Dan kalau benar nak mempraktikkan hak kebebasan bersuara, ia boleh buat di stadium. Di negeri-negeri yang diperintah pembangkang ada beberapa stadium yang boleh digunakan, paling tidak di Bukit Jalil, pokoknya pohonlah kebenaran permit dan apa yang patut.
Semua ini sebenarnya boleh dibuat kalau betullah niatnya nak mempraktikkan hak berhimpun dan bersuara.
Tapi niatnya bukan itu, niatnya nak buat huru hara, itu yang Ambiga tetap nak teruskan demonstrasi jalanan dalam nak menuntut pembaikan dalam sistem pilihanraya. Modus operandi Ambiga sama seperti modus operandi Anwar Ibrahim dalam banyak hal – berselindung disebalik hak bersuara dan menyatakan pendapat untuk melaksanakan kerja jahat.
Kalau diikutkan ‘pencapaian demo 2007, Mat Sabulah yang sepatutnya mengepalai demo kali ini, tapi sebaliknya Ambiga pulak yang dipilih. Walhal Ambiga hanya setakat ajak beberapa kerat peguam dalam demo Walk of Justice – berapa kerat sangat yang itu dibanding dengan BerShit 1 !!
Pemilihan Ambiga bukan dengan tidak sengaja, Ambiga punya banyak kaitan dengan pemimpin luar terutamanya USA, gambarnya pernah dirakam bersama Setiausaha Negara Amerika, Hillairy Clinton dan Wanita Pertama USA, Michelle Obama.
Bangsa India dan statusnya sebagai peguam memang mudah sangat untuk orang menuduh kerajaan bertindak kejam ke atasnya. Tambah lagi, persepsi kerajaan menzalimi kaum India ni dah diusahakan oleh Hindraf.
Semua ini yang buat Ambiga paling sesuai mengetuai Bershit 2.
Malah ada sumber mengatakan gerakan BerShit 2 ini pun didalangi dan dibiayai pihak-pihak luar sebab itu depa punya sumber kewangan untuk mencetak baju-baju kuning yang kini sedang hebat diedarkan antaranya di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment