TAHNIAH kepada para  atlet Malaysia yang telah mencapai sasaran 9 emas di Sukan Asia  2010......... kejayaan ini akan bertambah kerana harapan masih ada pada  final hoki petang nanti........walaupun harapan pada squash berpasukan  lelaki tidak kesampaian.
Sekurang-kurangnya semangat dan  kilauan pingat di China itu dapat meredakan sentimen politik yang  membara dan sentiasa tegang di tanah air........setelah sebelum ini  telah dinyamankan dengan banjir di beberapa buah negeri.
Sasaran pingat emas di sukan  Asia telah tercapai..........bagaimana pula sasaran cita-cita besar geng  DSAI dalam PKR untuk mengapai mimpi ke Putrajaya.......adakah sasaran  itu terus membara dengan seribu macam strategi dan tipu muslihat atau  semakin runtuh dan lenyap segala impian yang sememangnya tak berpijak di  bumi nyata itu.
 Kejayaan Gelombang Biru di Terengganu pada PRU 11 dahulu perlu di  teladani.........Presiden membawa balik tokoh muda yang frest dan berani  serta berwawasan.......walhah tokoh ini bukan wakil rakyat dan bukan  juga Ketua Bahagian.....
 
 
No comments:
Post a Comment