Sebagai Muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan dan saya tidak mengambil sikap bermaaf dalam soal ini.
“Kenyataan saya ini sekaligus menjawab semua bahawa kita tidak mendukung seks bebas ataupun lesbian ataupun homoseksual,” katanya pada majlis kesyukuran pembebasannya di rumahnya di Segambut malam tadi.
Menyifatkan undang-undang berkaitan liwat misalnya sebagai lapuk, beliau menegaskan ia menjadi alat kerajaan Umno untuk memfitnah dan menzalimi musuh politiknya.
“Undang ini memang lapuk, jumud kerana ia diguna untuk zalimi dan fitnah orang. Sebab itu saya tidak pertahankan,” katanya....
Ini petikan kenyataan Akbar yang disiarkan Keadilan Daily:-
…seksyen 377 B dan seksyen 377C memang itu halang aktiviti liwat…nak pinda apa lagi…?
.
Seksyen 337 (B) berbunyi barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Seksyen 377 (C) pula berbunyi barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
sendiri ada otak sendiri mau fikirlah! tapi kalau otak
sendiri pun dah ‘short-circuit’ apa bleh buat… dah takder harapan dah tu!
Kalau terasa dia teraniaya oleh Sek. 377 B & C
Undang2 berkenaan ini bermakna Undang2 tersebut tidaklah salah TETAPI
‘dia’nyalah yg terasa bersalah kerana wujudnya Seksyen-seksyen tersebut
,mengakibatkan dia terpaksa berdepan dgn keadilan di Mahkamah.
Masalahnya sekarang apabila seseorang merasakan dirinya adalah lebih ‘superior’
..terasa semua orang patut dengar cakap dia kerana menganggap orang lain semua
tidak betul dan tidak pandai seperti dia maka inilah jadinya…dia akan dihidapi
penyakit PERASAN yang sangat ‘acute’.
No comments:
Post a Comment