Thursday, December 18, 2008

Satu Aliran

Bila sebut sahaja satu aliran Bahasa dalam sekolah untuk memartabatkan bahawa rasmi negara ini, suara yang mendesak Mukhriz di ambil tindakan undang-undang kerana menghasut timbul. DAP – parti pejuang cauvinis Cina dengan slogan Malaysia Malaysian dan Bangsa Malaysia kononnya mendesak agar Mukhriz diambil tindakan atas Akta Hasutan. Kenapa melenting? Bila menceritakan mengenai perlucutan Hak Keistimewaan Melayu – untuk keadilan dan kesamarataan – hebat – kononnya mahukan bangsa Malaysia. Kenapa tidak dimartabatkan satu bahasa – Bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh digunakan untuk semua Bangsa Malaysia. Kenapa perjuangan bahasa mereka mahu jadi rasis dan bila Melayu mahu berusaha memartabatkan bangsa Melayu – dikatakan perjuangan rasis.

Apa kah bentuk asimilasi dan integrasi yang dimahukan untuk perjuangan bangsa Malaysia, yang sibuk dilaungkan oleh mereka. Sebenarnya Melayu tidak perlu malah kena bertindak agresif menentang parti DAP – Parti cauvinis Cina yang mempunyai agenda nakal semata-mata untuk menghentam keharmonian perpaduan antara kaum dengan menimbulkan tuntutan Cina. Mereka sentiasa menghentam organisasi Melayu – khususnya politik Melayu dalam mana mengaku bahawa mereka tidak rasis.

Parti ini sebenarnya telah dan akan banyak membawa kebinasaan dalam perhubungan kaum dengan persoalan isu-isu sensitif agama dan bangsa. Kenapa ini dibiarkan oleh orang Melayu. Apakah perjuangan mereka tidak menunjukkan perjuangan bangsa dengan usaha untuk mengikis ketuanan dan hak orang Melayu. Tapi kita masih mengamalkan toleransi yang tinggi, takut Cina tidak undi BN. Namun hakikatnya – DAP telah membakar isu-isu perkauman untuk mereka menjadi juara kepada kaum Cina sementara kerajaan membiarkan atas alasan mahu menjaga sensitiviti Cina sedang DAP tidak tahu apa makna sensitiviti terhadap Melayu.

Hari ini DAP – dengan suara lantang menghentam hak Melayu di dokong oleh Melayu dalam PAS dan PKR. Adakah tidak nampak – DAP bukan mahu memperjuangkan semua bangsa – tetapi hanya mahu kemenangan pada bangsa mereka sendiri. Melayu harus mula meragui Dap dan harus mula berpaling pada mana-mana organisasi yang melekat dengan DAP kerana nyata Dap hadir untuk perjuangan kaum dan adalah parti yang amat rasis berbanding dengan yang lain.

Monday, December 15, 2008

iDANCE PULAU PINANG


PDF Print E-mail

Jumaat, 12 DISEMBER 2008, MASJID PTG JANGGUS

PENDAHULUAN

Kami, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP) sekali lagi mendesak pihak berwajib dan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) agar menimbang semula cadangan untuk menjalankan kempen street dance dalam kalangan belia di negeri ini.
Kami melihat pemilihan aktiviti iDANCE oleh pihak berwajib demi menggalakkan sesuatu aktiviti riadah yang sihat, membina belia contoh dan mengisi masa lapang serta menangani gejala negatif seperti lepak, vandalisme, masalah mat rempit, penyalahgunaan alkohol dan dadah merupakan sesuatu tindakan yang tidak praktikal dan tidak tepat.Di sini, kami ingin menimbulkan beberapa persoalan berhubung hasrat melaksanakan kempen ini.Pertama, adakah kempen iDANCE ini adalah alternatif terbaik dalam konteks Malaysia; sedangkan kita mempunyai seribu satu warisan kebudayaan yang jauh lebih tertib, sopan dan menjunjung budaya kebangsaan nasional?Kedua, adakah pihak berwajib mempunyai apa-apa rekod keberjayaan aktiviti seumpama ini sebagai pillot-test sebelum dilaksanakan di negeri kita ini; walhal kebejatan sosial dalam kalangan remaja acap kali dikaitkan dengan budaya popular dan hiburan?Ketiga, mampukah iDANCE ini membantu pada perkembangan minda intelek kumpulan sasaran (iaitu remaja dan pelajar) kerana core-business remaja dan pelajar adalah mengejar pencapaian ilmu/akademik?Keempat, sejauhmanakah pihak berwajib boleh memberi jaminan bahawa modus operandi dan pelaksanaan iDANCE dalam kalangan remaja Islam ini mengikut prosidur syara’ – (1)tidak melalaikan; (2)jauh dari perkara haram dan masiat; (3)tidak bercampur antara lelaki dan perempuan; (4)tidak mengabaikan perkara-perkara kewajipan (menurut Islam) seperti solat fardhu dll?

PENUTUPBerdasarkan pada pertimbangan-pertimbangan dan persoalan-persoalan di atas, DPP Pulau Pinang sekali lagi mendesak pihak berwajib menimbang semula cadangan Kempen iDANCE tersebut seterusnya membatalkan hasrat tersebut dengan serta-merta.Semoga pendirian ini dapat meletakkan kepemimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) sangat unik dan prihatin dalam membina jatidiri generasi remaja kita; tidak bersikap seperti UMNO dan Barisan Nasional yang sangat gemar menganjurkan budaya popular, hiburan dan hidonisme dalam kalangan remaja sehingga mengakibatkan golongan pewaris kepemimpinan negara hilang identiti dan jatidiri bangsa Malaysia

.
Disediakan oleh,DEWAN PEMUDA PAS (DPP)PULAU PINANG

Komen : Sama sama lah kita tengok Guan Eng Nak hormati kita dan pandangan kita tak...
Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi telah mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini. Di samping itu, mempermudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam. Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. Atas desakan ahli MPSP, YDP MPSP akan membawa cadangan tersebut kepada kerajaan negeri.

Cadangan menggunakan bahasa Mandarin di papan tanda di jalan utama di Pulau Pinang akan menguji keikhlasan dan keprihatinan kerajaan negeri terutama kepada pengundi-pengundinya. Kenapa cadangan itu tidak dilayan sedangkan semua parti Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan ketiga-tiga bahasa (bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil) terutama di kain-kain rentang baik untuk kempen politik mahu pun untuk tujuan lain. Kerana itulah antara sebabnya pengundi-pengundi semua kaum tertarik dengan Pakatan Rakyat termasuklah parti PAS menggunakan bahasa ibunda Cina dan juga Tamil di kain-kain rentangnya. Selari dengan manifesto parti PAS iaitu "PAS untuk semua". Apakah setelah 50 tahun merdeka, masih terdapat anak Malaysia yang tidak boleh membaca bahasa Malaysia? Masih ada lagikah pelajar-pelajar dari SJKC dan SJKT tidak dapat menguasai bahasa Malaysia semasa persekolahan selama 6 tahun di sekolah rendah? Apakah pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat melihat bahawa peranan bahasa Malaysia sebenarnya tidak berkesan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Oleh itu perlu wujud pelbagai bahasa di papan tanda utama dan mungkin suatu masa nanti syarat menggunakan bahasa Malaysia di papan-papan iklan pula wajar disemak semula dan mungkin dimansuhkan? Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat akan akur dengan cadangan itu bagi melambangkan konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti DAP.

Tahniahlah pada orang melayu yang mengundi PR. Itulah sikap orang melayu, mudah menggadai maruah bangsa dan tanahair.

Adalah amat malang jika sekiranya ianya tidak dibantah. harus diingat, bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah melayu. Mahukah kita menjadi seperti Singapura? Tahukah hampa bahawasanya bahasa kebangsaan Singapura ialah bahasa melayu? Tapi, apa sudah jadi?

Kenyataan P Ramasamy Boleh Cetus Huru Hara

PULAU PINANG 14 Nov. - Kenyataan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy yang menyalahkan rejim pemerintahan lama dan dasar UMNO sebagai punca wujudnya ketidakseimbangan kaum dalam sektor awam di negeri itu mampu mencetuskan perbalahan antara kaum di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Abdullah berkata, tuduhan liar yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai itu secara terang-terangan merupakan pandangan yang membuta- tuli dan berbaur politik.

''Kenyataan Ramasamy itu memang bertujuan untuk memecahbelahkan kaum dengan mengaitkan isu tersebut serta menuduh UMNO sebagai puncanya.

''Ini memang satu perbuatan dan tujuan yang sangat keji. Ini semua mainan politik yang mahu memporak-perandakan masyarakat majmuk di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kelmarin, P. Ramasamy berkata, kerajaan campuran negeri mahu memastikan pelantikan kakitangan awam di negeri tersebut seimbang bagi setiap kaum dan bukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja.

Namun, beliau menuduh UMNO yang menjadi penyebab berlakunya ketidakseimbangan dalam pengambilan kakitangan. Kenyataannya itu mencetuskan rasa tidak puas hati daripada wakil-wakil pembangkang Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Abdul Rashid yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri negeri itu berkata, kerajaan pakatan pembangkang itu sepatutnya menyelidik dan mengkaji sedalam-dalamnya dahulu mengenai situasi itu sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap UMNO.

''Ramasamy yang bersuara mewakili kerajaan campuran negeri itu mungkin dangkal dan kurang mengerti mengenai proses pemilihan kakitangan sektor awam kerana ia diuruskan di bawah pentadbiran awam dan bukannya mana-mana parti politik.

''Beliau sepatutnya lebih cekap dan memahami konsep itu. Jangan main cakap lepas sahaja," tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia 15 November 2008.

Komen:
Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy tidak sebodoh itu. Dia seorang profesor, cendiakawan atau cerdik pandai. Dia tahu kenapa orang Melayu lebih ramai dalam pentadbiran awam. Dia tahu kenapa orang Cina dan India tak berminat bekerja dalam pentadbiran awam. Dia juga tahu bahawa kaum Cina dan India tidak berminat menceburkan diri dalam pasukan keselamatan. Jika ada, kaum Cina dan India mahu jawatan berpangkat. Tidak hairanlah kenapa Prof. P.Ramasamy melemparkan tuduhan kepada UMNO yang menyebabkan tidak seimbangnya antara kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dia tak menyalahi Gerakan, MCA atau MIC tapi UMNO juga dipersalahkan. Sudah menjadi suatu strategi parti pembangkang termasuklah PAS sendiri meskipun parti Islam juga sering menyalahi UMNO biarpun UMNO berjuang untuk bangsa Melayu dan Islam. Parti pembangkang mahu menghancurkan UMNO kerana mereka tahu kekuatan BN sangat bergantung kepada kekuatan UMNO. Jika mereka nak kalahkan BN mesti kalahkan UMNO. Jika dapat kalahkan UMNO, Melayu akan hancur dan Islam mundur. Mereka tahu PAS tak sehebat mana. Sejak PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, PAS banyak berdiam meskipun isu-isu ada kaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam. Mana suara PAS dalam isu tanda nama jalan di Pulau Pinang? Apakah pendirian PAS bila kakitangan kerajaan negeri akan diseimbangkan antara kaum? PAS sepatutnya mendesak agar PR juga memperjuangkan dasar sama rata untuk anak-anak Islam (jika tak mahu sebut anak Melayu)dalam sektor swasta? Apakah PAS bersikap tunggu dan lihat. Jika UMNO juga yang menyatakan bantahan, maka UMNO yang dikecam dan dianggap parti berbaur perkauman. Ahli parlimen PKR, YB Zulkifli Nordin perlu diberi pujian dalam hal ini. Beliau benar-benar berpolitik untuk Islam. Dia tidak menggunakan Islam untuk berpolitik seperti segelintir pemimpin besar PAS.

Kenapa Perlu tolak DAP

DAP telah mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam. Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 23 April 2008 pernah mendesak PAS tarik balik matlamat menubuhkan negara Islam jika mahu terus berada dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin PAS berdiam diri tidak kata apa apa pun ketika itu. Inilah padahnya bila terlalu sangat melayan karenah DAP ini. Esok lusa entah apa lagi yang mahu diminta.
Pada 5 Mei 2008, Karpal buat hal lagi, kali ini menghina Sultan Melayu. Nizar Jamaluddin masih lagi diam tidak mahu komen apa-apa. Hanya Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) yang masih lagi sayangkan UMNO memperingatkan Pakatan Rakyat bahawa kemenangan pembangkang pada pilihan raya lepas bukannya kerana orang mahukan pembangkang tetapi kerana waktu itu banyak isu yang berlaku.
Sedar atau tidak, dalam Parlimen Malaysia yang menjadi Ketua Pembangkangnya ialah Wan Azizah, tetapi siapakah orangnya yang paling banyak buat kecoh dalam Parlimen? Bukankah orang itu ialah Karpal dan Lim Kit Siang? Nampak benar dalam Pakatan Rakyat sendiri, Wan Azizah tidak dihormati oleh DAP. Samalah dengan apa yang berlaku ke atas PAS di Perak.

Dulu Selangor dapat bonus kini perak pula

Dulu Selangor, Kini Perak rasa bonus Pakatan Rakyat PDF Print E-mail

downloadSeketika dahulu, rakyat Selangor telah mendapat bonus hasil dari undi yang di berikan kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri itu. Seperti yang kita semua sedia maklum, bonus yang dimaksudkan bukanlah berupa wang ringgit seperti yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. Bonus yang dimaksudkan ialah kandang babi yang terbesar di dalam sejarah kewujudan negara.

Terbaru, kerajaan Perak pula mengambil pendekatan yang hampir serupa dengan memberikan bonus kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada mereka. Iaitu dengan menganugerahkan tanah seluar 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina.

download2Penulis bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh Datuk Dr. Dzulkarnain Abdul Rahman ketika mengulas isu ini. Ini kerana menurut beliau pemberian tanah itu kepada sekolah persendirian cina itu kerana kerajaan Perak pimpinan PR tidak memahami sistem pelajaran kebangsaan yang ingin memperkasa sekolah kebangsaan bagi mewujudkan bangsa Malaysia berpadu.

Pihak Pas, sekutu Pakatan Rakyat tidak menyedari apabila mereka rancangkan sesuatu itu sudah bercanggah dengan konsep Islam yang mereka jaja ke sana sini.

download4Kini mereka pula yang mewujudkan asyabiah pendidikan negara. Baliklah ke pangkal jalan, perjuangkan Islam sebagaimana diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w bukan sekadar bermain politik ingin berkuasa sahaja.

Cara yang diterapkan ini adalah usaha penjajah baru yang berusaha untuk memecahbelahkan rakyat dan kemudian dapat memerintah. Hakikat ini harus disedari oleh semua rakyat yang cintakan negara ini.

Oleh itu, sokongan kepada pihak berkenaan adalah usaha sokong membawa rebah kepada bangsa, agama dan negara.

Usaha Kerajaan Perak ini juga akan melebarkan sikap perkauman dan bertentangan dengan dasar ekonomi baru yang dirancangkan iaitu merapat ekonomi, pendidikan, sosial antara kaum.

Ingatlah Islam dan Melayu telah dijajah lebih 400 tahun sejak Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511 manakala pemulihan kedudukan Melayu/bumiputera telah dilaksana menerusi dasar yang jelas mulai tahun 1971 tetapi kini usaha Pakatan Rakyat pula menghapuskan dasar itu kembali ke dasar penjajahan.

Inilah yang boleh dikaitkan dengan nasib golongan majoriti Melayu yang mula dipinggirkan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.Masa dijajah dahulu kita merempat; kekayaan dibolot oleh penjajah dan konco-konconya. Kini, inginkah kita balik ke zaman penjajahan British dahulu yang ketika itu hanya makan pagi kais pagi, makan petang kais petang; dan sekolah hanya sekolah atap.

Rakyat Melayu di negeri Perak sepatutnya mula sedar akan kesilapan yang dilakukan apabila menyerahkan kerajaan negeri kepada mereka yang pernah bergelar pembangkang ini. Setelah berkurun lama pemimpin terdahulu cuba menentang penjajah kerana cuba menafikan hak ketuanan orang Melayu.

Ternyata semangat perjuangan Dato Maharajela suatu ketika dahulu gagal diserap dan difahami oleh generasi muda di negeri Perak. Natijahnya tanah kerajaan telah diberikan kepada sekolah persendirian cina.

Di petik dari : Warisan Bonda

Rakyat Rasa Ditipu Manifesto Pakatan Rakyat

Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu berikutan kegagalan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya pada 8 Mac lalu.

Mohd. Shaid Rosli, 25, dari Simpang Tiga, Ijok, berkata, pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus adalah bertentangan dengan konsep negara berkebajikan yang diuar-uarkan oleh PKR dan Pas dalam manifesto tersebut.

Beliau yang masih menganggur memberitahu, kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji setelah berjaya memerintah merupakan satu bentuk penipuan secara bertulis dan menjadi kesalahan jenayah.

"Janji-janji Menteri Besar Selangor yang ketika itu merupakan calon wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok semasa berkempen merupakan suatu tindakan memperdaya rakyat seperti saya supaya mengundi pakatan pembangkang .

"Saya rasa dipermain-mainkan dan ditipu bulat-bulat kerana apa yang dijanjikan tidak ditunai setelah rakyat beri kepercayaan kepada mereka untuk memerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 7 di sini hari ini.

Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan untuk tidak menurunkan cukai taksiran berikutan keadaan ekonomi negeri ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Beliau bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.

Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.

Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Menurut Mohd. Shaid, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara yang sama berulang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, parti-parti politik seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang telah dijanjikan semasa berkempen dan bukan bertindak sesuka hati setelah memenangi pilihan raya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika ada pihak yang mahu membiayai kos guaman.

Komen:

Jangan ingat rakyat akan berdiam diri. Ini merupakan satu contoh mudah bagaimana tersinggungnya rakyat terhadap janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Ini baru seorang yang tampil membuat laporan mengenai keburukan kerajaan campuran.

Manusia memegang kepada janji jadi sekarang bila janji bertukar menjadi sebaliknya maka jelas dapat dilihat rakyat bagaimana lemahnya pentadbiran kerajaan campuran yang hanya sekadar mengambil kesempatan untuk membantu rakyat tetapi sebaliknya mereka langsung tidak berkehendak untuk menunaikannya. Ini dilihat sekadar wayang dan janji boneka semata-mata.

fairuz oh fairus

Enggan muhasabah diri - inilah salah satu masalah mental yang mengikat kepala hotak si budak Fairus, asyik menuding jari menyalahkan orang lain bagi menutup kesalahan diri sendiri.

Semua orang salah, hanya aku seorang betul - sampai kiamat pun masalah sikap buruknya sejak azali itu tidak akan selesai. Kalau dah dia sendiri tidak mahu membaiki kelemahan dirinya, apa diharap orang lain.

Nak harap Anwar Ibrahim ?

Dah berbuih mulut ‘pak sheik’ tegur. Bukan setakat tegur, hatta pujuk dan hentam marah pun dah dibuatnya.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan pada peringkat awal dulupun Anwar dah bentuk jawatankuasa khas- ahlinya Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim, Setiausaha Negeri Mustafa Kamal Yusof dan ahli MPT Dr Mansor Othman untuk membantu si budak Fairus.

Tapi lain pula jadinya. Mereka yang ikhlas untuk membantu, dituduh pula datang untuk mencari kesalahan dirinya, bahkan tak pasal-pasal Dr Mansor pula dituduh mengidam jawatannya. Last- last mereka inipun tak tahan…..frust, cabut !

“You ni datang, nak ambik tempat I ye ?” demikian antara kata-kata si budak Fairus kepada Dr Mansor.

Punyalah mangkuk ayun si budak Fairus ni. Dr Mansor hanyalah bekas calon PKR, bukannya ADUN. Macam mana dia nak ambik tempat TKM…bangangggg.

Suatu ketika, hal ini ditanya oleh salah seorang ahli Majlis MPSP Johari Kassim, di depan teman-teman, bagaimanapun si budak Fairus seperti biasalah akan bermati-matian menafikan dia pernah berkata begitu kepada Dr Mansor.

Tetapi dengan tiba-tiba si budak Fairus terkancing gigi, apabila Johari berkata, “ Dr. Mansor sendiri yang bagitau I.”

Haaaa…kan dah kantoiiiiiii…nak menipu lagi ?

Salahkan Malik pula ….

Semalam selepas Mohd Farid Saad ( BN Pulau Betong) menggamatkan sidang dewan kerana menggesa si budak Fairus, meletak jawatan dan digantikan oleh ADUN Batu Maung, Abdul Malik Kassim, dihalanya pula tuduhan, semua itu konspirasi Abdul Malik dengan Adun Umno.

Menurut intelegent kami, sebaik dia dibelasah di dalam dewan, si budak Fairus mula meraih simpati daripada Adun-adun PR, dengan menyalahkan Abdul Malik kononnya membocorkan maklumat kepada Adun Umno tentang salahlakunya.

Hee deeiiiii ….. masa Lu dalam dewan, Lu diam-diam tarak mau cakap, Lu cabut lari, orang hentam sama Lu, sampai Umno kata sama Lu TIPU pun, Lu diam-diam jugak duduk, tarak cakappp, sekarang luar dewan Lu mau cucuk sana, cucuk sini, apa pasai ? Lu tak ada tulurrrrrr ka ?

Lu tarak tau ka, itu maklumat bukan bawah akta OSA la, semuanya boleh dapat daripada pejabat SUK la…

Berapa kali Lu buat meeting MMK, berapa banyak Lu tidur dalam meeting, berapa kali Lu ponteng mesyuarat, berapa banyak Lu sakit perut, berapa banyak Lu ‘claim’ sebulan, berapa banyak Lu sapu duit minyak kereta rasmi untuk Lu guna sendiri… semuanya ada rekod laaaaa.

Lu tarak tau ka ? Itu komtar masih banyak saki baki penyokong Umno la, Lu tarak tau ka itu semuaaa ?

Ayoyooooo…itu Lu punya Ketua Inteligent @ Penasihat Peribadi Lu, Dr Pirdaus Khairuddin, Lu punya abang yang tiga suku macam Lu, tarak bagitau sama Lu ka ?

Sia-sialah Lu rekomen pingat PKT ( Pingat Kelakuan Terpuji ) sama Lu punya abang hari tu…

Lu tau ka, itu Anwar Ibrahim pun ada terkejut ooooo… bila Lu punya abang, angkat itu pingat dari Gabenor di depan-depan ‘pak sheik’ hari tu….

Ayomaaa…ayopaaa…masa tu baru tiga bulan perintah Pulau Pinang Lu sudah tunjuk Lu punya samdol laaa…..

Haaaaa…sebelum ‘macha’ lupa, apa macam Lu punya ‘Projek Petronas juta-juta’ guna proksi Persatuan Nelayan sama Lu punya abang, sama Omar lawyer sama itu Pak Su Senik, bila mau start ?

Bila projek sudah jalan, jangan lupa sama ‘macha’ sama la, kasi ‘macha’ sikit syer la, ‘macha’ pun mau angkat komisen jugakkkk … ‘macha’ pun mau hidup maaaaa…. !

Haaa..haaa..haaa…

Nanti kita jumpa lagi....ada banyak kotak lagi ni, lebih daripada 6 kotak yang Ezam ada

Karnival RAKYAT Mengkuang Titi Hambar

Mengkuang Titi ,Sabtu-13 Dec 2008

Seramai 20 orang menyambut ketibaan YB Tuan Lau Choo Kiang Exco Pulau Pinang MerasmikanKarnival RAKYAT di Mengkuang Titi ,Permatang Pauh , Apakejadahnya Program Negeri hanya 20 Orng saja yang hadir. Mana pi YB Fairus punya penyokong,Dengar Khabar dimai lambat.... Kepimpinan Hebat.... Kami Undi hang Hang dah jadi Tuan batang idung hang pun tak nampak.......pi mana tak tau....kesian kat orang yang berniaga tu. tunngu sampai malam dapat tak berapa duit......

I Dances Hadiah dari pakatan

banyak lagi hadiah kita dah dapat kerana memilih Pakatan

1. I DANCES - Menarilah anak nak paklebai dan pak haji
2. Papan Tanda Aneka Bahasa- Tegeliat lidah bila dibaca
3. Kan Belambaklah Maksiat...

Adakah ini perjuangan kita berjayakah kita memperlihatkan kejayaan mengatasi masaalah sosial dalam masyarakat.



Penang Pas Youth protests ‘I-Dance’ contest

PENANG, Dec 5 — Penang Pas Youth today protested against the staging of the “I-Dance” street dancing competition here as it does not benefit society.

Its chief, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, said the event supported by the State Youth and Sports Committee at New World Park would not only give rise to street culture through shuffle dancing but also increase social problems among the younger generation.

In a statement today, he wanted the state government to cancel the event in line with the administrative slogan of Penang Chief Minister Lim Guan Eng, "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar" (enjoining good and preventing evil/wrongdoing).

It is understood that the event, organised by Danzity Productions, is to promote a healthy way for teenagers to spend their free time.

The early rounds of the competition would be held on Dec 20 at New World Park while the last round would be on Dec 27 at Queensbay Mall. — Bernama

Kereta rasmi: Pulau Pinang juga tidak mahu guna Proton

BERIKUT IALAH KERETA RASMI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT YANG PALING PELAK DI DUNIA :
SESUAI UNTUK GUAN ENG MEMACU DALAM KEADAAN KESESAKAN JALAN RAYA DI PULAU PINANG
SESUAI UNTUK NIZAR, MEMANDU DI SEKITAR DN PASIR PANJANG DAN MASUK ESTET SERTA MELAWAT LADANG BABI DI KG KOH

SESUAI UNTUK KHALID.BUKAN KENARI TAPI GADIS YANG DOK BAGI PUNGKUQ TU.KHALID


GEORGE TOWN: "Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana)." Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry. Bagaimanapun pihaknya akan menukar kereta sedia ada apabila tiba masa untuk berbuat demikian. Ketua Menteri berkata, pihaknya ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat. "Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata beliau sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk ( blogger cadangkan kereta yang paling ekonomik bawa exco dan Guan Eng ialah Kancil , Kenari atau MyVy.Lagipun kereta rasmi bukan nak bawa ramai sangat.Nak bawa seorang Exco sahaja.Selesa lagi dan cepat.Kelajuan pun bukan boleh melampau sangat.Kancil pun boleh bawa 120km sejam.Jimat minyak lagi.So, jimat wang rakyat.Zuhud macam khalifah Umar Abdul Aziz.Soalnya sekarang mana pi RM 600 000 yang dijimatkan apabila kerajaan negeri tidak mahu membeli kereta baru exco selepas sahaja mengambil alih negeri.Kata nak jimat wang rakyat.Kalu nak jimat, naik bas.Lagi ok!!!).


Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau. Di IPOH, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya. Beliau berkata, keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi. Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata, keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada. "Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. ( nak lepaskan cukai apa lagi.Kalu camtu, baik minta kerajaan negeri Perak kecualikan rakyat daripada kutipan cukai tanah dan pelbagai cukai kerajaan tempatan lagi.Lagi baik.Ngeh, bodoh, celaka , haramjadah nak bohong Melayu.Kerajaan Pusat kau suruh pengecualian cukai.Kau yang tadbir kerajaan negeri, tak pulak buat banyak pengecualian cukai pada rakyat?)


Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini. Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.( Jimatkan wang apa lagi Nizar.Ini namanya pembaziran dan budaya bermegah dan lari daripada landasan Islam.)

Friday, December 5, 2008

pejuangan kita bukan tanah merah selori

itu adalah kata kata bung anuar satu ketika dulu di pematang pasir .tapi lani....Penduduk mengkuang telah digula gula dengan jesi bola berhaga Rm 400... Lupalah depani semua dengan masaalah sebenar banjir dan kemajuan setempat..... ibarat dapat pisang sesikat.. pokok pisang depa dah tebang pun.... ni la hampa ....

Thursday, December 4, 2008

Harapan Rakyat

JANGAN persiakan walau sekelumitpun harapan menggunung rakyat yang mahukan perubahan yang diterjemahkan pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

‘Suara Rakyat Suara Keramat’ – laungan Reformasi yang meletus sejak sedekad lalu, dibasahi dengan darah dan keringat rakyat, perlu dihayati semula semua pimpinan parti.

Jangan dek kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, rakyat menjadi semakin sangsi dan hilang kepercayaan seterusnya merencatkan agenda perubahan Pakatan Rakyat (PR). Secara jujur kita kena akui bibit-bibit keresahan itu, kini mulai menular ke akar umbi. Masalah tersebut tidak boleh diselesaikan hanya menyapunya ke bawah permaidani.

Ingat, kemenangan PR bukan semata-mata kerana kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meluatnya rakyat kepada kerakusan dan kebobrokan pimpinan BN selama ini. pasai tu saja marah nyamok kelambu depa bakar

PR Pulau Pinang khususnya keADILan, contohnya kini bukan sekadar berdepan dengan BN, tetapi sedang bergelut dengan ‘pemimpin’ yang sedang merosakkan imej PR. ‘Pemimpin’ yang bukan sahaja baghal dalam tindak tanduknya dan tidak tahu diuntung, bahkan turut mewarisi sikap rakus dan lebih bobrok dari pimpinan Umno/BN.

Alahai ... FAIRUS TKM 1 Penang ini lahir setelah pelbagai pihak termasuk Anwar Ibrahim gagal mengubati 'penyakit mental' yang dihidapi sejak sekian lama oleh Mohammad Fairus Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Anwar kini terjerat. Selepas kes Shaiful Azlan, beliau kini berdepan dengan masalah Fairus pula. Kita tidak mahu, kerana lambat bertindak kes Fairus akan terus membelit dan sukar dirungkai akhirnya.

Biar apapun anggapan umum, demi masa depan . Alahaiii…Fairus tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat, lebih-lebih lagi pemimpin bersifat munafik yang sanggup bersumpah semata-mata mempertahankan pembohongan, kerakusan dan kebobrokannya demi kepentingan diri sendiri.

PR tidak memerlukan pemimpin hipokrit- cakap tidak serupa bikin, bikin tidak serupa cakap, lebih parah mempunyai masalah mental tahap 'koma' !


Barah sedang merebak- kita kena singkirkan ‘virus pemimpin’ sebegini sebelum rakyat singkir lambat laun pekong akan terbongkar .

LGE: Lucutkan Jawatan TKM1 SEGERA..! - malaysiakini

Kemaskini 12:30pm Sekali lagi untuk kesekian kalinya TKM1 Pulau Pinang buat hal dan kali ni aku rasa dah berat sangat dah. ni bukan kali pertama atau kali kedua, tapi dah berkali-kali dah. masalah yang sama jugak. kali pertama aku dapat aduan pasai Fairus ni seawal sebelum PRK P-044.

Aduan yang aku terima dulu dan sekarang masih sama, tak berubah, sikit pun tak berubah malah melalui perbualan dengan sahabat-sahabat dari Pulau Pinang masa Kongres PKR di Shah Alam tempohari rasanya masalah dah makin berat.

Kalau dulu ceritanya cuma si Fairus ni malas nak turun padang, lembab, tak ambik peduli masalah rakyat dikawasan yang dia menjadi wakilnya, jarang masuk pejabat (lagak macam pangkat dia lagi tinggi dari KM LGE) dan macam-macam lagi (banyak tu, patut aku tak pakai ayat "cuma") tapi yang parahnya sekarang ni aku dengar, Fairus dah jadi macam orang asing dalam kerajaan Pulau Pinang.

Makna orang asing ialah, orang ramai mula confius samada Fairus masih pegang jawatan dalam kerajaan negeri atau tak sebab susah sangat nak jumpa (aku tak tau pulak kot-kot Fairus dah bukak opis sendiri dekat Siam) dan yang paling berat ialah dalam beberapa pertemuan yang dikatakan "cubaan membaik pulih" attitude Fairus, tenok ni masih berlagak.

Sikit pun tenok ni tak mahu mengaku sebarang kesilapan yang dia dah buat. cara bercakap mengalahkan Mahadet zaman dia jadi Pi Em dulu, mendongak, mata kelain, mulut kelain cukup sombong. teguran dari sahabat-sahabat dan orang bawahan langsung tak diambik peduli. jangankan sahabat dan rakan sekerja, dengan KM LGE sendiri pun tenok ni buat tak kisah.

Nasib baik jugak KM LGE tu jenis manusia penyabar, kalau tenok ni duduk bawah pentadbiran MB Khalid atau MB Ir Nizar aku rasa lama dah tenok ni MB Khalid atau MB Ir Nizar hantar ke Zoo Uganda ataupun Zimbabwe. dok dalam kerajaan negeri buat menyusah je.

Terbaru pulak dalam malaysiakini melaporkan 6 pegawai timb KM P. Pinang letak jawatan.alasan depa ialah : "masalah sikap" pemimpin muda itu, Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Kalau baca statement dari keenam-enam pegawai tenok tu, aku nampak macam tenok tu bukan seorang TKM1 Pulau Pinang, sebaliknya dia dah angkat diri dia sebagai seorang Ketua Menteri Tenok mewakili Parlimen Tapir. lokasi paling baik bagi spisis macam ni ialah mana-mana Zoo dan kawasan jajahannya tak pun dekat ulu Zimbabwe dekat tempat yang orang ulu Zimbabwe sendiri pun tak selera nak duduk.

Oleh kerana masalah nampaknya dah makin berat (ni bukan tahap berat dah tapi dah jadi parah) maka aku syorkan supaya diwujudkan 1 desakan bersepadu dari semua tak kira hangpa orang Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional supaya Ketua Menteri Lim Guan Eng memecat Fairus dari jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dengan kadar SEGERA..!

Langkah pertama, atas inisiatif aku sendiri dan harap rakan-rakan bloggers bersama dalam kempen "terbalikkan gambar TKM1" sebagai tanda protes dan sokongan supaya tenok ini dilucutkan jawatannya.

Ini bukan masalah kecil dalam satu-satu pentadbiran negeri. kalau tenok ni cuma pegang jawatan tukang sapu, mungkin ianya tak kan jadi masalah. tapi jawatan yang tenok ni pegang terlalu tinggi dan jauh dari kelayakannya. DUN penanti yang tak sampai 10 ribu pengundi (penduduk aku tak tau berapa ramai) tu pun gagal nak jaga, apa lagi nak tadbir sebuah negeri?

Pada KM LGE pulak, cukup-cukup la hang dok cover tenok sekor ni, bangkai tenok ni kalau tutup ngan daun pisang mungkin orang tak nampak, tapi bau busuk bangkai tu lama-lama akan sampai jugak ke Zimbabwe kalau dibawak angin.

Berapa banyak masa lagi YB LGE nak buang semata-mata untuk memperbaik lagi orang yang tak reti bahasa? aku yakin YB LGE berinteraksi dalam Bahasa Melayu dengan Fairus dan bukan dengan Bahasa Ibunda YB LGE iaitu bahasa Cina dan aku yakin Fairus boleh berbahasa Melayu dan juga paham Bahasa Melayu dengan baik.

Orang macam Fairus ni bagi aku tak layak untuk berada ditempat dia berada sekarang, kalau diadakan PRK dan wakilnya ialah Fairus, aku tak terkejut kalau Fairus kalah dengan majoriti 100%. ini bukan calon yang baik bagi aku, yang menegur sikap tenok ni bukan sorang dua pimpinan tertinggi. dari awal lagi setahu aku DS Wan Azizah sendiri yang memula sekali turun ke Pulau Pinang semata-mata nak selesaikan masalah attitude tenok ni.

DSAI sendiri pun setau aku pernah menegur sikap tenok ni masa PRK P-044. satu-satunya sebab tenok ni dapat bertahan ialah kerana kesabaran KM LGE.

Pernah jugak satu ketika KM LGE turun kekawasan DUN penanti buat tinjauan sorang-sorang tanpa eskot atau sape-sape. apa yang KM LGE dapat ialah macam-macam aduan (bukan aduan sebenarnya, tapi sembang-sembang dekat kedai kopi - orang meja lain dok sembang, LGE curi-curi dengar). yang baguihnya ada sorang makcik pulak yang kenal LGE. makcik tu tanya awat lama tak nampak Fairus? jawab LGE - Fairus outstation. kalau aku, mampuih aku habaq kat makcik tu Fairus dah mampus..!

Sampai bila KM LGE nak simpan orang macam ni dalam pentadbiran Pulau Pinang? banyak kerja-kerja yang sepatutnya berjalan lancar jadi tergendala sebab sekor tenok."Amar Makruf Nahi Mungkar" bukan bermakna melindungi yang tak betoi."Amar Makruf Nahi Mungkar" akan jadi "AMAL Makruf" dengan adanya bangkai-bangkai bernyawa macam ni.

Pecat sahaja orang-orang macam ni dan tak perlu takut akan kehilangan sokongan orang melayu dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang. melayu Pulau Pinang hari ni sudah cukup bijak berpolitik. jangan jugak kerana KM LGE hormatkan DSAI maka KM LGE merasa "segan" untuk memecat seorang ahli PKR yang memegang jawatan dalam pentadbiran negeri.

Hubungan PKR & DAP tidak akan terjejas disebabkan perkara begini.aku yakin sahabat-sahabat kita dalam PKR akan memberi sokongan penuh kepada KM LGE jika keputusan memecat bangkai tenok ini dari jawatannya dilakukan. ini bukan soal hubungan sesama parti, tapi ini soal kreadibiliti wakil sesuatu parti.

PKR sendiri pasti akan malu dengan sikap ahlinya yang memegang jawatan penting dalam kerajaan dengan sikap yang begini.

Tak perlu diadakan apa-apa perbincangan lagi untuk membaik pulih prestasi orang macam ini. daripada membuang masa membaik pulih prestasi, lebih baik melantik orang lain yang lebih berkaliber dan lebih mampu memberi komitmen didalam tugas.

Pecat Fairus dan biarkan dia menumpukan tanggungjawabnya pada rakyat DUN Penanti yang sekian lama diabaikannya. itu sahaja aku rasa kelayakan Fairus. tanggungjawab TKM1 terlalu besar bagi seekor tenok yang jiwanya kecil. orang ini langsung tidak peduli dan tidak faham pada tanggungjawab. selayaknya Fairus pada pandangan aku ialah sebagai seorang tukang sembang saja dan tak lebih dari itu.

Cukup-cukuplah mengurut misai. misai melenting tapi hasil tak ada tak memberi makna walau 1 sen pun.

Pada KM LGE - PECAT TIMBALAN KETUA MENTERI 1 ANDA SEGERA...!!!

Lim Guan Eng @Omar Abdul Azeez Celup Menolak negara Islam


Ada orang mengelar Lim Guan Eng KM Penang mirip Omar Abdul Aziz kerana beliau minat pada Omar Abdul Aziz. Saya dah kata dalam posting dulu bahawa socialist kafir ada menggunakan nama tokoh Islam sebagai tokoh mereka saperti Abu Dzar dan Omar Abdul Aziz. Ini hanya mainan saja serupalah ketua pemuda dap perak baca Quran atau Gobala baca Quran. Itu hanya seronok seronok untuk menghiburkan orang PAS. Hakikatnya Lim Guan dan DAP fanatic adalah socialist chinese chauvinist yang memperalat Anwar dan PKR untuk merebut kuasa Malaysia. Saya anggap ini adalah 'second socialist political revolution' untuk mengambil alih Malaysia dari tangan ummat Islam.
Bukti Lim Guan Eng , Karpal , Lim Kit Siang , Ko men dan DAP consistent dalam menentang negara Islam ialah ucapan dasar Lim Guan Eng dalam mesyuarat agong Dap. Beliau dengan jelas mengatakan sebarang theorcratic state atau negara Islam tidak akan di dirikan di Malaysia. Ini adalah mencabar secara terbuka PAS, dewan ulama, dewan shura , kepimpina pas dan semua ummat Islam. Cuba bayangkan betapa celakanya kafir yang telah berani mahu mengagalkan negara Islam yang di cita citakan oleh ummah. Mungkin ada barua dap akan mengatakan yang di maknakan oleh lim itu adalah negara Islam ala Taliban. Tidak,,tidak sama sekali. LIM GUAN ENG MENENTANG NEGARA ISLAM YANG DI KEHENDAKI OLEH ALLAH . Ini meletakkan DAP sebagai musuh ketat Islam.

Sila lihat berita nya

KUALA LUMPUR: The Democratic Action Party (DAP) will reject any proposal to turn Malaysia into a theocratic state.

In reaffirming the party's secular state policy, DAP secretary-general Lim Guan Eng said, "whether an Islamic or a Christian state, it is contrary to our vision of a civil society that is multicultural and multi-religious.

"(It also) violates the Federal Constitution,” he said in his speech at the 15th DAP National Congress here on Saturday.

Time to move Guan Eng

Lim Guan Eng, as the Chief Minister of Penang, should really start moving forward and show what he is capable of as a state leader, not as an opposition leader.

No point wasting too much time digging old fault of the previous government; the Penang folks knew how corrupted the previous government was… they might not know the details, but they were suspecting something huge.

Or else, does DAP think that they won the state in March because Penangties love them that much? People voted for Pakatan because they no longer have fate with BN, and Pakatan was their only option for making a change… and a change is what LGE and his state exco need to do.

What the people want to see is better governance and better quality of living… and digging old fault doesn’t help. What LGE needs to do is to be clean and transparent, improve infrastructures, create job opportunities and reduce cost of living.

The BN central government probably won’t help much to build the state… it won’t be easy for LGE obviously. But that’s what a political leader should do, to overcome difficulties and to find solutions… or else any Ah Beng could have become Chief Minister if it’s an easy job.

As credit due, LGE didn’t perform badly during his tenure for the last few months… but it certainly hasn’t been great yet. Show us what you got Lim Guan Eng, as a true leader, a government leader, and not just an opposition leader.

Wednesday, December 3, 2008

Chua Soi Lek: Bangsa MELAYU adalah sememangnya 'TUAN' kepada semua rakyat Malaysia.

ITU kah yang dikatakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempertahankan kenyataannya dan mendakwa telah dieksploitkan oleh akhbar utama berbahasa Melayu serta berbeza pula maksudnya dengan akhbar berbahasa Cina. Kenyataan Chua Soi Lek itu sedikit sebanyak melegakan para pejuang Ketuanan Bangsa Melayu di dalam ini negara. Sekurang-kurangnya ianya diakui sendiri oleh bangsa lain yang sendiri sedar ( mereka kaum pendatang) bahawa mereka menjadi hamba atau orang suruhan kepada TUAN ini punya tanah. "Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara………." Kenyataan Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim dalam Akhbar Siasah, 3-16 November 2006.

Monday, December 1, 2008

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang Kecewa



SALAHUDDIN AYOB DILIHAT SEBAGAI KETUA PEMUDA PAS PRO ERDOGAN YANG TAKUT MENEMPELAK DAP DAN PKR WALAUPUN ISLAM DI HINA.TINDAKAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG YANG MELAHIRKAN RASA KECEWA TERHADAP GUAN ENG TIDAK DIPANDANG SERIUS OLEH KETUA PEMUDANYA SENDIRI.DI SINILAH BLOGGER MELIHAT, BAHAWA DEMI SYAITAN DAP, PAS RELA ISLAM DIHINA.

DEWAN PEMUDA PAS HILANG ARAH DAN HILANG PRINSIP PERJUANGAN.TIADA TARING DAN MENJADI PONDAN.DAP MENEMPELAK MEREKA. MEREKA TAK BERANI MENJAWAB.SEMANGAT JIHAD DITELAN OLEH ISLAM MODERAT ANWAR.DAHULU ANWAR IALAH JAGUH MENGHINA PAS.TAPI SEKARANG DEWAN PEMUDA PAS SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG DAN MENUNGGU MASA UNTUK DISEMBELIH SAHAJA.


Pengakuan terbuka Pemuda Pas negeri ini bahawa parti itu dipinggirkan dalam keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana hakikat tersebut telah lama berlaku sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya umum lalu. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Salim Bari berkata kekecewaan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin terhadap Ketua Menteri., Lim Guan Eng membuktikan pakatan antara DAP, PKR dan Pas sekadar indah khabar dari rupa.
Justeru beliau percaya akan timbul banyak lagi luahan kekecewaan seumpama itu daripada pemimpin parti berkenaan bukan sahaja daripada negeri terbabit, malah daripada negeri-negeri lain yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. "Kita difahamkan dalam barisan kepimpinan Pas hari ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Pas Tulen dan Pas PKR. Pertembungan kedua-dua kumpulan ini ternyata memberi keuntungan kepada sekutu mereka yang lain di dalam Pakatan Rakyat dan menyebabkan Pas disisihkan daripada sebarang keputusan dalam pentadbiran kerajaan mereka.
"Justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan luahan kekecewaan itu datangnya daripada pemimpin muda mereka kerana kepimpinan atasan parti itu terpecah mengikut kumpulan masing-masing", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai kenyataan Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang menganggap Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menghormati Islam kerana meluluskan penganjuran konsert Jom Heboh di Stadium Batu Kawan, baru-baru ini. Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya Ketua Menteri mendengar dan menerima pandangan serta bantahan daripada parti-parti komponen lain. Malah beliau beranggapan kerajaan negeri membelakangi pandangan parti komponen lain di dalam Pakatan Rakyat.
Difahamkan kumpulan Pas Tulen masih lagi berpegang kepada ideologi penubuhan negara Islam dan pegangan asas perjuangan mereka yang lain, manakala kumpulan Pas PKR pula terdiri daripada mereka yang liberal yang sentiasa mengikut telunjuk rakan

Ketuanan Melayu

Isu ketuanan Melayu nampaknya masih belum reda, malah parti komponen BN pun turut menghentam. Sebelum ini, Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe telah membangkitkan perkara itu. Khamis lalu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek pula menolak konsep ketuanan Melayu dengan mengatakan ia tidak relevan dan ditolak pelbagai kaum.

Kenyataan beliau kemudian disokong oleh Ketua Wanita MCA, Dr Che Mei Fun yang mengatakan bahawa tanah air ini milik semua rakyat dan mereka adalah tuan tanah Malaysia. Terbaharu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mendakwa istilah ketuanan Melayu menggambarkan seolah-olah seperti hubungan hamba dengan tuan.

Kelantangan mereka ini mungkin kerana pemimpin Melayu berdiam diri kononnya ingin menjaga hati dan perasaan kaum lain. Lantas mereka terus menerus dihina.

“UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing.

“Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen adalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN,” kata mukris tun mahatir .

“Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi. Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO.

Isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”.

Lebih baik komponen parti menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.,”


Apa pun Orang yang terpelanting dari induk nya dah mula kuat apabila melayu dan mentuntut yang bukan hak kerana orang yang dari induk bercakaran dan tak tau haknya ....