Tuesday, October 23, 2012

ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG CATAT KERUGIAN

3 ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG CATAT KERUGIAN DIBAWAH PENTABIRAN Perbadanan Pulau Pinang iaitu Penang Global Tourism Sdn. Bhd. (PGTSB), PDC Nusabina Sdn. Bhd. (PDCN) dan PDC Homes Sdn. Bhd. (PDCH) didapati telah mencatat kerug
ian sebelum cukai pada tahun kewangan 2008 hingga 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati, kerugian terkumpul sehingga 2010 bagi ketiga-tiga syarikat itu berjumlah lebih RM6.8 juta iaitu masing-masing RM1.09 juta, RM5.16 juta dan RM583,035. PGTSB yang bertindak sebagai Majlis Tindakan Pelancongan Negeri itu mencatatkan kerugian tersebut ekoran peningkatan jumlah perbelanjaan berbanding kekurangan pendapatan yang diterima.

Peningkatan ketara terhadap jumlah operasi dan pentadbiran iaitu daripada RM2.67 juta pada 2009 kepada RM4.66 juta pada 2010 ekoran promosi perlancongan yang dijalankan Pejabat Pelancongan Negeri Pulau Pinang telah dipindahkan kepada PGTSB yang berjumlah RM2.96 juta.





No comments: