Thursday, June 28, 2012

ISU Pembelian Kapal Selam Malaysia Scorpene


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa Isu Scorpene begitu hangat dibangkitkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang.  Mengapa isu kapal selam Malaysia dijadikan sebagai satu skandal oleh Pakatan PEMBANGKANG.  

Isu pembelian Kapal Selam Malaysia Scorpene bukanlah semata-mata kerana harga ataupun penyelewengan mahupun skandal.  Skandal sebenarnya adalah DAP dan Singapura.  Sememangnya sesebuah negara perlu ada kekuatan pertahanan bagi memastikan benteng negara tidak diceroboh oleh anasir-anasir jahat dari luar.  Mungkin kita tidak memahami sejauhmana kekuatan pertahanan boleh memainkan peranan besar dari mengelakkan negara diceroboh.

Dari awal lagi Singapura sememangnya iri hati dan masih menyimpan dendam terhadap Malaysia selepas Singapura keluar daripada Malaysia.  DAP ditubuhkan bagi menghidupkan Parti PAP Singapura. Agenda Scorpene ini, DAP menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu  untuk membongkar dan mengaitkan isu-isu pembelian Scorpene dengan harapan kelemahan sistem Kapal Selam Scorpene dapat diketahui oleh musuh-musuh negara khususnya Singapura.

Begitu cekap dan hebatnya DAP memainkan peranan bagi pihak Singapura.  Cuba mengagalkan sistem pertahanan negara disebalik isu skandal yang dicanang-canangkan.
 

No comments: