8 Perkara yang dituntut……
1 – Membersihkan senarai pemilih.
2 – Melakukan reformasi terhadap sistem pengundian.
3 – Menggunakan dakwat kekal untuk cap jari pengundi.
4 – Membenarkan tempoh berkempen lebih dari 20 hari.
5 – Memperkukuhkan institusi awam.
6 – Mewujudkan akses terhadap media secara bebas & adil.
7 – Menghentikan amalan rasuah serta politik kotor.
8 – Membuat pindaan terhadap undang-undang.
lu orang pikirlah sendiri … kata nabil...... pendapat kami gini
1- SPR memang sentiasa update senarai pemilih berdasarkan maklumat yang diberi .. lepas tuh sesiapa sahaja berhak membuat bantahan terhadap senarai nama yang didaftarkan dan akan dinilai semula oleh SPR … kan ada tempoh bantahan sebelum diwartakan …
2- Reformasi??? Apa yang golongan ni tau pasal reformasi?? Yang mereka tau bila sebut reformasi, siapkan baju kuning .. pastuh pergi berarak ramai-ramai .. tuh je … Sistem pengundian yang diamalkan setakat ni dah yang terbaik … tapi mereka ni bukan apa, kalau mereka menang baru lah mereka cakap sistem tuh bagus .. kalau kalah sistem tak bagus …masa PRK menang besar diam ja...bila kalah sistem tarak bagus.
3- Dakwat kekal? Skrg SPR ada usaha untuk perkenal biometrik tuh .. lagi canggih … lagi berkesan… kalau dakwat kekal tuh kekal sampai bile ek? kalau sampai Pilihanraya seterusnya masih x kekal, macam mana? Huhu … kalau boleh hilang, pasti ada orang yang dah undi akan cuba apa cara untuk padamkan dakwat tuh dan undi kali ke2 kan … haaa macam mana??
4- Tempoh kempen 20 hari ?? Ni paling nak gelak ni … Alllooooo kawan, yang korang kutuk kerajaan pastuh puji kerajaan Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan tu bukan kempen ke? Rasanya 365 hari kut korang berkempen dalam masa setahun … Penceramah ,kutbah , Usrah, ceramah tuh setiap kali dapat pegang mic confirm berkempen …
5- Institusi Awam dikukuhkan?? Ni cite ape ni? Nak kukuh macam mana .. bagi lah spesifik sikit .. kalau setakat nak kukuh, sekarang dah kukuh kut .. pakai batu-bata kan bangunan institusi ni ..
6- Bebas Media?? Media di Malaysia ni dah kira bebas dah … ada media arus perdana .. ada media pembangkang .. contohnya Harakah, Suara Keadilan, Selangor TV, PAS TV , internetla, blog, FB dan macam-macam lagi lah … malah ianya boleh diakses orang semua rakyat …
7- Rasuah? Isu ini sentiasa mendapat perhatian serius kerajaan setiap masa dari dahulu .. Kalau ada cadangan yang baik, boleh dibawa berbincang .. bukan berdemo haram … Dan Ini bukan bidang kuasa SPR laaa kawan … aduyaiiii itu sPRM , BPR …
8- Pindaan Undang-undang?? Adoyaiii malas nak cakap dah … lu orang pikir lah sendiri apa yang diorang nak sebenarnya …
1 comment:
keluhan orang kecewa kalah, tak dapat projek bila BN kalah, sabarlah, bang suatu hari nanti BN menang pula, kita kumpul reta pula, la ni belanja hak dok ada dulu
Post a Comment