‘Suara Rakyat Suara Keramat’ – laungan Reformasi yang meletus sejak sedekad lalu, dibasahi dengan darah dan keringat rakyat, perlu dihayati semula semua pimpinan parti.
Jangan dek kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, rakyat menjadi semakin sangsi dan hilang kepercayaan seterusnya merencatkan agenda perubahan Pakatan Rakyat (PR). Secara jujur kita kena akui bibit-bibit keresahan itu, kini mulai menular ke akar umbi. Masalah tersebut tidak boleh diselesaikan hanya menyapunya ke bawah permaidani.
Ingat, kemenangan PR bukan semata-mata kerana kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meluatnya rakyat kepada kerakusan dan kebobrokan pimpinan BN selama ini. pasai tu saja marah nyamok kelambu depa bakar
PR Pulau Pinang khususnya keADILan, contohnya kini bukan sekadar berdepan dengan BN, tetapi sedang bergelut dengan ‘pemimpin’ yang sedang merosakkan imej PR. ‘Pemimpin’ yang bukan sahaja baghal dalam tindak tanduknya dan tidak tahu diuntung, bahkan turut mewarisi sikap rakus dan lebih bobrok dari pimpinan Umno/BN.
Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.
Biar apapun anggapan umum, demi masa depan . Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.
PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !
Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir lambat laun pekong akan terbongkar .
No comments:
Post a Comment