Friday, August 3, 2012

Chauvinist DAP Arah Peniaga SABOTAJ PERIUK NASI Pemandu Teksi Melayu




Lagi sekali para peniaga chauvinist Cina mengambil langkah mensabotaj usaha kerajaan meringankan beban para pemandu teksi di seluruh negara.

Para peniaga chauvinist Cina mula mengambil kesempatan di atas bantuan kerajaan yang diberikan terhadap pemandu teksi melalui skim TR1MA.

Mungkin rakyat tidak mengetahui usaha kerajaan mengadakan bantuan khusus untuk mengurangkan kos penyelenggaraan tinggi yang dialami oleh pemandu teksi di seluruh negara.

Skim Bantuan Tukar Tayar 1Malaysia atau TR1MA yang diumumkan kerajaan baru-baru ini merupakan bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan para pemandu teksi.


Mengikut skim TR1MA, kerajaan secara dasar bersetuju memberi bantuan RM520 untuk membeli empat tayar kepada setiap pemandu teksi berdasarkan anggaran harga tayar RM130 setiap satu.

Objektif bantuan ini agar kualiti perkhidmatan teksi semakin bertambah baik dengan penggunaan tayar kenderaan yang baru disamping mengurangkan beban pemandu teksi dalam menanggung kos penyenggaraan.

Skim TR1MA ini layak digunakan di 175 kedai tayar Goodyear 220 rangkaian kedai tayar Continental di seluruh Semenanjung telah dilantik sebagai panel.



Malangnya, para peniaga dan pembekal tayar majoritinya milikan chauvinist Cina mula menaikkan harga tayar, menyebabkan pemandu teksi yang menerima bantuan terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi mendapatkan tayar baru.


Puak-puak chauvinist Cina cuba menggagalkan setiap usaha kerajaan untuk membantu pemandu teksi di seluruh negara.

Puak-puak ini tahu tayar bukanlah 'harga barang kawalan' seperti gula putih bertapis, petrol, diesel, LPG, tepung gandum dan minyak masak.

Kenaikan harga tayar ini bakal menjadi modal puak-puak chauvinist Cina dan pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Malah tidak mustahil ianya bakal dijadikan 'modal halus' untuk menghasut pemandu teksi menolak dan menyerang segala yang diusahakan oleh kerajaan, dan dianggap sebagai retorik.

Kejayaan besar bagi pembangkang dan puak-puak chauvinist Cina jika warga teksi mula murka terhadap kerajaan ... kerana majoriti, 75 peratus pemandu teksi terdiri dari kalangan orang Melayu.

No comments: