Monday, December 15, 2008

Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi telah mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini. Di samping itu, mempermudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam. Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. Atas desakan ahli MPSP, YDP MPSP akan membawa cadangan tersebut kepada kerajaan negeri.

Cadangan menggunakan bahasa Mandarin di papan tanda di jalan utama di Pulau Pinang akan menguji keikhlasan dan keprihatinan kerajaan negeri terutama kepada pengundi-pengundinya. Kenapa cadangan itu tidak dilayan sedangkan semua parti Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan ketiga-tiga bahasa (bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil) terutama di kain-kain rentang baik untuk kempen politik mahu pun untuk tujuan lain. Kerana itulah antara sebabnya pengundi-pengundi semua kaum tertarik dengan Pakatan Rakyat termasuklah parti PAS menggunakan bahasa ibunda Cina dan juga Tamil di kain-kain rentangnya. Selari dengan manifesto parti PAS iaitu "PAS untuk semua". Apakah setelah 50 tahun merdeka, masih terdapat anak Malaysia yang tidak boleh membaca bahasa Malaysia? Masih ada lagikah pelajar-pelajar dari SJKC dan SJKT tidak dapat menguasai bahasa Malaysia semasa persekolahan selama 6 tahun di sekolah rendah? Apakah pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat melihat bahawa peranan bahasa Malaysia sebenarnya tidak berkesan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Oleh itu perlu wujud pelbagai bahasa di papan tanda utama dan mungkin suatu masa nanti syarat menggunakan bahasa Malaysia di papan-papan iklan pula wajar disemak semula dan mungkin dimansuhkan? Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat akan akur dengan cadangan itu bagi melambangkan konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti DAP.

Tahniahlah pada orang melayu yang mengundi PR. Itulah sikap orang melayu, mudah menggadai maruah bangsa dan tanahair.

Adalah amat malang jika sekiranya ianya tidak dibantah. harus diingat, bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah melayu. Mahukah kita menjadi seperti Singapura? Tahukah hampa bahawasanya bahasa kebangsaan Singapura ialah bahasa melayu? Tapi, apa sudah jadi?

No comments: