Berita 
ini adalah berita baik kepada kakitangan awam atau sebaliknya. Tapi ini 
lah yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan 
akibat sokongan padu segelintir kakitangan awam yang memang tak pernah 
nak sokongan kerajaan sekarang walaupun makan gaji dengan kerajaan 
sekarang.
Petikan ini diambil dari Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011. Mari kita baca petikan dibawah.
Setiausaha Bahagian Penerangan DAP 
Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah 
kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan 
“Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan 
kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
“Pakatan Pembangkang tidak akan 
gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan 
graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa 
sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi 
penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang
 punyai daya saing.”
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.
Tony Pua berkata, Pakatan akan 
menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.
 Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan 
kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. 
Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh 
gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos 
untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian 
semasa menghadiri seminar bertajuk “Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh 
Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012″ yang diajurkan oleh 
pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai 
membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam 
negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee,
 turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, 
ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka 
dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang 
Bajet 2012.
 

 
No comments:
Post a Comment