Thursday, June 30, 2011

BERshit

Demi perpaduan dan persenyawaan dengan DAP, hudud dan negara Islam sudah bukan keutamaan. PAS semakin hari semakin terpesong dari matlamat asal kewujudnnya. Mereka makin bankrap idea, lalu muncul perarakan yang diberi nama BERShit.

BERShit menuntut macam-macam yang boleh diselesaikan di Parlimen. Mereka dakwa atas nama demokrasi. Masalahnya, selesaikah apa yang mereka perjuangkan dengan berarak mengusung orang Melayu mengganggu ketenteraman awam demi menuntut perkara yang boleh diselesaikan melalui parlimen dan pilihanraya.

Jika kita perhati, hanya dua kaum yang sanggup membodohkan diri berarak menuntut perkara yang bukan-bukan melalui demo jalanraya. Pertama Melayu PAS dan PKR, kedua India HINDRAF. Cina yang terlibat hanya aktivis politik. Majoriti kaum Cina walaupun pro pembangkang tidak minat memperbodohkan diri mereka diperalatkan walaupun oleh DAP.

Mereka akan lebih mementingkan perniagaan mereka, mengukuhkan empayar ekonomi dan menjadi kuat dari diperalatkan. Sebenarnya,merema memperalatkan dua kaum ini.

Puak- Puak Pembangkang ni tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat..Apabila menang kerana mereka hebat dan pan dai memimpim .. tetapi apabila kalah SPRM berat sebelah,... tak adil...

No comments: