Saturday, July 2, 2011

Tolong bela 30 aktivis PSM



Mahkamah Sesyen Butterworth sebelum ini telah mengeluarkan arahan reman selama tujuh hari bersesuaiand engan peruntukan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan.
“Kesalahan di bawah seksyen ini adalah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan keselamatan negara, keselamatan anda semua, keselamatan anak-anak saya, keselamatan cucu-cucu saya dan juga keselamatan kita semua,” tegas Hakim Datuk Zamani A.Rahim.
Anehnya, pada masa yang sama, ada pihak yang memperjuangkan Islam, turut sama bersimpati dengan golongan komunis dengan menyamakan pengganas komunis di Malaysia dengan negara komunis yang menjalin ikatan diplomatik dengan Malaysia. Malah ada yang cuba membandingkan pengganas komunis Malaya dengan rakyat di negara komunis.
Walaupun kebanyakan daripada mereka yang hidup pada zaman kekejaman komunis sudah tiada lagi, tetapi penderitaan akibat perbuatan komunis yang cuba menjajah negara ini, sebenarnya akan terus kekal. Sejarah keganasan komunis di Malaysia masih terlalu baru dan cubaan untuk menipu serta memutar belitkan fakta sejarah tentang komunis dan perjuangan mereka, tidak akan berjaya!
Seharusnya kerajaan mengekalkan pendirian keras terhadap penyokong-penyokong komunis yang semakin lama semakin ramai di Malaysia ini. Bukan sedikit yang mengkagumi kejalangan komunis walaupun mereka juga tahu bahawa komunis adalah penjajah, bukannya pejuang kebebasan seperti yang didakwa!!

No comments: