Mahfuz lebih percaya Gereja dan NGO bukan Islam berbanding JAIS dan NGO-NGO Islam..!!!
Kenyataan terbatu Mahfuz mengenai titah DYMM Sultan Selangor adalah berbunyi begini…“Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak JAIS… Kita nak tau apa sebenarnya berlaku, nak jumpa JAIS, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu.Anda semua dapat nampak tak di mana kebodohan Mahfuz yang terpamer dalam kata-katanya itu? Sekali imbas, memang tak perasan. Tapi cuba baca kali kedua, kenyataannya ini jelas menunjukkan bahawa dia lebih mempercayai gereja dan NGO, berbanding mempercayai kenyataan JAIS!
“(Sebab) itu kita nak jumpa, JAIS kata tak serbu, pihak gereja dan NGO kata serbuan, (sebab) itulah kita nak jumpa.
Nampaknya Pas sudah terbalik kerana ber”Naib Presiden”kan pemimpin sedungu Mahfuz ini. Dia lebih percayakan Gereja yang jelas kafir dan cuba “memancing” umat Islam supaya murtad dan masuk Kristian! NGO mana yang kata pada Mahfuz bahawa tindakan JAIS itu merupakan “serbuan”? NGO yang berasaskan dari puak-puak Kristian, kan?
Apa Mahfuz bodoh dan pekak sangat untuk tidak mengetahui mengenai lebih 45 NGO Islam, termasuk PEMBELA yang mewakili majoriti NGO Islam, yang menghubungi JAIS dan menyatakan bahawa tiada “serbuan”, “terjahan” atau perkataan yang seangkatan dengannya dalam insiden itu? NGO-NGO Islam dan JAIS menerangkan sejelas-jelasnya tentang pemeriksaan biasa dan bukannya “serbuan”.
Justeru itu, penjelasan yang bagaimana lagi yang Mahfuz mahukan? Penjelasan siapa yang mahu Mahfuz percaya? Dia mahu percaya JAIS dan NGO Islam, atau dia lebih percaya kepada Gereja mubaligh Kristian dan NGO bukan Islam yang sudah lama irihati dengan keistimewaan Islam di Tanah Melayu ini?
Melalui gaya bahasa Mahfuz, jelas sangat dia lebih mempercayai puak-puak mubaligh Kristian dan NGO-NGO yang dengkikan Islam itu. Justeru itu, Mahfuz layak dikenali sebagai pembela gereja dan Kristian, berbanding memperjuangkan Islam di negara ini. Apa kata selepas ini Mahfuz cadangkan kepada Presidennya supaya membuang perkataan Islam yang ada pada nama PAS itu. Gantikan dengan Gereja atau Kristian lebih cocok!
No comments:
Post a Comment