Monday, June 21, 2010

PAS akan diputar belit oleh DAP

PAS akan diputar belit oleh DAP dan oleh kumpulan bukan Islam yg berkepentingan untuk melagakan umat Islam. Istilah mereka "untuk melawan" jelas menunjukkan sikap yg gemar bertelagah dan berkonfrantasi. Apa yg nak dilawan dengan 1Malaysia yg dilancarkan oleh YAB PM kita kerana ianya sesuatu yg murni dan bervisikan kearah keharonian kaum . Sesuatu yg baik tak harus ditentang tapi kalau benarlah PAS dan konco-konco mempunyai visi yg sama atau lebih baik tegakkanlah. Tak payah nak lawan dan takut 1Malaysia akan menarik kaum bukan bumiputra. Buatlah apa yg patut dan diberkati Allah.

Bukan Islam mahu PAS segera buat keputusan, lawan 1Malaysia

Kelab Penyokong PAS (KPP) mahu PAS membuat keputusan dengan segera mengenai langkah menaikkan taraf kelab itu kepada sayap parti. Pengerusi KPP pusat, Hu Pang Chow memaklumkan beliau menerima pelbagai rungutan dan kebimbangan daripada penyokong bangsa Cina kerana kelewatan melaksanakan dasr itu. "Saya mendapat maklum balas bahawa ia masih lagi di peringkat kajian. Kenapa lambat sangat. Umno cepat dengan konsep 1Malaysia. PAS dengan konsep PAS untuk Semua, kita kena cepat. Masa tidak menunggu kita," tegasnya.

Beliau melahirkan kebimbangan kelewatan itu akan memberi ruang kepada UMNO dengan konsep 1Malaysia untuk memenangi hati bangsa Cina. "Dalam perhimpunan agung Umno, mereka telah mempromsosikan 1Malaysia. Slogan itu berjaya menarik golongan bukan Melayu, terutama kaum Cina. Mereka tak sebut mengenai perkauman, tetapi lebih kepada konsep 1Malaysia yang menekan keadilan kepada semua rakyat,” jelasnya lagi. –Malaysia Today

PAS bahan ketawa pada DAP

PAS bahan ketawa pada DAP saja. Study apa dia kata masa PAS terbungkam di Bagan Pinang dulu. Hari ini kelab penyokong PAS melahirkan kebimbangan kelewatan PAS untuk memenangi hati bangsa Cina. Sah, Tembe PAS jadi bahan ketawa pada DAP cina saja. Study apa dia kata.

1) Pas, learn to work as a team.
2)You talked too much and nonsense
3)You’re as arrogant as UMNO
4)Your speakers are of 3rd grade
5)Your campaign are ‘childish’
And again .. the list goes on ..

Dia kata dia lebih tahu bagaimana menarik bangsa cina sokong PAS. Itu saja. Bangga kah PAS ?Kau nak tarbiah sapa kalau setakat itu saja penerimaannya. Sebelah kanan pula PKR yamg leader bertelagah dan tinggalkan parti dan kejar rasuah. Rakan yang di pimpin tertuduh ' peliwat '. PAS tidak pandai cari kawan ke ?

Buat keputusan hari ini jugak. Tinggalkan mamat kiri/kanan. PAS lebih mulia pada umat islam dan akan disokong jika tidak bersama DAP dan DSAI bapak kepada " krinisme dan korup "
Malaysia itu. Percayalah. PAS lebih mulia.

Suka kah PAS diajar itu, ini oleh DAP/Cina ? Malu lah sikit.

Tuesday, September 15, 2009

PERINGATAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM

INGATLAH BANGSA MELAYU ISLAM, KINI KUASA POLITIK KITA KIAN TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN SESAMA KITA. APA YANG TINGGAL UNTUK MEMBUKTIKAN TANAHAIR INI MILIK KITA? BIDANG EKONOMI? TARAF SOSIAL? KUASA POLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI OLEH BANGSA LAIN.

SUDAH KUAT DAN SETANDINGKAH KITA DENGAN BANGSA LAIN? BERSEDIAKAH KITA BERTANDING SECARA TERBUKA DENGAN BANGSA LAIN TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA...

FIKIRKAN APAKAH MASIH ADA MASA DEPAN UNTUK ANAK CUCU & GENERASI KITA AKAN DATANG JIKA TERUS LEMAH DAN GAGAL BERSAING... APA AKAN JADI JIKA KITA GAGAL MEMPERTAHANKAN HAK KITA... APAKAH KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH SECARA TERANCANG OLEH BANGSA LAIN DI TANAHAIR SENDIRI...

MAHUKAH KITA MENJADI SEPERTI MELAYU SINGAPURA... TERJAJAH, DITINDAS DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KERANA TERPERDAYA MERELAKAN DIPERINTAH KAUM LAIN (CINA) YANG BUKAN PENDUDUK ASAL... HINGGA HAMPIR HILANG IDENTITI MELAYU ISLAM ITU SENDIRI...

INSAFLAH... KITA HARUS PERTAHANKAN HAK KITA SERTA BERJUANGAN DAN BERSATU DEMI GENERASI KITA AKAN DATANG...

USAH TERLALU ASYIK MEMBERI KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN... BANGUNLAH USAH BERASA RENDAH DIRI DAN MALU LAGI... PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU DI TANAH MILIK KITA INI... INI BUKAN BERSIFAT PERKAUMAN

NAMUN ADALAH DEMI MENJADIKAN REALITI SATU BANGSA MELAYU YANG BERJAYA NANTI

Nasib Melayu

Alangkah untung nya menjadi bukan melayu jika dibandingkan dengan melayu sendiri Masrakat bukan melayu bebas berkata kata tindakan cepat diambil pada melayu sebagai contoh
12 orang islam yang membantah pindaan dan kembinanaan kuil diheret ke Mahkamah Shah Alam, atas tuduhan dibawah Akta Hasutan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan sengaja melukakan perasaan penganut Hindu". Oarang lain boleh hina islam tetapi tindakan tidak diambil dan lambat bertindak.

Bloges kecewa dengan tindakan kerajaan dalam hal ini, Kenapa jeef oii yang menghina islam dibiarkan.Ronnie Liu hina Islam ,Menteri yang bukan Islam hina islam ,Hindu yang hina azan dibiarkan. Nawewe yang menghina islam tidak diamabil tindakan dan didakwa .Orang ,melayu yang mempertahankan hak mereka di dakwa.pada siapa lagi melayu nak harapkan? sampai bilakah orang Melayu dan Bumiputera akan menjadi mangsa. label yang double-standard semata-mata kerana sebagai peribumi, orang Melayu dituntut supaya sentiasa bersabar dan bersikap amat toleran terhadap gelagat sesetengah bukan Melayu yang seolah-olah mahu mencabar kesebaran orang Melayu .

Saturday, August 1, 2009

NASIB MELAYU

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Friday, June 5, 2009

Satu Malaysia

SATU Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah diberi tafsiran yang mengelirukan.

Ada pemimpin pembangkang mendakwa ia menyamai konsep Malaysian Malaysia.
Gagasan Malaysian Malaysia

Gagasan Malaysian Malaysia telah lama diperjuangkan oleh DAP. Dasar ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).Sejak tahun 1960-an lagi DAP memperjuangkan gagasan itu dengan matlamat menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu.
Asas perjuangan DAP dengan slogan Malaysia untuk orang Malaysia itu tahun demi tahun semakin disahut dan dimainkan pula parti pembangkang lain termasuk akhbar bukan Melayu.

Satu Malaysia,

Kalau kita perhalusi konsep Malaysian Malaysia dengan Satu Malaysia, matlamatnya jauh berbeza. Satu Malaysia yang dihasratkan oleh Najib ialah memastikan tiada golongan atau kaum yang akan terpinggir di negara ini.Malah, kerajaan akan berlaku adil kepada semua kaum dalam usaha menggerakkan transformasi besar dalam gagasan Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.

Jangan Timbulkan Masalah

Kaum Melayu dan Bumiputera tidak boleh disalahkan jika mereka berasa kurang selesa dengan tindak-tanduk pembangkang dan pemimpin akhbar yang cuba menguji kesabaran penduduk pribumi.Sudah banyak kaum pribumi beralah dan bertolak ansur demi memberi peluang kepada semua kaum agar dapat hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Oleh itu jangan kita asyik timbulkan rasa prasangka dengan cubaan terbaru - mengelirukan gagasan Satu Malaysia.Gagasan itu sudah cantik dalam melonjakkan satu transformasi yang besar untuk rakyat dan negara kita.Adalah menyedihkan apabila gagasan Satu Malaysia itu mahu dimanipulasi atas kepentingan politik.
Satu Malaysia bukan membangkitkan soal kesamarataan dan mengetepikan kepentingan Melayu dan Bumiputera.