Thursday, December 4, 2008

LGE: Lucutkan Jawatan TKM1 SEGERA..! - malaysiakini

Kemaskini 12:30pm Sekali lagi untuk kesekian kalinya TKM1 Pulau Pinang buat hal dan kali ni aku rasa dah berat sangat dah. ni bukan kali pertama atau kali kedua, tapi dah berkali-kali dah. masalah yang sama jugak. kali pertama aku dapat aduan pasai Fairus ni seawal sebelum PRK P-044.

Aduan yang aku terima dulu dan sekarang masih sama, tak berubah, sikit pun tak berubah malah melalui perbualan dengan sahabat-sahabat dari Pulau Pinang masa Kongres PKR di Shah Alam tempohari rasanya masalah dah makin berat.

Kalau dulu ceritanya cuma si Fairus ni malas nak turun padang, lembab, tak ambik peduli masalah rakyat dikawasan yang dia menjadi wakilnya, jarang masuk pejabat (lagak macam pangkat dia lagi tinggi dari KM LGE) dan macam-macam lagi (banyak tu, patut aku tak pakai ayat "cuma") tapi yang parahnya sekarang ni aku dengar, Fairus dah jadi macam orang asing dalam kerajaan Pulau Pinang.

Makna orang asing ialah, orang ramai mula confius samada Fairus masih pegang jawatan dalam kerajaan negeri atau tak sebab susah sangat nak jumpa (aku tak tau pulak kot-kot Fairus dah bukak opis sendiri dekat Siam) dan yang paling berat ialah dalam beberapa pertemuan yang dikatakan "cubaan membaik pulih" attitude Fairus, tenok ni masih berlagak.

Sikit pun tenok ni tak mahu mengaku sebarang kesilapan yang dia dah buat. cara bercakap mengalahkan Mahadet zaman dia jadi Pi Em dulu, mendongak, mata kelain, mulut kelain cukup sombong. teguran dari sahabat-sahabat dan orang bawahan langsung tak diambik peduli. jangankan sahabat dan rakan sekerja, dengan KM LGE sendiri pun tenok ni buat tak kisah.

Nasib baik jugak KM LGE tu jenis manusia penyabar, kalau tenok ni duduk bawah pentadbiran MB Khalid atau MB Ir Nizar aku rasa lama dah tenok ni MB Khalid atau MB Ir Nizar hantar ke Zoo Uganda ataupun Zimbabwe. dok dalam kerajaan negeri buat menyusah je.

Terbaru pulak dalam malaysiakini melaporkan 6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan.alasan depa ialah : "masalah sikap" pemimpin muda itu, Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Kalau baca statement dari keenam-enam pegawai tenok tu, aku nampak macam tenok tu bukan seorang TKM1 Pulau Pinang, sebaliknya dia dah angkat diri dia sebagai seorang Ketua Menteri Tenok mewakili Parlimen Tapir. lokasi paling baik bagi spisis macam ni ialah mana-mana Zoo dan kawasan jajahannya tak pun dekat ulu Zimbabwe dekat tempat yang orang ulu Zimbabwe sendiri pun tak selera nak duduk.

Oleh kerana masalah nampaknya dah makin berat (ni bukan tahap berat dah tapi dah jadi parah) maka aku syorkan supaya diwujudkan 1 desakan bersepadu dari semua tak kira hangpa orang Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng memecat Fairus dari jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dengan kadar SEGERA..!

Langkah pertama, atas inisiatif aku sendiri dan harap rakan-rakan bloggers bersama dalam kempen "terbalikkan gambar TKM1" sebagai tanda protes dan sokongan supaya tenok ini dilucutkan jawatannya.

Ini bukan masalah kecil dalam satu-satu pentadbiran negeri. kalau tenok ni cuma pegang jawatan tukang sapu, mungkin ianya tak kan jadi masalah. tapi jawatan yang tenok ni pegang terlalu tinggi dan jauh dari kelayakannya. DUN penanti yang tak sampai 10 ribu pengundi (penduduk aku tak tau berapa ramai) tu pun gagal nak jaga, apa lagi nak tadbir sebuah negeri?

Pada KM LGE pulak, cukup-cukup la hang dok cover tenok sekor ni, bangkai tenok ni kalau tutup ngan daun pisang mungkin orang tak nampak, tapi bau busuk bangkai tu lama-lama akan sampai jugak ke Zimbabwe kalau dibawak angin.

Berapa banyak masa lagi YB LGE nak buang semata-mata untuk memperbaik lagi orang yang tak reti bahasa? aku yakin YB LGE berinteraksi dalam Bahasa Melayu dengan Fairus dan bukan dengan Bahasa Ibunda YB LGE iaitu bahasa Cina dan aku yakin Fairus boleh berbahasa Melayu dan juga paham Bahasa Melayu dengan baik.

Orang macam Fairus ni bagi aku tak layak untuk berada ditempat dia berada sekarang, kalau diadakan PRK dan wakilnya ialah Fairus, aku tak terkejut kalau Fairus kalah dengan majoriti 100%. ini bukan calon yang baik bagi aku, yang menegur sikap tenok ni bukan sorang dua pimpinan tertinggi. dari awal lagi setahu aku DS Wan Azizah sendiri yang memula sekali turun ke Pulau Pinang semata-mata nak selesaikan masalah attitude tenok ni.

DSAI sendiri pun setau aku pernah menegur sikap tenok ni masa PRK P-044. satu-satunya sebab tenok ni dapat bertahan ialah kerana kesabaran KM LGE.

Pernah jugak satu ketika KM LGE turun kekawasan DUN penanti buat tinjauan sorang-sorang tanpa eskot atau sape-sape. apa yang KM LGE dapat ialah macam-macam aduan (bukan aduan sebenarnya, tapi sembang-sembang dekat kedai kopi - orang meja lain dok sembang, LGE curi-curi dengar). yang baguihnya ada sorang makcik pulak yang kenal LGE. makcik tu tanya awat lama tak nampak Fairus? jawab LGE - Fairus outstation. kalau aku, mampuih aku habaq kat makcik tu Fairus dah mampus..!

Sampai bila KM LGE nak simpan orang macam ni dalam pentadbiran Pulau Pinang? banyak kerja-kerja yang sepatutnya berjalan lancar jadi tergendala sebab sekor tenok."Amar Makruf Nahi Mungkar" bukan bermakna melindungi yang tak betoi."Amar Makruf Nahi Mungkar" akan jadi "AMAL Makruf" dengan adanya bangkai-bangkai bernyawa macam ni.

Pecat sahaja orang-orang macam ni dan tak perlu takut akan kehilangan sokongan orang melayu dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang. melayu Pulau Pinang hari ni sudah cukup bijak berpolitik. jangan jugak kerana KM LGE hormatkan DSAI maka KM LGE merasa "segan" untuk memecat seorang ahli PKR yang memegang jawatan dalam pentadbiran negeri.

Hubungan PKR & DAP tidak akan terjejas disebabkan perkara begini.aku yakin sahabat-sahabat kita dalam PKR akan memberi sokongan penuh kepada KM LGE jika keputusan memecat bangkai tenok ini dari jawatannya dilakukan. ini bukan soal hubungan sesama parti, tapi ini soal kreadibiliti wakil sesuatu parti.

PKR sendiri pasti akan malu dengan sikap ahlinya yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dengan sikap yang begini.

Tak perlu diadakan apa-apa perbincangan lagi untuk membaik pulih prestasi orang macam ini. daripada membuang masa membaik pulih prestasi, lebih baik melantik orang lain yang lebih berkaliber dan lebih mampu memberi komitmen didalam tugas.

Pecat Fairus dan biarkan dia menumpukan tanggungjawabnya pada rakyat DUN Penanti yang sekian lama diabaikannya. itu sahaja aku rasa kelayakan Fairus. tanggungjawab TKM1 terlalu besar bagi seekor tenok yang jiwanya kecil. orang ini langsung tidak peduli dan tidak faham pada tanggungjawab. selayaknya Fairus pada pandangan aku ialah sebagai seorang tukang sembang saja dan tak lebih dari itu.

Cukup-cukuplah mengurut misai. misai melenting tapi hasil tak ada tak memberi makna walau 1 sen pun.

Pada KM LGE - PECAT TIMBALAN KETUA MENTERI 1 ANDA SEGERA...!!!

No comments: