Jumlah penyakit HIV/AIDS di negeri Pulau Pinang menunjukkan peningkatan yang “agak memberansangkan” sejak dua tahun lalu, terutama jangkitan melalui hubungan hubungan seks bebas.
Perangkaan dari Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menunjukkan seramai 3,769 orang menghidap HIV/AIDS sehingga Jun lalu, iaitu peningkatan 191 kes sejak 2009.
kebanyakan pesakit dikenal pasti menghidap penyakit itu menerusi hubungan seks bebas dan peningkatan mendadak itu amat membimbangkan dan paling banyak menerima rawatan
HIV/AIDS kini sukar dibendung dan dikawal kerana amalan perlakuan seks tidak sihat, atau lebih tepat seks bebas samada dengan teman wanita/lelaki atau dengan jalang, pemindahan darah dan perkongsian jarum suntikan semakin berleluasa
walaupun jumlah pesakit penyakit itu meningkat di Pulau Pinang, namun semakin ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sudah dijangkiti penyakit berkenaan.
Selain itu, difahamkan juga mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun juga perlu melakukan pemeriksaan di hospital2 kerajaan ataupun atau hospital swasta kerana golongan terbabit mempunyai tahap seksual yang produktif
kini kita dapat lihat dan tafsirkan sendiri, apakah peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin yang telah dilaksanakan oleh Pulau Pinang dan Kelantan untuk mencegah dan mengawal Seks Bebas dan kehidupan Sosial keterlaluan dikalangan remaja mereka.
Semalam Perak Today juga mengeluarkan artikel mengenai Kelantan yang menjuarai ranking tertinggi pengidap HIV, kini Penang pula mencatatkan peningkatan mendadak.
syabas dan tahniah kepada kedua pimpinan Kerajaan Pembangkang.
Dan Syabas, Tahniah, Good work, Congratulation untuk Kelantan yang dikenali sebagai Negeri Islam, tetapi mencatatkan kes Seks Bebas yang tinggi.
No comments:
Post a Comment