Wednesday, June 29, 2011

Demonstrasi jejas perniagaan

Demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bershit) di persekitaran Dataran Merdeka dan Masjid Jamek 2007 , menyebabkan pengusaha dan peniaga pelbagai sektor di sekitar kawasan berdekatan menanggung kerugian berjuta-juta ringgit.

Perhimpunan yang menyaksikan ramai anggota polis terpaksa dikerah mengawal keadaan, turut menjejaskan industri pelancongan, khususnya di ibu negara dengan kawasan Bukit Bintang menerima kesan teruk.

Berikutan itu, pemimpin dan wakil 80 pertubuhan pengusaha dan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) lain sekitar Bukit Bintang semalam mengadakan bantahan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perhimpunan berkenaan.

Penasihat kepada 80 pertubuhan dan NGO terbabit, Datuk Dr Lee Chong Meng, berkata perhimpunan itu bukan saja menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada peniaga, malah membantutkan usaha kerajaan menarik pelancong asing ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2007).

“Kami sedih perhimpunan itu menyebabkan banyak kedai di kawasan Bukit Bintang iaitu kawasan nukleus di ibu negara terpaksa ditutup sekurang-kurangnya separuh hari, jalan sesak, hotel dan pusat perniagaan kosong.

“Persatuan pengusaha hotel memaklumkan ada tempahan menginap dibatalkan pelancong dari China, Korea dan Hong Kong berikutan kejadian itu, selain ejen pelancongan tempatan menerima banyak pertanyaan daripada ejen pelancongan asing mengenai keadaan di ibu negara.

“Oleh itu, kita adakan sesi ini untuk maklumkan kepada parti politik tertentu supaya jangan buat kacau.

“Kami berharap perhimpunan haram seperti ini tidak berlaku lagi, cukuplah kerana ia menjejaskan perniagaan,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Jalan Pudu, semalam.

Perhimpunan itu disertai hampir 100 pemimpin dan ahli persatuan mewakili peniaga, pengusaha dan pemborong barangan harian, pakaian, kedai kopi, restoran, hotel, agensi pelancongan, teksi dan sektor Rukun Tetangga.

Pelbagai sepanduk termasuk tertera ‘Rakyat Malaysia Bukan Hooligan’, ‘Rakyat Malaysia Tolak Demonstrasi Jalanan’ dan ‘Kami Menyokong Pelancongan’ dibawa pada perhimpunan itu.

Wakil pemborong pakaian, Tan Hooi Weng, berkata kerugian dialami beratus-ratus pemilik pusat fesyen di Jalan Merlimau dan Jalan Kenanga mampu mencecah antara RM3 hingga RM4 juta.

“Perhimpunan itu menyebabkan kami kerugian besar. Bayangkan ada pengusaha mampu meraih jualan sehingga RM30,000 tetapi pada hari itu (perhimpunan haram diadakan) kosong, tiada pelanggan,” katanya.

Beberapa wakil pertubuhan lain turut mengakui perhimpunan menyebabkan mereka menanggung kerugian kerana terpaksa menutup premis lebih awal dan kurang pelanggan.

Natijah daripada demonstrasi yang diatur oleh Pakatan Pembangkang ialah gangguan terbesar kepada penduduk Kuala Lumpur. Itu yang cuba dinafikan oleh Pakatan Pembangkang, sebaliknya para pemimpin Pakatan Pembangkang cuba berlagak bodoh dengan memberikan hujah paling bangang yang mampu mereka fikirkan bahawa demonstrasi nanti akan memberikan keuntungan yang sangat besar kepada para peniaga, penjaja dan pekedai di Kuala Lumpur. Bahkan kata mereka, para pemandu teksi akan menikmati pendapatan yang lebih tinggi pada hari itu.

Entah dari mana indikasi yang mereka perolehi, hanya Allah Taala yang mengetahui secara jelas. Sebabnya sepanjang sejarah demonstrasi yang berlaku di Kuala Lumpur, tidak satu pun yang mendatangkan keuntungan bahkan sebaliknya mencatatkan kerugian yang mencecah berbilion ringgit. BERShit 2007 telah menyebabkan para peniaga dan penjaja kecil di Kuala Lumpur kehilangan pendapatan mencecah RM2 bilion. Saman yang dibuat oleh persatuan serta penjaja dan pemandu teksi Kuala Lumpur, tidak berani disahut dan disanggah oleh mana-mana penganjur BERShit 2007. Bahkan masing-masing lepas tangan.

So wahai pendemostrasi …Fikirlah sendiri yo!!!!!! Jangan Jadi Bangang, Bodoh, Dungu!!!!

No comments: