Monday, June 21, 2010

Bukan Islam mahu PAS segera buat keputusan, lawan 1Malaysia

Kelab Penyokong PAS (KPP) mahu PAS membuat keputusan dengan segera mengenai langkah menaikkan taraf kelab itu kepada sayap parti. Pengerusi KPP pusat, Hu Pang Chow memaklumkan beliau menerima pelbagai rungutan dan kebimbangan daripada penyokong bangsa Cina kerana kelewatan melaksanakan dasr itu. "Saya mendapat maklum balas bahawa ia masih lagi di peringkat kajian. Kenapa lambat sangat. Umno cepat dengan konsep 1Malaysia. PAS dengan konsep PAS untuk Semua, kita kena cepat. Masa tidak menunggu kita," tegasnya.

Beliau melahirkan kebimbangan kelewatan itu akan memberi ruang kepada UMNO dengan konsep 1Malaysia untuk memenangi hati bangsa Cina. "Dalam perhimpunan agung Umno, mereka telah mempromsosikan 1Malaysia. Slogan itu berjaya menarik golongan bukan Melayu, terutama kaum Cina. Mereka tak sebut mengenai perkauman, tetapi lebih kepada konsep 1Malaysia yang menekan keadilan kepada semua rakyat,” jelasnya lagi. –Malaysia Today

No comments: