bagaikan manusia menghalau anjing yang menyalak. Meskipun manusia tersebut berjaya di gigit sedikit oleh anjing itu, namun anjing itu bertempiaran lari bila manusia itu menyemburkan air. Kena air pun lari ke? Pejuang apa ke namanya begitu?

Perhimpunan Haram 2007 juga berjaya menghimpunkan sampah sarap yang bertimbun dan teruk juga untuk DBKL membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh puak-puak tidak bertamadun yang keluar dari hutan rimba itu. Peserta-peserta perhimpunan yang lari dari “water cannon” bertempiaran lari masuk ke kedai-kedai berhampiran dan menyebabkan peniaga-peniaga di sekitarnya terganggu serta mengalami kerugian. Kedai terpaksa ditutup awal untuk mengelak dari dibabitkan dengan perhimpunan tidak bermoral itu!

Selain itu, pemandu-pemandu teksi juga merungut apabila rezeki mereka disekat oleh perhimpunan itu akibat jalanraya yang sesak teruk dipenuhi oleh penjahat-penjahat jalanan yang mengejar kuasa. Mereka menganggarkan telah kerugian sebanyak RM150 pada hari perhimpunan bodoh itu. Petekma baru ini misalnya telah melakukan laporan polis membantah perhimpunan yang merugikan pencarian rezeki mereka itu.

Selain itu, warga kota yang mahu “window shopping”, bersiar-siar di ibunegara juga terganggu dengan tindakan bangang perhimpunan Haram itu. Itu belum lagi dikira dengan pelancong asing yang ternganga-nganga melihat kelakuan “monyet-monyet” yang baru keluar dari hutan itu. Memburukkan nama Malaysia saja!

Untuk apa Mat Sabu membazirkan masa penyokong-penyokong Pas melakukan kekacauan jalanan itu? Bukankah lebih baik Mat Sabu anjurkan qiamullail, solat hajat, tazkirah, atau program-program yang tidak mengganggu ketenteraman awam. Kalau setakat nak hantar memorandum saja, hantar pakai email pun boleh. Tak pun, lantik saja 2-3 orang wakil, dan pergi bertemu dengan SPR, kemudian serahkan memorandum. Habis cerita. Duit tak habis, tenaga tak habis, jimat masa, tak ganggu orang dan tak ada sesiapa yang nak buat laporan polis!

Sebenarnya Mat Sabu atau NGO Perhimpunan Kotor yang diketuai Ambiga ini tidak perlu pun buat perhimpunan. Tak ada isu ketidak telusan Pilihanraya atau perkara berbangkit yang sewaktu dengannya pun. SPR sudah telus. Sekiranya Mat Sabu sangsi, sila rujuk kepada para pemerhati wakil parti atau pemerhati antarabangsa yang dilantik. Rasanya mereka lebih relevan untuk memberi pandangan berbanding Ambiga yang tak tahu apa-apa!

Jelas sekali bahawa alasan Mat Sabu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, mereka lah yang turun dengan tujuan jahat dan kotor serta berniat untuk mengotorkan rakyat sebagaimana kotornya hati perut mereka. itu!

mereka ingat semua orang suka ke berhimpun ramai-ramai tengah-tengah panas dan membuang masa mereka melayan perangai tiga suku pembangkang? Mereka juga ada anak bini, saudara mara dan sahabat handai serta kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya mereka tak gemar pun. Marilah sama-sama bertindak membantah perhimpunan haram yang sia-sia itu.

No comments: