Wednesday, August 1, 2012

SYAWAL CERIA

REPLIKA ARAK DI PULAU PINANG!!!
 Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman k

eras sempena sambutan Aidilfitri.
Presidennya S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"."Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi
mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.- Bernama

No comments: