SALAH SATU DARIPADA PELUANG PEKERJAAN YANG DI TAWARKAN DI NEGERI PULAU PINANG. SELEPAS PULAU PINANG JATUH KE TANGAN DAP, KERJAYA SEBEGINI PUN BERTAMBAH.
dalam keasyikan lim guan eng mempromosi perhimpunan haram bersih, dia terlupa bahawa pulau pinang juga perlu dibersihkan daripada dosa pembohongan manifesto yang telah dap keluarkan pada 19/2/2008. Manifesto yang digariskan cukup indah di baca. namun, setelah 3 tahun lebih berlalu, manifesto bagaikan hampas kelapa yang hanya layak di buat baja atau pun diberi makan kepada ayam atau itik. berteraskan kepada manifesto kedua iaitu EKONOMI DINAMIK UNTUK MASA DEPAN PULAU PINANG. dap mahu menganjurkan dan mempromosikan pihak berkepentingan kepada semua syarikat yang memperolehi kontrak dengan kerajaan melebihi rm 10 juta di pulau pinang.Syarikat ini perlu menyumbangkan sebahagian keuntungan mereka.wah!!! syarikat perlu menyumbang semula kepada kerajaan negeri selepas berjaya memperolehi kontrak?bukankah ini namanya tiada akauntibiliti? atas nama kebajikan ianya berlaku. samalah seperti menyumbang rm 0.20 untuk mendapatkan beg plastik. sumbangan rm 0.20 ini dimasukkan ke dalam tabung RAKAN ANTI KEMISKINAN.
dengan nada retorik dap menyatakan ingin menarik pelabur yang mampu membayar gaji pekerja dengan lebih tinggi dan bukannya membayar dengan kadar yang rendah sehingga membawa kepada kemasukan pekerja asing. ini merupakan PEMBOHONGAN PALING DAHSYAT. sehingga ke artikel ini ditulis, guan eng gagal menarik pelabur yang boleh memberi gaji yang mahal kepada operator kilang. mana tidaknya, boleh dikatakan semua kilang di bukit minyak dan bayan lepas adalah terdiri daripada pekerja warga asing. guan eng terlupa siapakah yang tinggal di taman perumahan sekitar simpang ampat, tambun dan permatang pauh? bukankah pendatang asing?sudah 3 tahun setengah mana janji kamu guan eng dalam hal ini.
guan eng dan dap berjanji akan mentadbir pemerintahan kerajaan yang bebas daripada NEP, rasuah , ketidakcekapan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada segelintir kumpulan kecil orang-orang umno sahaja. benarkah kerajaan guan eng sekarang bebas rasuah? bagaimana dengan isu red tone dalam hal wifi dan kes tambun tanah di batu kawan seberang perai selatan?dikhabarkan menghadapi masalah sekarang akibat tawaran yang terlalu murah. bagaimana dengan pertuduhan jeff oii kepada penjawat awam negeri yang ada menerima rasuah satu ketika dahulu ? kerajaan negeri juga dalam sidang dun mei lalu, dengan bangga menyatakan bahawa urusan pemulangan wang yang disumbangkan ke dalam tabung RAK oleh rakyat yang membeli rm 0.20 beg plastik adalah bukan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. ini bermakna kerajaan negeri lepas tangan dalam hal sumbangan ini. kerajaan negeri juga tidak cekap dalam pengurusan jalan raya. jalan raya tetap sesak pada waktu kemuncak pergi dan pulang dari kerja. 3 tahun setengah memerintah tapi masih lembab. sebelum berkuasa cukup pandai kata nak buat ini la, nak buat itu la. macam bangkai hidup.
dap dan guan eng juga mahu menaiktaraf industri hi tech , pembuatan dan iks /PKS pada rangkaian nilai global. kenyataan ini agak retorik. sehingga kini berapa banyak iks dan PKS berstatus rangkaian bernilai global. berapa banyak kawasan iks baru yang diwujudkan? bukit minyak adalah kawasan yang dibangunkan sejak zaman BN lagi. tak nampak lagi taman industri iks yang baru di rasmikan oleh lge laknatullah.industri hi tech juga tidak kelihatan di pulau pinang. angan-angan dap tak jadi kenyataan lagi. dap nak tiru hi tech kulimkah yang dibina sejak zaman BN.
dap dan guan eng mahu meremajakan sektor pelancongan dan perkhidmatan industri dengan cara membina persekitaran hijau seperti pembinaan zoo pulau pinang yang baru, hotel dan kawasan warisan pelancongan. sektor pelancongan pulau pinang dimajukan oleh kerajaan persekutuan. keretapi bukit bendera bernilai rm 63 juta adalah peruntukan kerajaan BN. guan eng hanya tahu menaikkan kadar tiket dari rm 4 kepada rm 8. mujurlah keretapi ditaja oleh BN . kalau tak di taja, sudah pastilah harga tiket mencecah silap-silap rm 15 ke 20.sehingga kini tiada lagi zoo secara rasmi di pulau pinang.zoo pulau pinang ni nak di isikan dengan apa ? harimau, kucing ( CAT), kambing, lembu, itik serati, keldai,gajah atau juak juak PR yang sama seperti dalam zoo( oppsss jangan marah ya..nanti kena jual....)kawasan warisan pelancongan yang dibangunkan pula ada yang menjejaskan pendapatan penternak burung walid yang terdiri daripada kaum cina.
dap dan guan eng mahu merombak dan menyusun perbadaan kemajuan pulau pinang (PDC), pelaburan pulau pinang ( Penang Invest), pusat pembangunan kemahiran pulau pinang, autoriti pulau pinang untuk merangsang kemasukan lebihan pelaburan asing.yang ini teman nampak ada perubahan sikit sebab organisasi telah di susun semula dan yang pastinya organisasi di susun berdasar pegawai yang boleh menjadi pak turut kepada guan eng.guan eng sebenarnya bertuah dan wajib berterima kasih kepada kho tsu koon kerana BN telah memajukan Pulau Pinang. Pulau pinang menjadi sebuah pulau industri melalui dasar industrialisasi di bawah mending lim chong eu. dahulu dap cukup main hebat menghentam mendiang. akhirnya lebuhraya di bayan baru ke batu maung di letakkan nama lebuhraya lim chong eu.
sehingga ke hari ini tiada pelan komprehensif untuk menggalakkan ekonomi berasaskan pengetahuan untuk menyelamatkan pulau pinang dalam dunia globalisasi yang pesat berubah. k-ekonomi perlu ada.namun di pulau pinang ianya tidak diberikan perhatian walaupun dalam manifesto ke 12 disebutkan. guan eng hanya tahu berceramah politik sahaja dan sibuk pergi road show perhimpunan haram bersih. guan eng pun tak faham apa dia k-ekonomi. dia pun tiada k-value.menulis secara retorik amat mudah dan ianya tidaklah sama untuk melaksanakannya. mungkin ramai yang tidak tahu tentang manifesto dap ke 12. badarkhubro akan membongkarkannya satu persatu atas nama BERSIHKAN PULAU PINANG DARI PEMBOHONGAN KERAJAAN DAP.
PERANCANGAN BN SEHINGGA KE TAHUN 2020. SAYANG SEKALI EPENDUDUK PULAU PINANG SILAP MEMILIH SEBUAH KERAJAAN YANG KUAT BERANGAN ANGAN DAN BERETORIK DI ATAS KERTAS DAN DI ATAS PENTAS. RAKYAT PULAU PINANG PUNYAI PELUANG UNTUK MENYAMBUNG NIKMAT KEMAJUAN. KEBURUKAN YANG DILEMPARKAN DAP, PKR DAN PAS PENANG KEPADA BN HANYALAH SANDIWARA POLITIK. 3 TAHUN SETENGAH MEREKA MEMERINTAH, MEREKA TIDAK MAMPU MENUNAIKAN MANIFESTO YANG DIJANJIKAN DALAM PILIHANRAYA KE 12.
No comments:
Post a Comment