Sunday, July 17, 2011

“Bala Dicari, Maut Ditempah!!!”

Yang dilihat pada 9 Julai lalu ialah seorang wanita India sedangkan pemalu gendang dibelakangnya sebenarnya melayu.

Melayu generasi BERSIH masih belum bertemu buku dengan ruas nya…mereka sanggup menempah maut dan bergadai nyawa demi membantu si laknatullah pengkhianat kedaulatan negara..jangan fikir pihak berkuasa hanya memberi amaran dgn mulut, tgu saat dan ketika nya bila pihak berkuasa bertegas secara fizikal..bila tiba saat itu jangan pulak dijerit dan di pekik bahawa pihak berkuasa Malaysia kejam kerana ada yg terkorban @ di sumbat masuk ke dlm ISA..

kalau pilihan raya kita tidak bersih masakan pembangkang boleh menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil di negara ini sejak Mac 2008.

Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.

bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon."

"Apakah jika pembangkang menang semua sekali kerusi dalam 16 pilihan raya kecil itu, maka demokrasi dikatakan telah bersih...

Friday, July 8, 2011

Apa perlunya Ambiga hendak buat demonstrasi lagi?

Apa perlunya Ambiga hendak buat demonstrasi lagi? Mengapa tidak memberikan terus memorandum tersebut pada Yang Dipertuan Agong? Demonstrasi bukanlah cara yang profesional bagi seorang bekas presiden Majlis Peguam. Tidak perlu lagi demonstrasi di stadium, lebih baik penuhkan stadium untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya menentang Liverpool dan Arsenal untuk persediaan hadapi Singapura dalam kelayakan Piala Dunia. Marilah bersama sokong Harimau Malaya, bukannya BERShit.

Wednesday, July 6, 2011

Bangangan

BERSIHKAN PULAU PINANG DARI PEMBOHONGAN MANIFESTO DAP:MANIFESTO KE 2 (PILIHANRAYA KE 12)
SALAH SATU DARIPADA PELUANG PEKERJAAN YANG DI TAWARKAN DI NEGERI PULAU PINANG. SELEPAS PULAU PINANG JATUH KE TANGAN DAP, KERJAYA SEBEGINI PUN BERTAMBAH.

dalam keasyikan lim guan eng mempromosi perhimpunan haram bersih, dia terlupa bahawa pulau pinang juga perlu dibersihkan daripada dosa pembohongan manifesto yang telah dap keluarkan pada 19/2/2008. Manifesto yang digariskan cukup indah di baca. namun, setelah 3 tahun lebih berlalu, manifesto bagaikan hampas kelapa yang hanya layak di buat baja atau pun diberi makan kepada ayam atau itik. berteraskan kepada manifesto kedua iaitu EKONOMI DINAMIK UNTUK MASA DEPAN PULAU PINANG. dap mahu menganjurkan dan mempromosikan pihak berkepentingan kepada semua syarikat yang memperolehi kontrak dengan kerajaan melebihi rm 10 juta di pulau pinang.Syarikat ini perlu menyumbangkan sebahagian keuntungan mereka.wah!!! syarikat perlu menyumbang semula kepada kerajaan negeri selepas berjaya memperolehi kontrak?bukankah ini namanya tiada akauntibiliti? atas nama kebajikan ianya berlaku. samalah seperti menyumbang rm 0.20 untuk mendapatkan beg plastik. sumbangan rm 0.20 ini dimasukkan ke dalam tabung RAKAN ANTI KEMISKINAN.

dengan nada retorik dap menyatakan ingin menarik pelabur yang mampu membayar gaji pekerja dengan lebih tinggi dan bukannya membayar dengan kadar yang rendah sehingga membawa kepada kemasukan pekerja asing. ini merupakan PEMBOHONGAN PALING DAHSYAT. sehingga ke artikel ini ditulis, guan eng gagal menarik pelabur yang boleh memberi gaji yang mahal kepada operator kilang. mana tidaknya, boleh dikatakan semua kilang di bukit minyak dan bayan lepas adalah terdiri daripada pekerja warga asing. guan eng terlupa siapakah yang tinggal di taman perumahan sekitar simpang ampat, tambun dan permatang pauh? bukankah pendatang asing?sudah 3 tahun setengah mana janji kamu guan eng dalam hal ini.

guan eng dan dap berjanji akan mentadbir pemerintahan kerajaan yang bebas daripada NEP, rasuah , ketidakcekapan yang hanya akan mendatangkan faedah kepada segelintir kumpulan kecil orang-orang umno sahaja. benarkah kerajaan guan eng sekarang bebas rasuah? bagaimana dengan isu red tone dalam hal wifi dan kes tambun tanah di batu kawan seberang perai selatan?dikhabarkan menghadapi masalah sekarang akibat tawaran yang terlalu murah. bagaimana dengan pertuduhan jeff oii kepada penjawat awam negeri yang ada menerima rasuah satu ketika dahulu ? kerajaan negeri juga dalam sidang dun mei lalu, dengan bangga menyatakan bahawa urusan pemulangan wang yang disumbangkan ke dalam tabung RAK oleh rakyat yang membeli rm 0.20 beg plastik adalah bukan di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. ini bermakna kerajaan negeri lepas tangan dalam hal sumbangan ini. kerajaan negeri juga tidak cekap dalam pengurusan jalan raya. jalan raya tetap sesak pada waktu kemuncak pergi dan pulang dari kerja. 3 tahun setengah memerintah tapi masih lembab. sebelum berkuasa cukup pandai kata nak buat ini la, nak buat itu la. macam bangkai hidup.

dap dan guan eng juga mahu menaiktaraf industri hi tech , pembuatan dan iks /PKS pada rangkaian nilai global. kenyataan ini agak retorik. sehingga kini berapa banyak iks dan PKS berstatus rangkaian bernilai global. berapa banyak kawasan iks baru yang diwujudkan? bukit minyak adalah kawasan yang dibangunkan sejak zaman BN lagi. tak nampak lagi taman industri iks yang baru di rasmikan oleh lge laknatullah.industri hi tech juga tidak kelihatan di pulau pinang. angan-angan dap tak jadi kenyataan lagi. dap nak tiru hi tech kulimkah yang dibina sejak zaman BN.

dap dan guan eng mahu meremajakan sektor pelancongan dan perkhidmatan industri dengan cara membina persekitaran hijau seperti pembinaan zoo pulau pinang yang baru, hotel dan kawasan warisan pelancongan. sektor pelancongan pulau pinang dimajukan oleh kerajaan persekutuan. keretapi bukit bendera bernilai rm 63 juta adalah peruntukan kerajaan BN. guan eng hanya tahu menaikkan kadar tiket dari rm 4 kepada rm 8. mujurlah keretapi ditaja oleh BN . kalau tak di taja, sudah pastilah harga tiket mencecah silap-silap rm 15 ke 20.sehingga kini tiada lagi zoo secara rasmi di pulau pinang.zoo pulau pinang ni nak di isikan dengan apa ? harimau, kucing ( CAT), kambing, lembu, itik serati, keldai,gajah atau juak juak PR yang sama seperti dalam zoo( oppsss jangan marah ya..nanti kena jual....)kawasan warisan pelancongan yang dibangunkan pula ada yang menjejaskan pendapatan penternak burung walid yang terdiri daripada kaum cina.

dap dan guan eng mahu merombak dan menyusun perbadaan kemajuan pulau pinang (PDC), pelaburan pulau pinang ( Penang Invest), pusat pembangunan kemahiran pulau pinang, autoriti pulau pinang untuk merangsang kemasukan lebihan pelaburan asing.yang ini teman nampak ada perubahan sikit sebab organisasi telah di susun semula dan yang pastinya organisasi di susun berdasar pegawai yang boleh menjadi pak turut kepada guan eng.guan eng sebenarnya bertuah dan wajib berterima kasih kepada kho tsu koon kerana BN telah memajukan Pulau Pinang. Pulau pinang menjadi sebuah pulau industri melalui dasar industrialisasi di bawah mending lim chong eu. dahulu dap cukup main hebat menghentam mendiang. akhirnya lebuhraya di bayan baru ke batu maung di letakkan nama lebuhraya lim chong eu.

sehingga ke hari ini tiada pelan komprehensif untuk menggalakkan ekonomi berasaskan pengetahuan untuk menyelamatkan pulau pinang dalam dunia globalisasi yang pesat berubah. k-ekonomi perlu ada.namun di pulau pinang ianya tidak diberikan perhatian walaupun dalam manifesto ke 12 disebutkan. guan eng hanya tahu berceramah politik sahaja dan sibuk pergi road show perhimpunan haram bersih. guan eng pun tak faham apa dia k-ekonomi. dia pun tiada k-value.menulis secara retorik amat mudah dan ianya tidaklah sama untuk melaksanakannya. mungkin ramai yang tidak tahu tentang manifesto dap ke 12. badarkhubro akan membongkarkannya satu persatu atas nama BERSIHKAN PULAU PINANG DARI PEMBOHONGAN KERAJAAN DAP.

PERANCANGAN BN SEHINGGA KE TAHUN 2020. SAYANG SEKALI EPENDUDUK PULAU PINANG SILAP MEMILIH SEBUAH KERAJAAN YANG KUAT BERANGAN ANGAN DAN BERETORIK DI ATAS KERTAS DAN DI ATAS PENTAS. RAKYAT PULAU PINANG PUNYAI PELUANG UNTUK MENYAMBUNG NIKMAT KEMAJUAN. KEBURUKAN YANG DILEMPARKAN DAP, PKR DAN PAS PENANG KEPADA BN HANYALAH SANDIWARA POLITIK. 3 TAHUN SETENGAH MEREKA MEMERINTAH, MEREKA TIDAK MAMPU MENUNAIKAN MANIFESTO YANG DIJANJIKAN DALAM PILIHANRAYA KE 12.

Tuesday, July 5, 2011

Jangan hancurkan apa yang dibina selama ini

Perhimpunan haram sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Melalui demonstrasi jalanan… dan jika berlaku, banyak orang akan tumpang semangkuk. Tidak ada jaminan bahawa segala-galanya boleh berlaku dengan aman.

Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan.

yang bimbang bahawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dengan mengadakan perhimpunan haram itu.

kita tentang

Ayuh Kita tentang perbuatan yang menentang kerajaan melalui tindakan anti-establishment sama ada secara terancang yang dikhuatiri boleh menjahanamkan negara,

Kedegilan Ambiga yang didalangi pihak tertentu itu merupakan cara kotor dan jijik yang bertujuan memberi aib kepada negara

Beliau bertindak di luar batasan undang-undang dengan menganjurkan perhimpunan itu walaupun ia mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan setakat ini, 828 laporan polis dibuat di seluruh negara.

perhimpunan haram ini lebih bertujuan untuk mencemar nama baik kerajaan serta cubaan menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi iaitu pilihan raya umum.

Ambiga supaya tidak terlalu degil .

Perusuh-perusuh berbaju kuning diatas Jalan Raya , akan menampakkan di mata CNN, BBC dan serata dunia bahawa seolah-olah Seri Paduka hendak digulingkan dan diminta turun tahkta oleh pihak pembangkang . Tidak kah ini akan mencemar maruah nama nya.

Kedegilan Ambiga dan pihak - pihak yang berselindung di belakang BerShit dan mahu meneruskan perhimpunan haram itu hanya akan mengheret semua pihak ke kancah pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Monday, July 4, 2011

Penderhaka

Dia merasakan dirinya lebih tinggi darjat dari Duli Tuanku. Adakah kita akan terima bergitu sahaja tindakan pengkhianat ini? Rakyat harus sedar agenda buruk BERShit yang hanya mahu menghuru harakan negara demi cita-cita kelompok tertentu.
Satu hinaan bagi orang-orang Melayu bila Ambiga mencabar titah Tuanku Raja Melayu. Umpama dia meletakan titah Duli Tuanku ditapak kaki. Sedarlah kita bahawa Ambiga seorang yang ingin lihat kehancuran sistem Raja-raja Melayu yang menjadi tonggak kekuatan bangsa Melayu Islam. Kita semua kenal Ambiga seorang yang anti Islam dan menyokong Murtad.

Sunday, July 3, 2011

Ayuh ganyang bershit !

Apa yang ingin dituntut oleh pemimpin golongan-golongan yang bergelar Ber-SHIT ni … yang kaki ikut demo tuh tak tau apa pun yang diorang tuntut … janji demo haram … tuh je yang diorang tahu … diorang tak sedar yang pemimpin Ber-SHIT tuh dah cuba memanipulasi benda demi kepentingan diri sendiri dan tidak lupa kepentingan orang dibelakang tadbir yang pegang remote control diorang nih .. toksah nak sebut nama dia lah kut .. jijik rasa …
8 Perkara yang dituntut……
1 – Membersihkan senarai pemilih.
2 – Melakukan reformasi terhadap sistem pengundian.
3 – Menggunakan dakwat kekal untuk cap jari pengundi.
4 – Membenarkan tempoh berkempen lebih dari 20 hari.
5 – Memperkukuhkan institusi awam.
6 – Mewujudkan akses terhadap media secara bebas & adil.
7 – Menghentikan amalan rasuah serta politik kotor.
8 – Membuat pindaan terhadap undang-undang.

lu orang pikirlah sendiri … kata nabil...... pendapat kami gini

1- SPR memang sentiasa update senarai pemilih berdasarkan maklumat yang diberi .. lepas tuh sesiapa sahaja berhak membuat bantahan terhadap senarai nama yang didaftarkan dan akan dinilai semula oleh SPR … kan ada tempoh bantahan sebelum diwartakan …

2- Reformasi??? Apa yang golongan ni tau pasal reformasi?? Yang mereka tau bila sebut reformasi, siapkan baju kuning .. pastuh pergi berarak ramai-ramai .. tuh je … Sistem pengundian yang diamalkan setakat ni dah yang terbaik … tapi mereka ni bukan apa, kalau mereka menang baru lah mereka cakap sistem tuh bagus .. kalau kalah sistem tak bagus …masa PRK menang besar diam ja...bila kalah sistem tarak bagus.

3- Dakwat kekal? Skrg SPR ada usaha untuk perkenal biometrik tuh .. lagi canggih … lagi berkesan… kalau dakwat kekal tuh kekal sampai bile ek? kalau sampai Pilihanraya seterusnya masih x kekal, macam mana? Huhu … kalau boleh hilang, pasti ada orang yang dah undi akan cuba apa cara untuk padamkan dakwat tuh dan undi kali ke2 kan … haaa macam mana??

4- Tempoh kempen 20 hari ?? Ni paling nak gelak ni … Alllooooo kawan, yang korang kutuk kerajaan pastuh puji kerajaan Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan tu bukan kempen ke? Rasanya 365 hari kut korang berkempen dalam masa setahun … Penceramah ,kutbah , Usrah, ceramah tuh setiap kali dapat pegang mic confirm berkempen …

5- Institusi Awam dikukuhkan?? Ni cite ape ni? Nak kukuh macam mana .. bagi lah spesifik sikit .. kalau setakat nak kukuh, sekarang dah kukuh kut .. pakai batu-bata kan bangunan institusi ni ..

6- Bebas Media?? Media di Malaysia ni dah kira bebas dah … ada media arus perdana .. ada media pembangkang .. contohnya Harakah, Suara Keadilan, Selangor TV, PAS TV , internetla, blog, FB dan macam-macam lagi lah … malah ianya boleh diakses orang semua rakyat …

7- Rasuah? Isu ini sentiasa mendapat perhatian serius kerajaan setiap masa dari dahulu .. Kalau ada cadangan yang baik, boleh dibawa berbincang .. bukan berdemo haram … Dan Ini bukan bidang kuasa SPR laaa kawan … aduyaiiii itu sPRM , BPR …

8- Pindaan Undang-undang?? Adoyaiii malas nak cakap dah … lu orang pikir lah sendiri apa yang diorang nak sebenarnya …

Saturday, July 2, 2011

teruskan sahaja ‘berjuang’ untuk menjadi pencacai mereka

Pengerusi Himpunan BERSHIT adalah Ambiga Seevarasan, bekas Presiden Majlis Peguam. Wanita Hindu ini sebenarnya sangat terkenal sebagai peguam dan peguam yang sangat kuat MEMPERTAHANKAN KEMURTADAN LINA JOY. Ambiga Seevarasan juga merupakan pendokong dan penggerak IFC (Interfaith Commission).
Bekas Presiden Majlis Peguam itu sangat kuat menyokong MURTAD kerana berpendapat, itu adalah kebebasan beragama di negara ini.
Agak menghairankan, PAS yang selama ini begitu kuat mendokong dan mempromosikan diri sebagai pejuang Islam, tiba-tiba sanggup berada di sisi Ambiga Seevarasan, hanya kerana wanita Hindu itu menentang UMNO-BN. Dan sememangnya sesuatu yang sangat BODOH kerana dengan hanya alasan, TENTANG UMNO DULU, kemudian baru selesaikan masalah yang lain, menjadi pegangan kaum ‘cerdik pandai’ agama seperti PAS.
Dalam mana-mana himpunan, hampir 99.9999% penyertaannya adalah orang Melayu. Kalau ada Cina pun, hanyalah pemimpin-pemimpin DAP dan kelibat Tian Chua yang muncul untuk mendapatkan promosi.
Pengerusinya Wanita Hindu yang menyokong umat Islam murtad, penggeraknya adalah Melayu yang mengaku memperjuangkan Islam… ia bagaikan minyak dan air.
Kata Ambiga, BerShit digerakkan oleh rakyat. Mat Sabu dan seluruh pasukan pencacai juga mengatakan, BERShit adalah gerakan rakyat. Tetapi yang SANGAT PASTI ialah, seluruh peserta BERShit nanti hanyalah Melayu-Melayu totok yang perasan hidung mereka tidak lagi kemek, mata mereka sudah pun sepet dan kulit mereka sudah pun kuning langsat.
BERShit yang pertama dahulu memang Melayu ler pencacai dan pembodohnya. BERShit 2.0 pula tidak akan lari daripada matlamat menjadikan Melayu sebagai pencacai paling bahlol dengan alasan KETELUSAN, KETIDAKADILAN, KEBAJIKAN dan ISLAM.
Dan amat malang, si bodoh seperti MAT SABU yang diterajang daripada pengajian diplomanya kerana gagal peperiksaan, memang makanan mudah buat peguam yang berhati perut IFC dan ingin melihat umat Islam murtad dengan sesenang-senangnya.
Berapa peratus Cina dan India dalam HIMPUNAN BERShit 2.0? Kalau setakat jadi pemimpin macam yang sebelum ini juga, memang bangsat sangatlah BERShit 2.0 yang kononnya menuntut pilihanraya yang lebih telus dan adil serta bersih…
Pastikan ramai Cina dan India yang turun berarak… kalau tak ada Cina dan India, anggap sajalah para peserta BERShit 2.0 hanyalah penyokong-penyokong Ambiga Seevarasan untuk memurtadkan umat Islam secara lebih meluas dan lebih mudah tanpa sebarang kekangan undang-undang serta Perlembagaan!
Tapi kalau dah dapat STATUS MELAYU BANGSAT, tak perlulah fikir bagaimana anda digunakan oleh Orang Lain


untuk tujuan serta matlamat mereka… teruskan sahaja ‘berjuang’ untuk menjadi pencacai mereka

Perhimpunan Haram

Sebarang perhimpunan walau sekecil mana pun memerlukan permit dan kebenaran pihak polis. Dalam hal ini, pihak polis adalah pihak berkuasa yang akan menentukan boleh atau tidak perhimpunan berkenaan. Kalau polis tidak memberikan permit dan kebenaran, perhimpunan itu tetap juga diadakan, bermakna ia adalah perhimpunan haram, lebih-lebih lagi kalau perhimpunan tersebut diadakan di jalanan dan bukannya di tempat-tempat tertutup,

Demostrasi tu memang haram, yang merancangnya pula HARAMJADAH dan yang beria-ia nak mengikut pula adalah HARAMI, tanya apa lagi….

Kalau nak buat juga, pergilah buat kat dalam Stadium yang sibuk nak mengacau dan mengganggu urusan orang lain di tengah-tengah Kuala Lumpur kenapa?

Tolong bela 30 aktivis PSM



Mahkamah Sesyen Butterworth sebelum ini telah mengeluarkan arahan reman selama tujuh hari bersesuaiand engan peruntukan di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan.
“Kesalahan di bawah seksyen ini adalah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan keselamatan negara, keselamatan anda semua, keselamatan anak-anak saya, keselamatan cucu-cucu saya dan juga keselamatan kita semua,” tegas Hakim Datuk Zamani A.Rahim.
Anehnya, pada masa yang sama, ada pihak yang memperjuangkan Islam, turut sama bersimpati dengan golongan komunis dengan menyamakan pengganas komunis di Malaysia dengan negara komunis yang menjalin ikatan diplomatik dengan Malaysia. Malah ada yang cuba membandingkan pengganas komunis Malaya dengan rakyat di negara komunis.
Walaupun kebanyakan daripada mereka yang hidup pada zaman kekejaman komunis sudah tiada lagi, tetapi penderitaan akibat perbuatan komunis yang cuba menjajah negara ini, sebenarnya akan terus kekal. Sejarah keganasan komunis di Malaysia masih terlalu baru dan cubaan untuk menipu serta memutar belitkan fakta sejarah tentang komunis dan perjuangan mereka, tidak akan berjaya!
Seharusnya kerajaan mengekalkan pendirian keras terhadap penyokong-penyokong komunis yang semakin lama semakin ramai di Malaysia ini. Bukan sedikit yang mengkagumi kejalangan komunis walaupun mereka juga tahu bahawa komunis adalah penjajah, bukannya pejuang kebebasan seperti yang didakwa!!

Demonstrasi Adalah Satu Ibadah! Tapi Cuma Di KL!!!

Tema perjuangan PAKATAN bukankah KEBAJIKAN, takkan le buat demo ni satu kebajikan.
Jika demostrasi ni bagus dan sangat2 digalakkan..apa kata buat kat tanah jajahan PAKATAN spt kat Georgetown, Kota Baharu, Alor Setar, dan Shah Alam…
Dan jika ianya satu amal KEBAJIKAN..kenapa tak buat kat bandar2 diatas!!
Asyik2 nak buat kat KL je, apa halnya? Apakah ianya hanya di KL saja satu KEBAJIKAN, tapi bila di bandar lain ianya bukan KEBAJIKAN..
Apakah halal di KL tapi haram kat bandar2 lain?
kenapa mesti di KL nak lakukan ibadah demostrasi..nanti melimpah2 pula keberkatan kat KL. Elok ler buat kat bandar2 utama negeri2 yg dikuasai oleh PAKATAN, agar bandar2 trsebut dilimpahkan keberkatan yg banyak dan bertambah makmur lagi adanya.
Pada puak2 ni..Selamat Beribadah!!

Kita gesa kerajaan ambil tindakan tegas, toksah bagi amaran tak abis-abis.

BerSHIT memang nak wujudkan suasana tidak tenteram dan huru hara sebab setakat nak menyerahkan memorandum, tidak perlu perhimpunan besar-besaran pun, buat appoinment dengan pihak-pihak berkenaan, dah boleh serah memorandum.
Dan kalau benar nak mempraktikkan hak kebebasan bersuara, ia boleh buat di stadium. Di negeri-negeri yang diperintah pembangkang ada beberapa stadium yang boleh digunakan, paling tidak di Bukit Jalil, pokoknya pohonlah kebenaran permit dan apa yang patut.
Semua ini sebenarnya boleh dibuat kalau betullah niatnya nak mempraktikkan hak berhimpun dan bersuara.
Tapi niatnya bukan itu, niatnya nak buat huru hara, itu yang Ambiga tetap nak teruskan demonstrasi jalanan dalam nak menuntut pembaikan dalam sistem pilihanraya. Modus operandi Ambiga sama seperti modus operandi Anwar Ibrahim dalam banyak hal – berselindung disebalik hak bersuara dan menyatakan pendapat untuk melaksanakan kerja jahat.
Kalau diikutkan ‘pencapaian demo 2007, Mat Sabulah yang sepatutnya mengepalai demo kali ini, tapi sebaliknya Ambiga pulak yang dipilih. Walhal Ambiga hanya setakat ajak beberapa kerat peguam dalam demo Walk of Justice – berapa kerat sangat yang itu dibanding dengan BerShit 1 !!
Pemilihan Ambiga bukan dengan tidak sengaja, Ambiga punya banyak kaitan dengan pemimpin luar terutamanya USA, gambarnya pernah dirakam bersama Setiausaha Negara Amerika, Hillairy Clinton dan Wanita Pertama USA, Michelle Obama.
Bangsa India dan statusnya sebagai peguam memang mudah sangat untuk orang menuduh kerajaan bertindak kejam ke atasnya. Tambah lagi, persepsi kerajaan menzalimi kaum India ni dah diusahakan oleh Hindraf.
Semua ini yang buat Ambiga paling sesuai mengetuai Bershit 2.
Malah ada sumber mengatakan gerakan BerShit 2 ini pun didalangi dan dibiayai pihak-pihak luar sebab itu depa punya sumber kewangan untuk mencetak baju-baju kuning yang kini sedang hebat diedarkan antaranya di Shah Alam.