Sunday, November 27, 2011

BERSIHKAN YANG KOTOR... BERSIH 3.0 PATUT DIADAKAN DI KELANTAN!

Nik Aziz mengakui air di Kelantan kotor dan janji PAS Kelantan akan mengambil masa 27 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan walaupun telah diberi peruntukan RM600 juta oleh kerajaan pusat.

21 tahun PAS memerintah dah rakyat Kelantan terus bergantung harap kepada air dari telaga yang tidak terjamin kesihatannya, serta air paip berkarat yang asyik terputus bekalan.

Masalah air di Kelantan akan diselesaikan dalam masa 3 tahun jika BN berjaya mengambilalih pemerintahan. Itu akan termaktub dalam manifesto BN Kelantan menjelang PRU13... Bukan janji kosong kerana BN telah membuktikan mereka mampu melakukannya.

  Marilah kita sama -sama meniup angin perubahan pada PRU13 akan datang, tiba masa untuk membersihkan segala 'kekotoran' yg telah kita biarkan terpalit sekian lama.

BERSIH 3.0 sepatutnya berlangsung di Kelantan... Objektifnya membersihkan bumi Cik Siti Wan Kembang dari kekotoran yang cuba disorok di sebalik jubah & serban

No comments: