Tuesday, April 21, 2015

APA YANG PENTING BAGI PAS DAN AHLINYA IALAH DASAR, BUKAN PIMPINAN

Ramai para pengkritik menyatakan ketidak puasnya hati mereka dengan sikap Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, kerana di katakan penyebab berlakunya berbagai kegagalan di dalam PR selain dari sikapnya yang di katakan terlalu keras sehingga tidak langsung boleh bertolak ansur, justeru ia di lebelkan sebagai pengkhianat dan tidak amanah oleh golongan yang menentangnya atau dari golongannya sendiri Segala dakwaan itu telahpun di maklumi oleh semua pehak termasuk di dalam PAS sendiri, kesan daripada sikap Hadi Awang itu menyebabkan lahir berbagai golongan pro dan kontra di dalam parti tersebut, demikian juga pada golongan yang berada di luar parti. Kesan daripadanya maka berlakulah kegawatan dan perpecahan di dalam parti PAS itu sendiri dengan ujudnya berbagai-bagai ragam, PAS terpaksa menerima keadaan itu dengan nilaian takdir Jika di teliti di atas perkara yang berlaku maka kita perlu menilai secara yang jujur dan bersabar untuk mencari jawapan yang hakiki tanpa buruk sangka, orang ramai mungkin tidak faham malah ahli-ahli PAS sendiripun mungkin tidak faham atau buat-buat tidak faham, apa yang ternampak ialah berlaku sikap gejala gelojoh di antara ahli PAS dengan ahli PAS yang meneliti akan dasar perjuangannya sebagai garis untuk mereka berjuang Ahli-ahli PAS yang kebanyakannya telah menerima tarbiyah daripada pimpinannya faham tentang apa yang di sarankan kepada mereka mengikut perlembagaan parti, maka berpegang teguhlah mereka dengan dasar perlembagaan parti tersebut, malah mereka meyakini bahawa dasar perjuangan parti mereka adalah menepati agama anutan mereka dan mereka tetap teguh berpendirian demikian, ini bukan soal untuk masuk Syurga ataupun Neraka, kerana tidak pernah seorangpun dari pucuk pimpinan PAS yang membuat kenyataan tentang Syurga dan Neraka Ahli-ahli PAS dari dahulu lagi di tanam bersemangat tinggi untuk berjuang bagi menegakkan hukum Allah s.w.t mengikut DASAR perjuangan parti tersebut, di atas dasar semangat itulah mereka berjuang dengan terpaksa menempuh berbagai-bagai halangan kepayahan, mereka di ugut, mereka di pertakutkan, mereka di fitnah dengan berbagai ragam dan mereka di ancam dengan berbagai-bagai ancaman namun mereka tetap terus berjalan, sekalipun patah sayap mereka terus juga terbang Hari ini kita dapat saksikan di antara sikap ahli-ahli yang berada di dalam parti itu, masyarakat tentunya dapat menilai kedudukan setiap ahli PAS di dalam parti tersebut, ada yang bersikap tegas dan ada pula yang mudah di pujuk dengan semangat, lalu mereka menjadi cair ibarat lilin yang di jodohkan dengan api, ini kerana ahli PAS itu sendiri pantang di berikan semangat maka mereka kadangkala menjadi umpan-umpan yang menjadi mangsa ikan, inilah hasil tarbiyah oleh pimpinan supaya berani menempuh gelombang sekalipun gelombang itu menongkah arus Apa yang menjadi masalahnya kepada setiap ahli PAS yang tidak berkesedaran, mereka cepat mahu di jadikan umpan kerana cepat bersemangat akan tetapi mereka sehingga lupa dasar asas perjuangan mereka, maka apabila mereka lupa terhadap dasar perjuangannya maka mereka akhirnya mudah menjadi mangsa keadaan. Dasar PAS tidak langsung menghalang apa-apa bentuk kerjasama dengan lain-lain kumpulan asalkan tidak melanggar dasar parti, apabila ia melanggar DASAR parti maka jawapan yang di berikan ialah TIDAK ! Menilai dasar parti membolehkan kerjasama atas nama TAHALUF POLITIK atas sesuatu sebab, iaitu suatu juzu yang di bolehkan untuk mengelakkan sesuatu musibah, tahaluf tidak bererti menggadaikan kesemua dasar perjuangannya. Sejauh ini PAS rasanya tidak pernah mengacau atau menghina dasar perjuangan parti kawan walaupupun parti kawan dan lawan melakukan kebiadapan terhadap dasar perjuangan PAS, nilailah sendiri secara yang jujur, jangan terlalu emosi, teliti dahulu sebelum melakukan sikap kebiadapan

No comments: