Monday, December 15, 2008

iDANCE PULAU PINANG


PDF Print E-mail

Jumaat, 12 DISEMBER 2008, MASJID PTG JANGGUS

PENDAHULUAN

Kami, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP) sekali lagi mendesak pihak berwajib dan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) agar menimbang semula cadangan untuk menjalankan kempen street dance dalam kalangan belia di negeri ini.
Kami melihat pemilihan aktiviti iDANCE oleh pihak berwajib demi menggalakkan sesuatu aktiviti riadah yang sihat, membina belia contoh dan mengisi masa lapang serta menangani gejala negatif seperti lepak, vandalisme, masalah mat rempit, penyalahgunaan alkohol dan dadah merupakan sesuatu tindakan yang tidak praktikal dan tidak tepat.Di sini, kami ingin menimbulkan beberapa persoalan berhubung hasrat melaksanakan kempen ini.Pertama, adakah kempen iDANCE ini adalah alternatif terbaik dalam konteks Malaysia; sedangkan kita mempunyai seribu satu warisan kebudayaan yang jauh lebih tertib, sopan dan menjunjung budaya kebangsaan nasional?Kedua, adakah pihak berwajib mempunyai apa-apa rekod keberjayaan aktiviti seumpama ini sebagai pillot-test sebelum dilaksanakan di negeri kita ini; walhal kebejatan sosial dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan dengan budaya popular dan hiburan?Ketiga, mampukah iDANCE ini membantu pada perkembangan minda intelek kumpulan sasaran (iaitu remaja dan pelajar) kerana core-business remaja dan pelajar adalah mengejar pencapaian ilmu/akademik?Keempat, sejauhmanakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa modus operandi dan pelaksanaan iDANCE dalam kalangan remaja Islam ini mengikut prosidur syara’ – (1)tidak melalaikan; (2)jauh dari perkara haram dan masiat; (3)tidak bercampur antara lelaki dan perempuan; (4)tidak mengabaikan perkara-perkara kewajipan (menurut Islam) seperti solat fardhu dll?

PENUTUPBerdasarkan pada pertimbangan-pertimbangan dan persoalan-persoalan di atas, DPP Pulau Pinang sekali lagi mendesak pihak berwajib menimbang semula cadangan Kempen iDANCE tersebut seterusnya membatalkan hasrat tersebut dengan serta-merta.Semoga pendirian ini dapat meletakkan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) sangat unik dan prihatin dalam membina jatidiri generasi remaja kita; tidak bersikap seperti UMNO dan Barisan Nasional yang sangat gemar menganjurkan budaya popular, hiburan dan hidonisme dalam kalangan remaja sehingga mengakibatkan golongan pewaris kepemimpinan negara hilang identiti dan jatidiri bangsa Malaysia

.
Disediakan oleh,DEWAN PEMUDA PAS (DPP)PULAU PINANG

Komen : Sama sama lah kita tengok Guan Eng Nak hormati kita dan pandangan kita tak...

No comments: