Sudah menjadi perkara pelik tetapi dihalalkan dimana mereka yang terang-terangan membawa kejahatan dan kemusnahan di bangkitkan menjadi pemimpin yang kononnya berjuang demi semua rakyat dan terlalu adil dikatakan boleh membawa keadilan kepada semua orang. Sejak akhir ini, terlampau banyak pemimpin yang mempunyai latarbelakang buruk dan tidak bermoral diangkat sebagai pemimpin yang boleh mewakili rakyat yang dakwanya tertindas.
Rentetan dari itu, mari kita sama-sama melihat dan mengetahui siapa sebenarnya Dato’ AMBIGA SREENAVASAN BERSIH ini.
Perkara 153 yang menjamin HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang sering disentuh oleh beliau dalam penganjuran forum-forum supaya rakyat bukan melayu membuka mata menentang Perkara 153 yang secara jelas memberi hak kepada kaum Melayu.
Masih ingatkah kes Lina Joy yang Murtad, beliaulah yang mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah dibawah artikel 121(1A) MEMPERTAHANKAN Lina Joy dalam menyatakan kebebasan beragama kepada semua penganut Agama Islam. Inilah yang PAS nampak tetapi menghalalkannya demi kepentingan politik kotor mereka.
Tahukah apa itu IFC- Interfaith Commission? Iaitu hak samarata AGAMA, yang memberi kebebasan untuk memilih agama apa sahaja termasuk Agama Islam yang secara jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia serta hukum hakam dalam Islam. Beliau adalah dalang yang menerima memorandum dalam maksud tersebut.
PERLEMBAGAANKU adalah impian besar sekiranya Pakatan Rakyat menang untuk memerintah dan berkuasa. Apa yang mereka akan buat adalah membubarkan hak keistimewaan orang melayu dan kedudukkan agama Rasmi Negara iaitu Agama Islam kepada agama lain. Cukup bahaya jika kita orang Melayu dan Islam terpengaruh dengan tipu helah Dato’ Ambiga ini, jadi sesiapa sahaja yang menyokong gerakan Kotor ini ,AWAS!!!
Persoalanya ,
adakah Kita akan menjadi Barua kepada mereka yang secara terang-terangan menentang orang Melayu dan Islam. Menghalalkan cara mereka demi mendapat mandat walaupun terpaksa menggadaikan perjuangan demi Islam dan bangsa Melayu…fikirkanlah!!
No comments:
Post a Comment