Thursday, June 30, 2011

Apa perlu adanya demonstrasi?

Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat,

Lebih baik mencegah sebelum ia (perhimpunan) terjadi kerana kita takut kalau tindakan diambil selepas ia berlaku, yang menjadi mangsa ialah rakyat, pemandu teksi, orang berniaga, yang nak bercuti dan sebagainya,

Cara ini tidak kena…sebagai manusia yang bertamadun, tak perlu menyusahkan orang. Kalau berdemonstrasi ke nak bantah ke, buatlah di stadium atau di rumah sendiri ke. Jangan nak menyusahkan orang lain pula

Bila terjadi perhimpunan ini, ia akan menyebabkan dua fenomena termasuk kepada belia iaitu bengong dan gusar. Bengong ini disebabkan dia rasa perhimpunan itu seronok dan keduanya yang gusar ini, mereka tidak boleh menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.

Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak memporak perandakan negara kita kerana ia akan menjejaskan keselamatan dan keamanan yang dinikmati selama ini

No comments: