Saturday, June 30, 2012

CHINA DOLL SUDAH REPORT POLIS




Syabas  kepada pihak polis Diraja Malaysia  kerana cekap buat kerja.  kalau sudah jumpa dengan amoi@China Dollnya, yang Hero tu siapa pulak ya! Pihak polis pun pernah berkata, pandai-pandailah rakyat menilai sendiri. rakyat mahu tahu dengan lebih jelas siapa sebenarnya "lelaki tersebut"! Dedahkan lah siapa identiti lelaki tersebut kerana dia tidak mahu mengaku dia adalah "Hero" didalam tayangan video itu  pihak polis sendiri perlu mengistiharkan siapa sebenarnya " HEro " hebat itu demi merungkai segala persoalan yang timbul! Senang cerita dan tak payah pening kepala!

Thursday, June 28, 2012

ISU Pembelian Kapal Selam Malaysia Scorpene


Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa Isu Scorpene begitu hangat dibangkitkan oleh puak-puak Pakatan Pembangkang.  Mengapa isu kapal selam Malaysia dijadikan sebagai satu skandal oleh Pakatan PEMBANGKANG.  

Isu pembelian Kapal Selam Malaysia Scorpene bukanlah semata-mata kerana harga ataupun penyelewengan mahupun skandal.  Skandal sebenarnya adalah DAP dan Singapura.  Sememangnya sesebuah negara perlu ada kekuatan pertahanan bagi memastikan benteng negara tidak diceroboh oleh anasir-anasir jahat dari luar.  Mungkin kita tidak memahami sejauhmana kekuatan pertahanan boleh memainkan peranan besar dari mengelakkan negara diceroboh.

Dari awal lagi Singapura sememangnya iri hati dan masih menyimpan dendam terhadap Malaysia selepas Singapura keluar daripada Malaysia.  DAP ditubuhkan bagi menghidupkan Parti PAP Singapura. Agenda Scorpene ini, DAP menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu  untuk membongkar dan mengaitkan isu-isu pembelian Scorpene dengan harapan kelemahan sistem Kapal Selam Scorpene dapat diketahui oleh musuh-musuh negara khususnya Singapura.

Begitu cekap dan hebatnya DAP memainkan peranan bagi pihak Singapura.  Cuba mengagalkan sistem pertahanan negara disebalik isu skandal yang dicanang-canangkan.
 

KENYATAAN POLITIK TUAN GURU NIK AZIZ




1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
















PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

Wednesday, June 27, 2012

Silap Mata

 
lidah BIAWAK yang BERCABANG memutarbelitkan segala FAKTA dan MEMPERBODOHKAN rakyat PULAU PINANG

Ketua Menteri yang selalu menipu


Lim Guan Eng telah menipu rakyat.

Awal bulan ini, dia dilaporkan telah menyatakan bahawa BN Pulau Pinang telah menipu terhadap janji yang dibuat terhadap isu pelabuhan bebas cukai.

Di telah menuntut agar BN Pulau Pinang memohon maaf terhadap janji yang telah mereka mungkir dan berkata bahawa PM telah menolak cadangan tersebut.

Apabila ditanyakan tentang status pelabuhan bebas cukai bagi negeri tersebut, Lim berkata bahawa PM menyatakan bahawa sudah terdapat 5 zon bebas cukai di Pulau Pinang, isu untuk menjadikan BN Pulau Pinang sebagai pelabuhan bebas cukai tidak menjadi isu.

banyaklah , blog-blog dan portal pro-pembangkang mula membantu Lim si Lidah Biawak  menyebarkan mesej berkenaan.

Nampaknya, Lim terlupa tentang rekod dan dokumentasi. Orang politik sepatutnya tahu bahawa mereka tidak boleh menipu kerana kini kebenaran boleh dicari di hujung jari.
Jawapan PM terhadap perkara tersebut yang telah direkod adalalh seperti berikut: "Walaupunn status pelabuhan bebas cukai tidak lagi wujud, Kerajaan Persekutuan tahu bahawa BN Pulau Pinang telah memberikan cadangan terhadap konsep baru untuk menjana ekonomi di Pulau Pinang, terutamanya dalam bidang perlancongan dan perkhidmatan. Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan respon dan juga sokongan dari rakyat, dan juga cadangan-cadangan inovatif."

Di bahagian mana yang menunjukkan bahawa PM tidak bersetuju untuk memberikan status pelabuhan bebas cukai?
Perkara yang sama telah didedahkan oleh laman web Cina, Souminews.com yang melaporkan oleh NST

Laporan tersebut menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin DAP tidak menyatakan sepenuhnya teks jawapan yang diberikan oleh PM di Parlimen. Sebaliknya, mereka mengubah segala kebenaran terhadap perkara tersebut.

Jadi, tidak banyak yang kita boleh katakan terhadap Lim Guan Eng kerana ini bukanlah kali pertama dia menipu rakyat.

Adakah kita mahukan Ketua Menteri  yang selalu menipu untuk menjaga masa depan negara ini? 

Tuesday, June 26, 2012

14 dalil tolak PAS


Ini adalah 10 dalil tetapi sekarang ada 14 dalil tolak PAS

1. SEMBUNYI KEBENARAN

PAS selalu sahaja membuat apa yang dilarangnya sebelum ini. Buktinya dulu PAS haramkan untuk bergabung dengan orang kafir, kini dengan mudah dan bangga mereka bersekedudukan dengan DAPig.

Ingatlah dalam surah al-Baqarah ayat 42,109 dan 174 :- Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang melaknat mahupun menjatuhkan azab terhadap mereka yang sembunyikan kebenaran.

2. BERTUKAR PERANGAI

PAS telah menukarkan matlamat asal perjuangan mereka daripada mahu menjalankan hukum Allah beralih kepada menganjurkan rusuhan. Buktinya PAS memenangi beberapa negeri selepas PRU (Kedah dan Terengganu tetapi kini Terengganu kembali kepada pemerintahan BN) PAS bercakal nak jalankan hukum Allah bila memerintah tetapi mulalah banyak helah.

Ingatlah dalam surah Yunus ayat 25; Allah swt menyeru ke arah kesejahteraan dan maksud hadisnya ialah "Masuk Islamlah kamu semoga kamu selamat sejahtera".

3. BERSEKONGKOL DENGAN MUSUH MELAYU YANG MENENTANG ISLAM

PAS lebih mengemari hubungan silaturahim dengan DAPig yang nyata merupakan musuh Melayu. Ini bukan ilusi mahupun fitnah tetapi realiti di mana Haji Hadi bersekongkol dengan Lim Kit Siang dalam tunjuk perasaan Bersih di KL.

Ingatlah dalam surah Anisa ayat 107, Allah tidak suka kepada pengkhianat yang berdosa!!!!...

4.MENGAKU DIRINYA PILIHAN ALLAH

PAS sentiasa membawa semboyan bahawa parti ini adalah parti Allah. Dalam Surah Al Baqarah ayat 79 "Celakalah orang yang menulis sesuatu dengan tangannya kemudian ia mengatakan ini adalah dari sisi Allah.. Nauzubillah.

5. MENJATUHKAN KEMULIAAN ISLAM

PAS memeperalatkan Islam. Mengapa PAS boleh bertahan sehingga ke hari ini? PAS telah menggunakan Islam sebagai platform perjuangan dan benteng pertahanan hingga mampu bertahan hingga ke hari ini. dan fahamilah patun dua kerat ini;-

UMNO alat parti untuk Islam
PAS alat Islam untuk parti

Maksud hadis jelas bahawa Islam adalah agama yang paling tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya.

6.MENGEMBANG PERSETERUAN

PAS suka sangat kepada huru hara dan permusuhan. Wira tidak memburukkan mana-mana pemimpin di negara ini tetapi pemimpin PAS punya semangat juang yang cukup negatif dengan membangkit, mengungkit kesalahan pemerintah, semat perasaan dendam kepada kerajaan, bermusuh di antara umat Islam yang berlainan parti dan yang sungguh menjijikkan apabila tuduhan liar/fitnah semasa umat Islam dijadikan makanan utama mereka dalam memenuhi syarat hubungan sekutu politik semasa.

Ingatlah surah Al Aaraf ayat 58 Allah melarang melakukan kerosakan di muka bumi ini selepas ianya baik.

7.KENAPA TAK BANTU ORANG BUAT BAIK

PAS tak perlu bersusah payah untuk membentuk negara kerana semua yang hendak mereka laksanakan telah disediakan oleh Kerajaan BN. Apa sahaja yang dilaungkan oleh PAS semuanya telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN dari apa yang dibuat oleh PAS. PAS memang jaguh ceramah tetapi sayang sejuta kali sayang bila hati mereka dibutakan kerana gagal melihat usaha yang dibuat oleh Kerajaan BN.

Ingatlah Ayat 2, Al Maedah " Bertolong bantulah kebaikan dan taqwa, jangan boleh buat dosa dan permusuhan.

8. ORANG LAIN SEMUA TAK BAIK

PAS sentiasa menafikan kebaikan sesama manusia khusunya pemimpin UMNO. Setiap usaha yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sering disalh tafsirkan dan dianggap tidak ikhlas. Tetapi adakah PAS terfikir bahawa UMNO banyak memperjuangkan hak umat Islam dan tidak terkecuali juga ahli PAS kerana kita adalah saudara Islam.

Ingatlah ayat 11, Surah Hujurat menyatakan Jangan engkau menghina sesuatu kaum boleh jadi mereka lebih baik dari kamu.

9. TERUS BERPEGANG DENGAN PETUA SESAT

PAS tidak islah (membaik puluh) masyarakat dengan petua takfir ajaran sesat. Cukup membimbangkan di kalangan ahli PAS mereka dengan jelas melihat kepincangan ajaran PAS tetapi masih memperakuinya seperti menyatakan UMNO kafir.

Ingatlah dalam surah Al Baqarah ayat 160 Orang yang menyembunyikan kebenarana dari Allah, mereka akan dilaknat melainkan mereka yang taubat dan Islah (mebaik pulih) semula ke jalan yang benar.

10. SUKA CERCA ORANG

Lumrah kehidupan pengikut PAS menjdikan sifat suka mencerca orang adalah amalan mulia hingga mengatakan Allah juga mencarut dan amalan ini seolah-olah mulia di mata Allah nauzubillah..

Ingatlah dalam surah Al Hujurat ayat 11 da 12, Allah menegah kita dari mencari dan menghebohkan kesilapan orang lain dengan sangkaan yang buruk, caci maki dan berbagai gelaran yang hina.

11. YANG BERDENDAM

Golongan profesional yang menyertai PAS cukup jelas dilihat adalah di kalangan mereka yang bermasalah dengan kerajaan dan pemimpin (masalah peribadi). Seolah-olah pemimpin ini menjadikan PAS sebagai platform untuk menghentam kerajaan untuk melepaskan dendam kesumat di atas hajat atau keinginan dhajal mereka yang tidak kesampaian.

Ingatlah dalam surah Al MAsad 'Allah menyuruh kita mohon berlindung dari hasad dengki

12.HARAM TAPI MAKAN

Semua pemimpin PAS mengambil gaji dan pencen dari wang kerajaan yang dikatakan haram. Hampir semua pemimpin PAS, ahli PAS, penyokong PAS, yang bekerja dengan kerajaan, sama ada wakil rakyat, pensyarah, cikgu, ustaz, pegawai-pegawai di jabatan kerajaan.

Ingatlah mana-mana daging yang tumbuh dari punca yang haram neraka lebih utama untuknya.

13. MENAFI KEBAIKAN ORANG

Barisan Nasional banyak menabur jasa kepada rakyat semua bangsa, PAS hanya melaung di jalan raya. Inikah yang kita nak keharmonian negara huru hara.

Ingatlah dalam surah Al Baqarah ayat 195 Allah menyuruh kita bebuat baik kerana ia suka kepada kebaikan.

14.TIDAK BERSYUKUR

Bukankah wujudnya PAS kerana dasar kerajaan buat. PAS boleh bergerak dan bertanding pilihanraya adalah kerana dasar Demokrasi yang diguna pakai oleh Kerajaan BN. Tanpa Demokrasi PAS tidak wujud, kenapa menentang? Kenapa masukkan najis ke dalam hidangan? jangan marahkan tukang masak bila gigi kita sakit.

Ingatlah sesiapa yang tak berterima kasih sesama manusia dia tak mensyukuri nikmat Allah.

Monday, June 25, 2012

Doctorate in Bullshitt


The Board of Examinations have unanimously decided to award you this Doctorate in Bullshitt as you have passed your examinations set by this University with excellent results and have achieved meritorious achievements set by this University . You are hereby conferred this Doctorate ! Congratulations ..Dr Lim Guan Eng .

Guan Eng "PEROGOL ALAM SEKITAR"

Sidang Media Guan Eng pada 19/2/2008 semasa membentangkan manifesto untuk PRU12 dahulu, antaranya:
" menambah atau mempertahankan kawasan hijau...menghentikan pembinaan di kawasan cerun"
Tapi tengok sendiri apa yang dia buat, sehingga SM Ideris Presiden CAP menggelar Guan Eng sebagai "PEROGOL ALAM SEKITAR". Persoalanya kenapa LGE hanya berminat dengan projek2 perumahan mewah sahaja dan memberi layanan istimewa kepada pemaju2???
LGE sendiri sanggup merogol manifesto yg DAP buat sehingga menarik pengundi Penang mengundi DAP!!!


Mesti nombot ni dpt murah n keta pun murah

Kereta Menteri Besar Kelantan - DAT 55 & DAB 55 - Nombor ini dapat free kah ? Pakai duit rakyat atau duit derma?
 Satu Lagi kereta MB Kelantan.......FREEEEEEEEEEEEE ka?
Ni ha nombot keta MB Kedah pulak......FREEEEEEEEE jgk ka?????

                                                                                      Ni keta Nizar

Green Penang" dan CAT.


Lim Guan End bercakap soal " Green Penang" dan CAT.....tp ini macam mana? kata dikota atau hanya AUTA?




 LGE dan DAP kerana berjaya menyimpan wang kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga RM1billion lebih....hebat. 
Tapi memang boleh simpan duit banyak sebab tak dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat....parit longkang tak dicuci, sampah dibiarkan berhari-hari baru nak kutip, rumput tepi jalan tak dipotong, dahan pokok tak dipangkas dan mcm2 projek untuk rakyat tak dibuat. BANGGA NOOOO..!!!

 Masa  BN parit ni tiap2 bulan dicuci oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai, tp sekarang dah hampir setahun LGE buat tak tau....walaupun dalam kawasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang....orang kuat LGE tu.
 LGE kata Penang duit banyak smp RM1billion....simpan untuk menunjuk-nunjuk, tp kerja tak buat.

Tindakan Penasihat PKR seperti orang kecewa berbeza ketika 17 tahun berkuasa



TAHUKAH anda apa yang dikatakan orang terhadap politik? Bahawa segala-galanya berkemungkinan tiada kawan yang kekal mahupun musuh yang kekal.

Justeru, tidak menghairankan apabila tokoh akademik dan reformis, Prof Dr Chandra Muzaffar, yang pernah menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakhiri tempoh membisunya untuk menelanjangi bekas rakan karibnya itu.

Selama tujuh tahun selepas meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana beliau menjadi Timbalan Presiden kepada isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail, Chandra meneruskan sikap berdiam diri, mungkin kerana tidak mahu diheret sama dalam kekalutan kancah politik.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 pun, beliau terus membisu, mungkin kerana ketika itu Anwar masih di dalam penjara.

Tetapi, Isnin lalu, dengan menyatakan beliau tidak mahu rakyat Malaysia, terutama bukan Melayu, terus diperdaya, Chandra mendedahkan: "Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, ia akan menjadi satu bencana kepada Malaysia."

Chandra bukan ahli politik. Beliau adalah ahli akademik, sarjana dan pemikir bukan seorang yang mahir dengan sepak-terajang politik.

Apabila beliau menyokong Anwar dan menjadi Timbalan Presiden PKR, ramai yang mengenalinya berasa kecewa. Ada yang beranggapan bahawa dengan memasuki politik, beliau sebenarnya mempertaruhkan objektivitinya sendiri.

Tetapi pada 1998, Malaysia dilanda krisis disebabkan kemelut ekonomi Asia. Pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kejadian matanya lebam kerana dipukul ketika dalam penjara, mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. Ramai yang mengikut perasaan.

Tidak kurang juga yang terkejut selain diapi-apikan oleh kejadian yang menimpa Anwar tetapi mereka mensasarkan kemarahan pada tempatnya - tanpa mengutuk keseluruhan pentadbiran atas tindakan seorang individu yang kepala angin dan tidak rasional.

Mereka yang ingin menghakimi Chandra, atau ramai lagi profesional dan intelektual yang reaksi spontan mereka ialah untuk menyertai gerakan reformasi, perlu mengambil iktibar daripada situasi dan kejadian ketika itu.

Waktu itu sangat berbeza dan ramai yang mengikut amarah masing-masing ketika itu, kemudian beralih arah seperti peguam Anwar, Zainur Zakaria, atau teman karibnya, S Nallakarupan, atau setiausaha politiknya dan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor, atau pembantunya yang setia, Chandra Muzaffar.

Tetapi pendedahan terbuka Chandra mengenai Anwar mungkin tepat pada masanya untuk mengingatkan bahawa perspektif sejarah adalah penting, terutama di Malaysia di mana orang mudah lupa.

Anwar sejak dibebaskan dari penjara, mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin de facto PKR dan aktif berkempen untuk pakatan longgar pembangkang yang terdiri daripada Pas dan DAP kedua-duanya adalah parti pembangkang tertua di negara ini.

Selama 17 tahun, Anwar pernah berada pada kedudukan tertinggi dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) dan untuk selama 17 tahun juga, beliau meminta rakyat Malaysia memberi keyakinan dan kepercayaan mereka kepadanya. Ramai yang berbuat demikian.

Hari ini, Anwar sekali lagi meminta rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada beliau, DAP dan Pas.

Tetapi apakah yang dikatakannya ketika itu? Mungkin apa yang diperkatakannya pada Pilihan Raya Umum 1995, iaitu kali terakhir beliau mengetuai kempen BN, wajar diimbas kembali.

Hampir 13 tahun lalu, iaitu pada 21 April 1995, ketika berkempen di Banting, Selangor, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, antara lain berkata:

"Pemimpin DAP, Pas dan Parti Melayu Semangat 46 (S46) gila kuasa hingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong, hanya berminat kepada kuasa dan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dan negara."

Mengenai ikrar untuk memansuhkan cukai seperti dilaungkan DAP, Pas dan Parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan, Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan, pada 23 April 1995 antara lain pula berkata:

"Jika kita mansuhkan cukai, di mana kita akan mendapat sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan seperti membina sekolah dan masjid? Mereka boleh membuat janji tetapi kita harus bertanya pada diri sendiri sama ada mereka mempunyai keupayaan untuk memenuhi janji mereka."

Hari ini, Anwar berkata, pakatan pembangkang akan menurunkan harga minyak, yang diberi subsidi dengan banyaknya oleh kerajaan, jika mereka berkuasa.

Mengenai BN, pada 13 April 1995, Anwar antara lain berkata: "Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang kerajaan untuk mengukur sejauh mana kecekapan kerajaan BN mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong, negara di bawah BN, dihormati di seluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warga negara yang tidak bersyukur seperti pembangkang."

Mengenai manifesto pembangkang 1995, Anwar berkata: "Manifesto pembangkang mengandungi janji-janji yang tidak boleh dipenuhi."

Kali ini, manifesto pembangkang, menjanjikan pelbagai habuan untuk rakyat. DAP berhasrat memberi RM6,000 kepada setiap keluarga; Pas dan PKR mahu menurunkan harga minyak dan memberi wang kepada ibu tunggal, pasangan yang baru berkahwin, usahawan muda dan banyak lagi.

Mengenai Pas, parti sekutu kuatnya, dan diketuai Datuk Seri Hadi Awang ketika itu, Anwar antara lain pernah menyatakan:

"Rakyat harus menolak Pas kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan Pas terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan hak masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu.

"Pemimpin Pas mendakwa bahawa mereka berjuang untuk memartabatkan Islam dan integriti orang Melayu di hadapan penyokong mereka di Terengganu dan Kelantan kerana ini adalah negeri yang majoritinya Melayu tetapi di Pulau Pinang, mereka sanggup bekerjasama dengan DAP bagi mengkhianati orang Melayu."

Hari ini, Pas masih menjaja propaganda dengan tema yang sama di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, dan bekerjasama dengan PKR dan DAP di Pulau Pinang. Hadi Awang masih Presiden Pas.

Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya? Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:

"Parti-parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian. Pas dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pembangkang."

Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP?

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya.

"Tidak seperti mereka (pakatan pembangkang ketika itu), BN sentiasa konsisten dengan pendiriannya untuk membantu semua rakyat Malaysia."

Apa pendapatnya mengenai pakatan pembangkang DAP-Pas-Semangat 46?

"Ia tiga serangkai berkhalwat; perkahwinan untuk keselesaan. Parti-parti ini tidak mempunyai objektif yang sama dan setiap satu mengikut agenda sendiri."

Hari ini, perbezaannya ialah Semangat 46 sudah diganti dengan PKR yang diterajui Anwar. DAP dan Pas masih diketuai oleh orang yang sama seperti pada 1995.

Bukankah Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyatakan kira-kira seminggu lalu bahawa pakatan DAP-PKR-Pas adalah gabungan untuk keselesaan kerana setiap parti itu mempunyai mimpi dan ideologi berlainan?

Sepanjang 17 tahun berkuasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjuangkan banyak perkara. Hari ini, beliau mengambil pendirian berbeza.

BN, di sebalik beberapa kekurangannya, masih konsisten.

Jadi, adakah kita hendak lupakan segala apa yang Anwar lakukan hanya kerana dia mengaku sekarang, sudah melakukan kesilapan selama 17 tahun itu?

Dan mengapa harus seluruh negara menanggung rasa bersalah kerana mata lebam, disebabkan tindakan seorang pegawai polis yang sudah terhukum oleh tindakannya itu?

Saya bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Anwar, tetapi saya tidak akan memikul beban rasa bersalah sedemikian. Begitu juga negara.

Kata- Kata Hikmat


Apa Kata Anwar Ibrahim Terhadap Pembangkang :

~"Pemimpim DAP, PAS dan Semangat 46 gila kuasasehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat Politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong, hanya berminat kepada kuasa & tidak mengendahkan kepentingan rakyat & negara."

~“Ia tiga serangkai berkhalwat; perkahwinan untuk keselesaan. Parti-parti ini tidak mempunyai objektif yang sama dan setiap satu mengikut agenda sendiri.”
(Apakah bezanya dengan Pakatan Rakyat.)

~"Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu".

Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya?

Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:
 ~“Parti-parti pembangkangmencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian.Pas dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pembangkang.”
(Anwar sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat 'Malaysian Malaysia'nya untuk menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu.)
Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP?

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya."

Apa kata Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan BN:
 ~"Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang Kerajaan BN untuk mengukur sejauhmana kecekapan Kerajaan BN mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong, Negara di bawah BN, dihormati diseluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur seperti PEMBANGKANG".

(Kini Anwar Ibrahim yang sudah menjadi warganegara yang tidak bersyukur itu. Sanggup memperdayakan rakyat demi mencapai matlamat politiknya. Bersahabat dan bersubahat dengan mereka yang pernah dituduhnya sendiri dengan pelbagai label. Sanggup menggadaikan maruah dan keistimewaan Bangsa Melayu demi mengejar kuasa dan pangkat dunia. Hanya satu gelaran yang sesuai untuknya :PENGKHIANAT BANGSA.)

Sunday, June 10, 2012

Ramai Ahli PAS Tidak bersetuju kerjasama dengan PKR dan DAP


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui ramai ahli Pas tidak dapat menerima gabungan kerjasama dengan DAP dan PKR.
“Menurut harakahdaily.net, ia secara tidak langsung membuktikan bahawa masih wujud dikalangan ahli Pas yang tidak bersetuju kerjasama dengan parti anti Islam serta parti main belakang.
Malahan kemelut dalam gabungan parti pembangkang di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas akan berlanjutan selama 10 tahun lagi disebabkan ketiga-tiga parti tidak mempunyai titik persetujuan dalam perjuangan masing-masing berbanding dengan Barisan Nasional.
Mustafa berkata: “Dengan adanya sistem dua parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihan raya.”
Mustafa berkata, kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak.
“Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun ‘bermerah mata’ membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam,” katanya.
Konsep tahaluf siyasi kata beliau, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.
Berdasarkan kenyataan Mustafa itu ia jelas membuktikan perjuangan Islam akan diketepikan dalam kerjasama pakatan pembangkang.
“Islam sudah hilang dalam Pas. Macam mana mereka boleh asingkan perjuangan Islam dengan perjuangan pakatan sedangkan mereka kata Islam dan politik tidak dapat dipisahkan.
“Maka jika ini berlaku Pas bukanlah parti perjuangkan Islam dan Islam menjadi alat poltik semata-mata. Tidak kah konsep mengasingkan agama sama dengan konsep kapitalis, nasionalisma, dan sekular yang sama perbuatannya dengan murtad mengikut Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini,” kata seorang penganalisa politik.

Babi Sebagai Makanan Ruji


Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana sebuah kerajaan negeri dengan sengaja mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat Islam. Bahkan ketika Sabah dipegang oleh PBS pada tahun 1990 dahulu pun, perkara sebegini tidak dilakukan.
Berbeza benar apabila DAP mendapat kuasa dan apabila mereka menjadikan PKR sebagai proksi di Selangor. Sensitiviti umat Islam diuji dan DAP cuba ‘memperkenalkan’ sesuatu yang selama ini menjadi taboo kepada umat Islam, kononnya untuk mengajar umat Islam di negara ini agar lebih berfikiran terbuka dan menerima kepelbagaian dengan mendidik mereka menerusi kebiasaan.
Itulah yang berlaku pada Julai 2011 apabila akhbar Selangor Times yang merupakan akhbar milik Kerajaan Negeri Selangor menyiarkan satu muka surat penuh promosi produk daging babi. Keluaran yang dimaksudkan adalah keluaran 1-3 Julai 2011. Ianya mengenai Restoran Tean Kitchen di SS2, Petaling Jaya yang menjual lapan jenis produk babi.

Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah tidak sensitif dengan mempromosikan makanan tersebut pada ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa.
Promosi yang sama turut dilakukan oleh sebuah akhbar arus perdana. Walaupun akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf, namun berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Pakatan dalam isu ini, sememangnya mereka tidak pernah berminat untuk melihat keharmonian kaum dan agama berlangsung secara aman sebaliknya, Pakatan cuba memastikan umat Islam menerima pemaksaan nilai-nilai yang selama ini dibentengi oleh Perlembagaan dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
Pakatan seolah-olah cuba mendidik, produk babi bukanlah satu kesalahan. Umat Islam di negara ini perlu menerima babi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Pakatan dan DAP mahu umat Islam di Selangor tidak marah, tidak jijik dan tidak bencikan babi.
Selama ini, umat Islam tidak pernah merungut atau mengutuk amalan atau budaya pemakanan bukan Islam di negara ini. Umat Islam boleh menerima kepelbagaian dan hakikat kemajmukan yang wujud di negara ini. Namun pada masa yang sama, umat Islam hanya meminta hak mereka selaku masyarakat majoriti yang hak mereka termaktub di dalam Perlembagaan.

Walaupun babi bukannya merupakan bahan larangan, tetapi ia sebenarnya boleh mencetuskan perasaan tidak senang, permusuhan dan akhirnya berlakulah pergeseran kaum serta kekacauan. Mengapa perlu mencari masalah, walhal perkara tersebut boleh dielakkan.
Negara ini tidak pernah melarang umat bukan Islam memakan, menjamah mahupun menternak babi. Terdapat pelbagai restoran yang menjual daging babi, bahkan pasar basah babi pun boleh ditemui di mana-mana, terutama sekali di kawasan bermajoriti bukan Melayu.
Mengapa Kerajaan Negeri Selangor yang kononnya lebih advance berbanding kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO boleh menjadikan perbezaan itu sebagai satu senjata mereka untuk mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu? Mengapakah kerajaan Pakatan tidak pernah memikirkan sensitiviti umat Islam dan konsekuens yang bakal dihadapi oleh rakyat Selangor sendiri?

Apa yang seronoknya untuk membangkitkan kemarahan dan ketidakpuasan hati umat Islam? Apakah dengan melihat umat Islam bangkit memberontak, maka Pakatan akan mengesahkan kepada tuan besar mereka yang sedang menjajah dunia sekarang bahawa umat Islam sebenarnya terlebih sensitif, tidak bertamadun dan tidak mengikut peredaran zaman, sekaligus menjadikan umat Islam sebagai kelompok yang sangat jumud sehinggakan babi pun tidak boleh diterima sebagai budaya hidup?
Adakah itu yang cuba dibuktikan oleh Teresa Kok dan Elizabeth Wong?

LGE Bazirkan Duit Rakyat

Jumlah kakitangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang kini mencapai 28 orang berbanding dengan 13 orang ketika Koh Tsu Koon memegang jawatan KM dulu. Nyata pertambahan yang mendadak dan berlipat ganda.
Ianya berlaku ekoran ‘orang dia’ dibawa masuk secara terus (direct entry) untuk bertugas sebagai setiausaha akhbar Lim Guan Eng serta untuk bekerja di bahagian penerangan, kata seorang wakil rakyat Umno yang memperolehi jawapan bertulis ketika mesyuarat ke-2 penggal ke-4 sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.
The New Straits Times melaporkan


Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad, bertanya apakah keperluan Guan Eng mempunyai setiausaha akhbar begitu ramai.
Chan Lilian, petugas media
Muhamad Farid juga memberitahu Sinar Harian bahawa kakitangan pejabat ketua menteri yang berlebih-lebihan itu tidak diambil daripada penjawat awam di jabatan sedia ada seperti pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri tetapi sebaliknya diambil berasingan oleh pihak Guan Eng.
Memang sudah menjadi darah daging DAP bersikap dwi standard, dengan kita dapat lihat Tony Pua, ketua jabatan penerangan merangkap penasihat ekonomi DAP, mahu pula mengurangkan jumlah kakitangan awam di peringkat kerajaan pusat.
Sekiranya setiausaha akhbar yang begitu ramai serta bahagian penerangan yang begitu besar itu kerja ialah mempromosikan peribadi Guan Eng ataupun membuat propaganda bagi DAP, maka seharusnya gaji mereka dibayar dari dana parti dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
Apa kerja mereka semua itu?
Jenis perkhidmatan yang disediakan pegawai-pegawai di pejabat ketua menteri itu sebenarnya mencurigakan.
Cekupan laporan FMT - Klik untuk besarkan
Mengikut laporan Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, bahagian komunikasi pejabat Guan Eng yang kuat (“powerful”) terdiri daripada bekas wartawan serta petugas muda yang agresif.
Mereka sangat aktif di Internet membantu Guan Eng supaya menonjolkan diri (“make a considerable presence”) di Facebook dan Twitter.
Pastinya merekalah administrator yang mengendalikan Facebook dan blog-blog Guan Eng yang rasmi dan bukan rasmi (misalnya mychiefministerlimguaneng.blogspot.com menjadi tanda tanya).
Budaya apa yang diketengahkan dalam Facebook Guan Eng?
Komen pembaca di Malaysiakini (8 Nov 2010)
Kalaupun mungkin bukan pegawai-pegawai Guan Eng sendiri yang mencemuh barang sesiapa yang berani menegur bos mereka itu, namun sebagai moderator mereka wajib memastikan komen-komen yang diberikan oleh Facebooker peminat Guan Eng adalah tertib dan tidak melepasi batasan.
Akan tetapi nampaknya pegawai-pegawai Guan Eng tidak berusaha menghalang para penyokong kem mereka menyergah lawan serta para pengkritik dengan kata-kata kesat.
Komen pembaca di Malaysiakini
Sebenarnya kita tidak harus mengharap kepada ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Kalau orang nombor satu, iaitu Guan Eng, pun amat pantang ditegur dan petugas-petugas medianya tidak bertanggungjawab, apatah lagi pengikut.
Malah Chan Lilian, seorang petugas media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu, pernah disiasat polis atas laporan menghasut dan baling batu sorok tangan.
Kata orang dalaman parti - The Star (30 Okt 2011)
Cara mereka beroperasi
Ng Wei Aik, setpol
Ng Wei Aik, setiausaha politik Guan Eng, yang juga Adun Komtar, cukup terkenal di YouTube dengan kekasarannya. [Ataupun cuba Google nama 'Wei Aik' + 'samseng'].
Manakala Jeffrey Chew, pegawai khas Guan Eng telah melemparkan ungkapan-ungkapan “serial spin messenger”, “parrots the same spin” dan “continuous attempts to undermine the Penang state government by deliberately distorting facts” terhadap seorang awam yang menulis Surat kepada Pengarang mengkritik ketua menteri itu.
Jeffrey juga menuduh seorang lagi penulis surat sebagai “BN cyber-trooper”, “devious and dishonest” dan “a BN virus and worm …”.
Sementara itu, Wong Kim Fei, setiausaha akhbar (II) kepada Guan Eng, pernah menuduh NST membohong – tuduhan yang dinafikan Nuraina Samad, pengarang urusan suratkhabar tersebut.
Yang saya sebutkan di atas hanya contoh pegawai-pegawai Guan Eng memberi respons secara rasmi. Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran.
Dan jika reaksi pegawai-pegawai komunikasi tersebut terhadap penulis surat sahaja sudah begitu ekstrim, bagaimana pula mereka bertindak terhadap para blogger yang berdedikasi memantau perangai kepura-puraan Lim Guan Eng?
Lagi kurang kebebasan akhbar
Walaupun dikelilingi begitu ramai setiausaha akhbar dan bergalaskan bahagian penerangan yang begitu gah menepis teguran, Guan Eng masih lagi senang-senang sahaja mengeluarkan perintah larangan terhadap media arus perdana.
Laporan kekangan media oleh Guan Eng -- The Mole (29 Sept 2011)
Ketua biro NST Pulau Pinang, Sharanjit Singh mengesahkan bahawa akhbarnya, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak dibenarkan membuat liputan apa-apa acara di mana Guan Eng menjadi tetamu kehormat.
Ada sesetengah media cetak yang disenaraihitamkan dan TV3 juga baru-baru ini diusir Guan Eng dari sidang medianya.
Selain kekangan di Pulau Pinang, Guan Eng selaku setiausaha agung DAP juga berkali-kali meletakkan gag order (arahan tutup mulut) atas orang kanan partinya sendiri.
Apakah Watergate?
Kakitangan Presiden Richard Nixon (1969-1974) terbabit dengan pembongkaran ibupejabat lawannya yang terletak di Wisma Watergate di Washington, D.C., ibunegeri Amerika Syarikat.
Penyelongkaran itu dijalankan untuk mencuri dokumen serta untuk wiretap (memasang wayar untuk merakam secara sulit perbualan/perbincangan) kegiatan-kegiatan jawatankuasa nasional parti lawan Demokrat.
Akhirnya Nixon terpaksa juga meletak jawatan kerana tindakan tidak beretika dan menyalahi undang-undang kakitangannya.
Blog-blog kritis digodam
‘Stop the Lies’ ialah sebuah blog yang tumpuan analisisnya terhadap DAP. Blog tersebut mendakwa sudah berkali-kali digodam.
“This portal is not spared either. It has been a victim of vicious hacking on numerous occasions. We want to believe that we are doing a damn good job exposing the political chameleons.
“Someone up there must have given the orders. Hack them, shut them up – so much for the right of expression and freedom of speech.” (Baca sini)
Mengodam blog ialah satu jenayah siber.
Memecah-masuk ke akaun e-mel peribadi penulis yang tidak menggemari Lim Guan Eng juga satu jenayah.
Propaganda dan ‘personality cult’
Guan Eng suka sangat selalu mengatakan pentadbirannya bagus sekali dalam semua bidang.
Dari segi jumlah setiausaha akhbar serta petugas bahagian penerangan pejabat ketua menteri, agaknya Pulau Pinang betullah berada di tangga teratas berbanding negeri-negeri lain.
Kakitangan Guan Eng berpengkalan di Komtar, iaitu bangunan urustadbir kerajaan negeri. Mereka menerima gaji bulanan daripada kerajaan negeri dan dibiayai penggunaan segala kemudahan teknologi, komputer dan Internet mereka oleh pembayar cukai.
Adakah kerja parti DAP dan propaganda mengagung-agungkan seorang individu dipisahkan dari urusan rasmi negeri?
Tidakkah orang ramai berminat untuk mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya yang dibuat oleh sebegitu ramai kakitangan handpicked di pejabat ketua menteri itu dalam tugas-tugas harian mereka?
Helen Ang

Pemimpin PKR ada peluang dapat bini muda



 
Nampaknya pemimpin pakatan rakyat yang baru-baru ini ditangkap khalwat bersama isteri orang tu berpeluang mengambil isteri orang tersebut untuk dijadikan orang rumahnya yang kedua … Ini kerana wanita tersebut dikatakan telah menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya tetapi memfailkan tuntutan fasakh pula kepada si suami …
Mungkin perempuan tersebut berubah fikiran kut selepas kena kaunseling dengan si pemimpin pakatan rakyat tersebut … Berjaya lah kira sessi kaunseling ini ye …

Berita Baik Untuk Kakitangan Awam Yang Sokong Pembangkang


Berita ini adalah berita baik kepada kakitangan awam atau sebaliknya. Tapi ini lah yang akan terjadi jika Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan akibat sokongan padu segelintir kakitangan awam yang memang tak pernah nak sokongan kerajaan sekarang walaupun makan gaji dengan kerajaan sekarang.
Petikan ini diambil dari Sumber: Sinchew Daily News m/s 9, 1 November 2011. Mari kita baca petikan dibawah.
Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
“Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “Ke Mana Perginya Wang Titik Peluh Kita? Beranikan Diri Untuk Bentangkan Bajet 2012″ yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor. Ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan daripada orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan. Dalam seminar itu, selain Tony Pua Kiam Wee, turut hadir juga Teo Nie Ching Timbalan Setiausaha Penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor. Mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang mengambil berat tentang Bajet 2012.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut