Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui ramai ahli Pas tidak dapat menerima gabungan kerjasama dengan DAP dan PKR.
“Menurut harakahdaily.net, ia secara tidak langsung membuktikan bahawa masih wujud dikalangan ahli Pas yang tidak bersetuju kerjasama dengan parti anti Islam serta parti main belakang.
Malahan
 kemelut dalam gabungan parti  pembangkang di antara Parti Keadilan 
Rakyat (PKR), DAP dan Pas akan  berlanjutan selama 10 tahun lagi 
disebabkan ketiga-tiga parti tidak  mempunyai titik persetujuan dalam 
perjuangan masing-masing berbanding  dengan Barisan Nasional.
Mustafa berkata: “Dengan adanya sistem dua parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihan raya.”
Mustafa
 berkata, kerjasama politik antara  PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan 
Rakyat tidak seharusnya menjadi  pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia 
berasaskan hukum syarak.
“Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun ‘bermerah mata’ membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam,” katanya.
Konsep
 tahaluf siyasi kata beliau, adalah  salah satu strategi atau pendekatan
 yang diambil oleh PAS dalam politik  untuk menang dalam pilihan raya 
dan ia berbeza sama sekali dengan dasar  perjuangan PAS untuk 
mendaulatkan Islam di negara ini.
Berdasarkan kenyataan Mustafa itu ia jelas membuktikan perjuangan Islam akan diketepikan dalam kerjasama pakatan pembangkang.
“Islam sudah hilang dalam Pas. Macam mana mereka boleh asingkan perjuangan Islam dengan perjuangan pakatan sedangkan mereka kata Islam dan politik tidak dapat dipisahkan.“Maka jika ini berlaku Pas bukanlah parti perjuangkan Islam dan Islam menjadi alat poltik semata-mata. Tidak kah konsep mengasingkan agama sama dengan konsep kapitalis, nasionalisma, dan sekular yang sama perbuatannya dengan murtad mengikut Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini,” kata seorang penganalisa politik.
 
 
No comments:
Post a Comment