KEPADA:
YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI
PULAU PINANG Y.B. DATO’ HAJI MOHD SALLEH BIN MAN
DARIPADA:
PERSATUAN MUKABUKU PULAU PINANG
PENDAHULUAN:
Hudud
adalah merupakan Hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T seperti mana yang
diteliti terhadap dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sangat terang
dan jelas. Sebagai khalifah di muka bumi ini kita diwajibkan untuk menurut
perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, kita wajib melaksanakan hukum Hudud kerana
ia adalah merupakan tuntutan Allah S.W.T kepada kita semua.
Perlaksanaan
Hukum Hudud dan lain-lain syariat Islam pasti dapat menyelesaikan masalah
kerosakan moral dan sahsiah yang sedang mengancam masyarakat manusia dan pasti
akan mewujudkan masyarakat yang aman damai dan makmur dalam keredhaan Allah.
Demikian jaminan Allah dan Allah tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.
Dan
barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang fasiq (derhaka)
(Surah Al-Maaidah, ayat 47)
(Surah Al-Maaidah, ayat 47)
Hukum Allah adalah tepat, adil, tidak lapuk dek
peredaran zaman, bersesuaian dalam semua keadaan, tempat dan masa, dan amat
berkesan dalam menangani masalah manusia.
KESIMPULAN:
Oleh
yang demikian kami dari Persatuan Mukabuku Pulau Pinang yang mewakili aspirasi
rakyat Negeri Pulau Pinang mendesak agar Y.B
Dato; Haji Mohd. Salleh Bin Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang juga
merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N11
Permatang Pasir membentangkan usul
perlaksanaan Hukum Hudud di Negeri Pulau Pinang dalam Mesyuarat Kedua Penggal
Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kedua Belas yang
bersidang dari 1hb November 2012 sehingga 9hb November 2012 dan berjuang untuk
memastikan usul Hukum Hudud diluluskan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri
pada kali ini dan dilaksanakan dengan segera di Pulau Pinang.
Dan
barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang kafir
(Surah Al-Maaidah, ayat 44)
(Surah Al-Maaidah, ayat 44)
Insyallah.
Terima
kasih.
Bertarikh
pada 1 haribulan November, 2012


No comments:
Post a Comment