Sunday, June 10, 2012

LGE Bazirkan Duit Rakyat

Jumlah kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang kini mencapai 28 orang berbanding dengan 13 orang ketika Koh Tsu Koon memegang jawatan KM dulu. Nyata pertambahan yang mendadak dan berlipat ganda.
Ianya berlaku ekoran ‘orang dia’ dibawa masuk secara terus (direct entry) untuk bertugas sebagai setiausaha akhbar Lim Guan Eng serta untuk bekerja di bahagian penerangan, kata seorang wakil rakyat Umno yang memperolehi jawapan bertulis ketika mesyuarat ke-2 penggal ke-4 sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.
The New Straits Times melaporkan


Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, bertanya apakah keperluan Guan Eng mempunyai setiausaha akhbar begitu ramai.
Chan Lilian, petugas media
Muhamad Farid juga memberitahu Sinar Harian bahawa kakitangan pejabat ketua menteri yang berlebih-lebihan itu tidak diambil daripada penjawat awam di jabatan sedia ada seperti pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri tetapi sebaliknya diambil berasingan oleh pihak Guan Eng.
Memang sudah menjadi darah daging DAP bersikap dwi standard, dengan kita dapat lihat Tony Pua, ketua jabatan penerangan merangkap penasihat ekonomi DAP, mahu pula mengurangkan jumlah kakitangan awam di peringkat kerajaan pusat.
Sekiranya setiausaha akhbar yang begitu ramai serta bahagian penerangan yang begitu besar itu kerja ialah mempromosikan peribadi Guan Eng ataupun membuat propaganda bagi DAP, maka seharusnya gaji mereka dibayar dari dana parti dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Apa kerja mereka semua itu?
Jenis perkhidmatan yang disediakan pegawai-pegawai di pejabat ketua menteri itu sebenarnya mencurigakan.
Cekupan laporan FMT - Klik untuk besarkan
Mengikut laporan Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, bahagian komunikasi pejabat Guan Eng yang kuat (“powerful”) terdiri daripada bekas wartawan serta petugas muda yang agresif.
Mereka sangat aktif di Internet membantu Guan Eng supaya menonjolkan diri (“make a considerable presence”) di Facebook dan Twitter.
Pastinya merekalah administrator yang mengendalikan Facebook dan blog-blog Guan Eng yang rasmi dan bukan rasmi (misalnya mychiefministerlimguaneng.blogspot.com menjadi tanda tanya).
Budaya apa yang diketengahkan dalam Facebook Guan Eng?
Komen pembaca di Malaysiakini (8 Nov 2010)
Kalaupun mungkin bukan pegawai-pegawai Guan Eng sendiri yang mencemuh barang sesiapa yang berani menegur bos mereka itu, namun sebagai moderator mereka wajib memastikan komen-komen yang diberikan oleh Facebooker peminat Guan Eng adalah tertib dan tidak melepasi batasan.
Akan tetapi nampaknya pegawai-pegawai Guan Eng tidak berusaha menghalang para penyokong kem mereka menyergah lawan serta para pengkritik dengan kata-kata kesat.
Komen pembaca di Malaysiakini
Sebenarnya kita tidak harus mengharap kepada ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kalau orang nombor satu, iaitu Guan Eng, pun amat pantang ditegur dan petugas-petugas medianya tidak bertanggungjawab, apatah lagi pengikut.
Malah Chan Lilian, seorang petugas media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu, pernah disiasat polis atas laporan menghasut dan baling batu sorok tangan.
Kata orang dalaman parti - The Star (30 Okt 2011)
Cara mereka beroperasi
Ng Wei Aik, setpol
Ng Wei Aik, setiausaha politik Guan Eng, yang juga Adun Komtar, cukup terkenal di YouTube dengan kekasarannya. [Ataupun cuba Google nama 'Wei Aik' + 'samseng'].
Manakala Jeffrey Chew, pegawai khas Guan Eng telah melemparkan ungkapan-ungkapan “serial spin messenger”, “parrots the same spin” dan “continuous attempts to undermine the Penang state government by deliberately distorting facts” terhadap seorang awam yang menulis Surat kepada Pengarang mengkritik ketua menteri itu.
Jeffrey juga menuduh seorang lagi penulis surat sebagai “BN cyber-trooper”, “devious and dishonest” dan “a BN virus and worm …”.
Sementara itu, Wong Kim Fei, setiausaha akhbar (II) kepada Guan Eng, pernah menuduh NST membohong – tuduhan yang dinafikan Nuraina Samad, pengarang urusan suratkhabar tersebut.
Yang saya sebutkan di atas hanya contoh pegawai-pegawai Guan Eng memberi respons secara rasmi. Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran.
Dan jika reaksi pegawai-pegawai komunikasi tersebut terhadap penulis surat sahaja sudah begitu ekstrim, bagaimana pula mereka bertindak terhadap para blogger yang berdedikasi memantau perangai kepura-puraan Lim Guan Eng?
Lagi kurang kebebasan akhbar
Walaupun dikelilingi begitu ramai setiausaha akhbar dan bergalaskan bahagian penerangan yang begitu gah menepis teguran, Guan Eng masih lagi senang-senang sahaja mengeluarkan perintah larangan terhadap media arus perdana.
Laporan kekangan media oleh Guan Eng -- The Mole (29 Sept 2011)
Ketua biro NST Pulau Pinang, Sharanjit Singh mengesahkan bahawa akhbarnya, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak dibenarkan membuat liputan apa-apa acara di mana Guan Eng menjadi tetamu kehormat.
Ada sesetengah media cetak yang disenaraihitamkan dan TV3 juga baru-baru ini diusir Guan Eng dari sidang medianya.
Selain kekangan di Pulau Pinang, Guan Eng selaku setiausaha agung DAP juga berkali-kali meletakkan gag order (arahan tutup mulut) atas orang kanan partinya sendiri.
Apakah Watergate?
Kakitangan Presiden Richard Nixon (1969-1974) terbabit dengan pembongkaran ibupejabat lawannya yang terletak di Wisma Watergate di Washington, D.C., ibunegeri Amerika Syarikat.
Penyelongkaran itu dijalankan untuk mencuri dokumen serta untuk wiretap (memasang wayar untuk merakam secara sulit perbualan/perbincangan) kegiatan-kegiatan jawatankuasa nasional parti lawan Demokrat.
Akhirnya Nixon terpaksa juga meletak jawatan kerana tindakan tidak beretika dan menyalahi undang-undang kakitangannya.
Blog-blog kritis digodam
‘Stop the Lies’ ialah sebuah blog yang tumpuan analisisnya terhadap DAP. Blog tersebut mendakwa sudah berkali-kali digodam.
“This portal is not spared either. It has been a victim of vicious hacking on numerous occasions. We want to believe that we are doing a damn good job exposing the political chameleons.
“Someone up there must have given the orders. Hack them, shut them up – so much for the right of expression and freedom of speech.” (Baca sini)
Mengodam blog ialah satu jenayah siber.
Memecah-masuk ke akaun e-mel peribadi penulis yang tidak menggemari Lim Guan Eng juga satu jenayah.
Propaganda dan ‘personality cult’
Guan Eng suka sangat selalu mengatakan pentadbirannya bagus sekali dalam semua bidang.
Dari segi jumlah setiausaha akhbar serta petugas bahagian penerangan pejabat ketua menteri, agaknya Pulau Pinang betullah berada di tangga teratas berbanding negeri-negeri lain.
Kakitangan Guan Eng berpengkalan di Komtar, iaitu bangunan urustadbir kerajaan negeri. Mereka menerima gaji bulanan daripada kerajaan negeri dan dibiayai penggunaan segala kemudahan teknologi, komputer dan Internet mereka oleh pembayar cukai.
Adakah kerja parti DAP dan propaganda mengagung-agungkan seorang individu dipisahkan dari urusan rasmi negeri?
Tidakkah orang ramai berminat untuk mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya yang dibuat oleh sebegitu ramai kakitangan handpicked di pejabat ketua menteri itu dalam tugas-tugas harian mereka?
Helen Ang

1 comment:

Anonymous said...

mmg byk hoooo dia punya assistant..
kalo x caya mai kat sini....