Wednesday, June 27, 2012

Ketua Menteri yang selalu menipu


Lim Guan Eng telah menipu rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.

Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

banyaklah , blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim si Lidah Biawak  menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.
Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut: "Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?
Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST

Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Ketua Menteri  yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini? 

4 comments:

PPP Tasek Gelugor said...

Sempoi lah Tuan.. Orang macam ini akan kalah teruk dlm PRU13

PPP Tasek Gelugor said...

Sempoi lah Tuan.. Orang macam ini akan kalah teruk dlm PRU13

PPP Tasek Gelugor said...

Sempoi lah Tuan.. Orang macam ini akan kalah teruk dlm PRU13

Anonymous said...

Ini parti talak bule pakai
Lain olang jangan pi campoq
Kalau talak kasi pelabuhan bebas cukai.
Nanti wa leport sama wa abang di singapork

Pergi bertabik balik bersalam
Malaysia malaysian jadi agenda
Kalau kuasa sudah di tangan
Melayu ku londeh tinggal sependa