Wednesday, August 15, 2012

Hua Zong Jangan Jadi Keparat !!

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah mencadangkan supaya syarat pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan. Berita bertajuk Pheng Yin Huah cadangkan JPA beri kelonggaran pengambilan kakitangan awam kaum Cina dan India disiarkan menerusi ruangan Dalam Negeri halaman tiga.
Katanya sekarang nisbah kemasukan dan pengambilan kaum Cina serta India untuk bekerja di sektor awam terlalu sedikit. Disebabkan tu si Tan Sri Pheng Yin Huah mencadangkan supaya syarat pengambilan berkenaan dilonggarkan untuk memberi laluan kepada kedua-dua kaum itu mengambil bahagian dalam sektor kerja kerajaan.
Hah part ni la yang best nak cerita. Cuba baca dengan teliti dan tenang REASON @ ALASAN kenapa anak² Cina tak berminat bekerja dengan kerajaan.
1-  Mereka tidak suka bekerja berdasarkan sistem masuk kerja pukul 9 pagi dan pulang pada pukul 5 petang.
2 - Mereka mendapati susah untuk naik pangkat. Mereka juga lebih suka bekerja sendiri dan gemar pekerjaan di syarikat swasta yang mempunyai lebih banyak pilihan dan cabaran.
3 - Anak-anak kaum Cina tidak dapat menyesuaikan diri dan tidak suka bergaul dengan orang Melayu yang merupakan kaum majoriti dalam perkhidmatan awam.
4 - Pihak JPA menempatkan kakitangan awam kaum Cina ni nanti di kawasan-kawasan penempatan yang mempunyai ramai penduduk kaum itu seperti di bandar. “Letakkan lebih ramai kaum Cina di situ untuk berkhidmat kepada semua kaum dan dalam masa sama mereka boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk penduduk kaum Cina di kawasan itu.

Hahahahaahahahaaaa
Sebelum pergi lebih jauh, meh saya huraikan pendapat di sini MENGAPA kerajaan WAJIB tidak melayan permintaan ala² Komunis daripada Hua Zong.
1 - Kerja jam 9 pagi hingga 5 petang. 
Hua Zong nak mula kerja pukul berapa?
Nak sama waktu macam di Low Yat Plaza?
Atau mereka mahukan waktu fleksibel, masuk sesuka hati, balik pun sesuka hati?
2 - Susah nak naik pangkat
Saya merasakan alasan ni terlalu bodoh untuk dinyatakan di dalam akhbar. Mujurlah ia nya hanya dipaparkan di dalam akhbar berbahasa Cina.
Susah naik pangkat bukannya alasan tetapi yang penting adalah keinginan berkhidmat di Jabatan Kerajaan. Adakah Hua Zong ingin mengatakan bahawa anak² Cina mempunyai kualiti pendidikan jauh lebih hebat dan mantap berbanding mereka yang berkhidmat dalam Kerajaan atau Hua Zong nak bagi tau bahawasanya anak² Cina tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik.
3 - Tak dapat menyesuaikan diri
Hahaha menarik juga apa yang dikatakan Hua Zong ni. Mudah saja pendapat saya, jika anda mahu memulakan hari pertama bekerja, sudah pasti perkara yang mula² di fikiran ialah bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat tersebut. Betul kan? 
Waima jika anda ingin memasuki rumah baru ataupun menggunakan kereta baru pastinya pada mulanya akan merasa sedikit kekok tapi lama kelamaan dah kembali normal.
Soal tak dapat menyesuaikan diri tidak harus timbul kerana itu perkara normal dan dialami oleh semua orang. Jika Hua Zong bermaksud ingin meletakkan lebih ramai orang Cina di dalam satu pejabat tersebut, maka saya rasa para pembaca pun sudah memahaminya kan.
4 - Letakkan kakitangan Cina lebih ramai di bandar
Wahhhh demands betol Hua Zong ni. Nak mintak JPA untuk letakkan lebih ramai kaum Cina di premis kerajaan dalam bandar kerana apa??
Kerana Hua Zong nak bagitau bahawa penduduk di dalam bandar hanya terdapat orang Cina saja ker? 
Saya tak nampak langsung apa kepetingannya di situ tapi pemerhatian saya mendapati tujuannya untuk memudahkan orang Cina yang tak boleh BERBAHASA MELAYU menggunakan perkhidmatan di situ, begitu? Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa Kebangsaan di Malaysia adalah bahasa Melayu.
Agak² la der.

Hua Zong kata isu kekurangan kakitangan kaum Cina dalam sektor awam perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan. “Kekurangan kaum Cina yang mengambil bahagian akan menyebabkan kakitangan awam kaum ini di peringkat atasan amat kurang.
“"Saya amat risau jika keadaan ini tidak dapat diubah, kerana akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan-kesan sampingan lain,"
- Tan Sri Pheng Yin Huah 

Karut !!
Apa jurang yang berlaku? 
Adakah selama ni kerajaan tidak mengutamakan kaum Cina untuk turut serta di dalam perkhidmatan awam? Apa kesan sampingan tersebut? Hua Zong nak ugut kerajaan bahawsanya undi mereka akan swing kepada PR?
Hua Zong jangan terlalu membabi buta membuat pelbagai permintaan yang sama sekali tidak munasabah.
Pada mulanya Hua Zong meminta bagi pihak kaum Cina dan India tapi apabila sampai ke bahagian² seterusnya, tiada langsung disebut tentang kaum India. Nampak benar lah Hua Zong ni hanya mementingkan soal kaum sendiri berbanding kaum India dan sebagainya.
Jika ya Hua Zong nak perjuangkan kaum India sama, tolong perjuangkan hak mereka di premis² Swasta yang HANYA MEMENTINGKAN CALON PEKERJA YANG BOLEH BERBAHASA MANDARIN.
Hua Zong jangan main wayang komunis dengan kerajaan !!

No comments: